Instagram : @peejburhan

raya haji week.

rasa macam lama bebenor tak update blog.
al maklum dah tak tau nak cerita apa.
selalu dok mengadu kat mama diriku kesepian nowadays.
melangok je kat rumah. abis apa sangat nak cerita pun kan.
balik aku tido je la pun.
online kejap, buat kerja. tengok tv, pastu tido.
so paling-paling pun vain je nok.


vain sangat kan. no filter ni.
au naturale katanya.
bab dark circle tu tak dapat membantu yea.
cara nak nampak muka berseri.
sila la tadah muka menggunakan cahaya matahari daripada tingkap ke apa.
snap pic. mesti konon berseri.

oh tau tak aku dapat tips daripada pengguna tabita.
yang aku sendiri tak tau ok.
dia kata cleanser tu kan. kau boleh pakai kat ketiak.
kan sometimes ketiak macam berkerak je kan.
so katanya if pakai akan hilang all the dead cells. gituh.
aku tak try lagi.
tapi noy dah try. dia pun kata berkesan. so boleh la cuba ye.
ada kawan aku siap pakai kat kaki. kan kaki kita. belah atas tu kadang berkerak je.
kau sental pun takda beza.
dia kata dia pakai. jadi cerah. hahhaa.
serious iolls tak tau.
sebab pernah la dulu terasa rasa nak pakai tabita ni satu badan je. tapi tebiat pulak kan.
rupanya ada orang buat. 
tapi kang korang nye cleanser cepat habis tak jamin yea.
plus aku sangat susah nak dapatkan stock cleanser n toner.
creams banyak la.

this was last week.
amik stock ephyra.
sebelum tu aku singgah makan kat kopi putih pekan lama.
mushroom n chicken steam rice adalah menu fav kalau ke situ.
lama tunggu masak. adalah 20-30 minutes.
tapi berbaloi sebab sedap. mintak cili padi potong. fuhhhh.
tapi ada orang komen kata tak semua oldtown ada menu ni.
oh tak tau lak. sebab aku pergi 2-3 oldtown area umah aku ada je.

comot kan aku.
tah la makin lama makin pemalas.
kening aku tu dah tahap horror weyh.
last aku bersihkan masa raya hari tu tak silap. gagagga.
pastu jumpa noy rasa nak sepak muka dia sebab kening dia lawa.
sekarang gi memana taknak ajak kita. nyampah.
sebab tu la sekarang dah pandai bawak diri aku ni.
mana-mana sorang je.
makan pun sorang.
few years back memang takkan la aku nak makan sorang bagai.
so sad da.
noy sekarang busy bercinta. oppss. terlepas cakap.
haha kalau dia baca mesti marah kitew.
ala kata dia busy. mesti takkan sempat baca blog aku.

kejam weyh dia.
dah la asyik dating.
pastu kan last weekend dia kata nak ajak aku pergi pavi.
punya la teruja. sumpah lama gila tak pergi weyh. sedih bebenor.
so esok tu kemain aku eksyen ngan Mr.B kata aku nak kuar ngan noy.
Mr.B ok je. dia nak pergi umah parents dia.
pastu aku kejut la noy. tanya kul berapa nak gi. aku nak mandi.
tetiba dia kata taknak gi ngan aku. nak gi ngan kekasih gelapnya.
damn yuh kominyo.
tu takpa. aku pun meratapi la kesedihan ini.
ngadu sana sini kominyo not love me anymore.
sekali semua marah aku sebab katanya biarlah noy tu nak happy.
at last terbuka hati dia nak berkawan n all.
fineeeeeeee.
marilah teruskan hidup kesepian.
ewah drama sangat.
so akhirnya end up cecepat bagi tau Mr.B jangan tinggalkan aku.
nak ikut dia pergi rumah mak n abah. heheheh.
padan muka memula eksyen kan.

last week aku spend berhari tidur umah mama.
oh happy.
setelah sekian lama kan.


yoki yang super nakal.
suka menggila.
ni sesuka hati main dalam beh aku. dah la ada baju dalam tu.
nasib bulu tak tebal dia ni.
pastu duduk dalam tu, get ready je nak serang hendap lulu.
saiko gila. melompat sana sini.
dia ngan lulu tak ngam. dia ni la tetiba nak garang nanti.
elok sesama jilat bulu dia ni. dia jilat bulu dia tu.
tetiba nanti yoki sepak muka lulu.
lulu tu harap je debab. kena sergah ngan yoki. terkedek2 lari menyorok bawah kerusi.
kah kah kah.



:: mama kata mata aku sembab. kenapa? ye ke? sendiri tak tau. maybe terlebih tidur kot. ;p ::


:: aku letak kat instagram pic ni ngan caption, 'gelap gulita. cari benda tersembunyi'. ramai marah kata aku jahat. e ehhh. tapi betul what. kena perati bebetul. baru nampak. mana ada jahat la. kalau jahat takkan la jadi pilihan hati kan. hahhaha ::


dan ramai terkejut ngan pic atas ni.
sebab aku kan tak suka pda. tetiba ada pic ni.
well ni bukan pda. ni syok sendiri. pastu upload pic.
so tahap keseganan tak sama.
itu pun selepas rasa bersalah.
check instagram aku. the last time aku ada pic sesama ngan dia was more than a month ago.
itu pun sebab aku nak vain dia sibuk. pic sesama mana ada.
so lets.
kalau tak nampak macam aku ni keji pulak.
tapi ok la sekali sekala je kan.
sebab ada orang jenis obses sangat lak laki sendiri kan.
memanjang letak pic laki dia je.
pitam pulak. sampai terasa aku ni follow instagram kau ke follow instagram laki kau.
gituh.

menantu mithali sangat kan?
hahahhaa.
dia tengok mama kupas bawang untuk nak masak.
cecepat dia kata meh ben tolong ma.
mama kata tak payah tetap dia buat.
aku tolong amik pic je. hahah.
dia memang takleh tengok orang buat kerja. mesti dia sibuk nak buat.
hoi rajin tak beragak. bila la aku nak jadi macam tu kan.
pastu terkagum sebab dia ada bakat tang ni.
sebab bertahun kenal. aku tak tau dia tau kupas bawang.
sekarang dia rajin tengok masterchef ngan aku.
haaaa mana tau tak lama lagi dia jadi chef lak.
wahhhh. best tu.
hahaha. makin naik lemak la kan semua dia nak buat. sepak laju-laju baru tau.



orang yang dah tengahari baru terjada di raya haji.
lapar woih.
nak turun bawah dengar riuh semacam.
terkejut why la tetiba ada tetamu.
cisss. malas nak mandi n bersiap. so tak dapat la turun.
lalu sambung tidur.


dengar dah clear baru bangun.
va va va. bestnya. menu lengkap.
ada nasi impit, masak lodeh, sambal daging, rendang daging n limpa, n kuah kacang.
sedap hoi. puas hati makan.
tapi tengok pic ni rasa macam nak lagi je. hmmm...

this was last sunday.
jonet datang tidur rumah.
so dia ajak pergi karaoke.
yeay. suka. sebab percaya atau tidak. the last time aku gi karaoke rasanya last year ok.
sedih bebenor. sebab takda geng nak gi.
boleh la gi berdua je ngan Mr.B tapi tak best la kan.
so malam tu pergi setelah mintak kebenaran kat suami. weow mithali khennn.
Mr.B memang tak join. sekarang mamat tu gila gym. aku pasrah.
noy ajak ayol join.
sebab sian lak tengok dia tu asyik menung je.
so bersuka ria la.
ok takda la ria sangat
sebab tetiba tengah nyanyi ada part ayol sebak. sian.
pasyu jonet nganyi lagu apa tah.
ayol menung je. pastu jonet, "depressing sangat ke lagu ni abang ayol? takpa jonet stop kan".
tapi ok la. atleast dia happy la sikit-sikit kan.


 :: kening so tebal like ulat bulu ::


:: jonet bagi tart nangka. so niceee. me loff it ::


macam ni la perangai lulu.
memanjang datang kat orang terkangkang.
paksa orang usap dia.
tapi suka la. manja.
yoki pun manja. kasih je tak berapa nak manja.
apa la nasib.

ok tu je cerita.
kalau berinspirasi n ada lagi nak cerita akan ku update yea.
ta-ta.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...