Instagram : @peejburhan

Raya Haji.

hari raya aidiladha.
or raya korban.
tapi aku daripada kecik panggil raya haji.

tak tau la korang kan.
tapi aku daripada kecik tak pernah celebrate raya haji.
ingat pun masa kecik la. selalu ikut arwah atuk ke surau.
tengok orang sembelih lembu.
arwah atuk salah sorang daripada yang tolong nanti potong daging la apa.
nanti dah abis semua kerja. apa yang boleh bawak balik, arwah atuk bawak balik.
tu je yang aku ingat.
then kadang masak la apa-apa ngan daging tu.
that's it.

kecik-kecik dulu pernah tanya mama raya haji takleh raya ke?
mama kata yang celebrate selalu orang kelantan.
dorang raya haji meriah. raya aidilfitri biasa je.
entah betul tak aku tak sure.

tapi since few years back.
raya haji mama start masak macam raya biasa.
buat la nasi impit, rendang sikit. daging sambal.
wah happy habis la.
sebab dapat makan meriah.
selalu setahun sekali je dapat makan menu tu.
tapi makan-makan seronok sesama sendiri je.

tapi tahun ni aku tengok sana-sini semua meriah nak sambut raya haji macam raya aidilfitri.
serious tahun ni yang ketara sangat nampak.
tahun-tahun lepas takda pulak.
tengok sana sini orang kata nak balik kampung.
ok la kan. sebab cuti weekend panjang.

then ada ternampak orang kata yeay baju raya dah siap.
aku dah macam. hoi cepatnya. raya tahun depan.
rupanya baju untuk raya haji.
aku dah macam. weow. siap ada baju raya.
dorang beraya ke sana sini ke?
ke memakai baju raya dan berseronok sendiri di rumah.

lepas tu ada yang buat open house sempena raya haji.
serious tak pernah tau sebelum ni.
cool eyh.
mama pun suruh aku buat makan-makan cuti raya haji ni.
jemput close friends n family.
hey kosser la aku. dah la rumah tak semenggah je.
lain tahun la ye.

serious rasa macam meriah sungguh raya haji ni.
memang selama ni macam ni ke eyh?
aku yang tak sedar sebab dalam dunia aku sendiri.
ke memang tahun ni yang tetiba semua pun nak meriah sangat menyambut raya haji.
korang pulak macam mana?

aku takda apa kot.
tapi plan esok nak gi rumah mama n tidur sana.
harap ada menu raya. mih mih mih.



1 Comments:

imm said... [Reply to Comments]

salam raye haji peej..sye org kelantan..xtau tpt laen,tp kalu area pasirmas ni dua2 raye meriah.raye puase pertama pulun mlawat sedara mara.sbb hari ke2,3 dan seterusnye da bz nk g kenduri kawen.raye haji pn same la.cume mse raye haji,da xde org hidang biskut.seme mkanan berat n lauk daging.n raye ke2,3 tu da kne g kenduri kawen.hmm da jd adat kot kawen bulan raye eh?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...