Instagram : @peejburhan

nasi lemok.

ok fine hari ni kena pergi klinik.
sebab ku rasa macam dah ok.
tetiba semalam n hari ni sama aje.
muntah n cir bir lagi. cibs betul la.
tapi takpa. makan ok.
ok takda la makan macam biasa.
tapi takda la makanan takleh masuk ke apa.

nway, kelmarin memang tak makan apa siang.
sebab tak tau nak makan apa.
terasa nak order tapi semua rasa tak lalu.
nak masak pun tak tau nak makan apa yang ok.
so end up nak alas perut. aku makan roti kelapa seketul yang Mr.B belikan.
ok la tu kan.

sekali balik kerja Mr.B bawak balik nasi lemak.
memula rasa macam cannot go.
sebab ye la. kau dah la tak tentu rasa. pastu terfikir sambal.
minyak ke apa. uwaaaaaaa. 
tapi Mr.B kata ni mak masak. mak bekalkan untuk aku.
aku malas percaya dia ni. bukan betul kan.
kata mak bekalkan. tapi apesal bungkus macam beli je.
dia kata mak dah start meniaga nasi lemak.
hmmmm. masih tak percaya.

Mr.B kan dah lama nak suruh mak dia meniaga balik nasi lemak.
dia kata mak punya sedap la apa.
dulu meniaga laku sangat la apa. bla bla bla.
selama bertahun kawan. memang tak pernah rasa nasi lemak mak.
masakan lain pernah la. memang sedap melampau pun.
cuma lately dia dah tak kuasa masak kot.
so dah lama tak rasa masakan mak.

so aku bukak la nasi lemak tu.
sebab dalam tak lalu tu. perut lapar kot. gila kau seharian makan seketul roti kelapa je.
bila bukak adalah terujaaaa.
sebab rupa sambal tu sebijik macam masakan ku sendiri.
wah motip? nak puji masakan sendiri lettew. hahaha.

aku ni memang fussy bab makan.
aku pantang nasi lemak sambal manis. potong ok.
macam mali's tu beribu orang suka. aku kalau makan siap kembang tekak.
sebab manisssss sangat aku rasa.
n kau boleh tau kot sambal manis ni kan.
nampak maroon n berkilat. erkkkkk.


so makan la.
hamagadddddddddd. sedap terlampau aku rasa.
suapan pertama dah pejam2 mata dah.
rasa macam makan nasi lemak masak sendiri.
nasi best. sambal memang sebijik la citarasa aku.
pedas n takda manis langsung. yeay.
tapi sebab aku pun tak berapa sihat. aku makan tak abis. suruh Mr.B abiskan.
pastu sepanjang malam aku dok la cakap lapan puluh kali kat Mr.B, "delicious".
seronok dia terus sepuluh kali call mak cakap, "pija kata delicious". heheh.

hari pertama tak berapa ramai beli. ye lah 1st day kan. takda orang tau lagi.
tapi Alhamdulillah semalam habis semua jual.
n malam semalam pun Mr.B bawak balikkan aku lagi. mih mih mih.
dap dap dap.

aku plan nak pergi n amik pic ke.
tapi tak pergi lagi. Insyallah la nanti pergi.
Mr.B kata mak meniaga kat sentul. depan apartment menara orkid tu.
yang dekat ngan masjid sentul tu. eh sentul macam banyak je masjid.
siapa tau area tu tau la kan.
aku nak cerita lebih2 pun tak tau. aku tak pergi lagi.
siapa nak try n berjaya jumpa bagus la.
tak berjaya. sila cuba lagi lain kali. heheh.

tengok pic ni macam lapar la pulak.
tapi still tekak tak best. apa pun tak boleh ni.
i dunno what to eat la. everyday pun payah nak fikir.
takpa la. nanti pergi rumah mama makan.
mama masak sedap pulak lalu kat tekak ni. e eh tetiba kan. hehehehe.

talking about mama.
rindu pulak kat dia.
kejap-kejap bukak fb dia. tengok ada tak dia updata apa-apa.
takda pulak. last was monday. orang komen pun dia tak reply.
bila macam tu. terus terfikir mama ni busy ke. ke tak sihat.
risau iolls. sebab ye la nak communicate macam mana lagi pun kan.
fb je la. mama bukan boleh cakap phone.
i miss u mother.
Insyallah kejap lagi jumpa yea.
luv.



1 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej..

Mudah2an kesihatan peej yg terganggu tu menghasilkan sesuatu yg istimewa..insyaAllah..
perengan akhir tu macam sedih & tersentuh hati pulak..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...