Instagram : @peejburhan

menari goyang kaki.

dah 5 bulan kawin kan.
kadang rasa dah lama kawin. macam eh baru 5 bulan.
kadang rasa macam, eh kejap je dah 5 bulan kawin, rasa macam baru je.

kawin ni macam-macam rasa ada.
rasa best sebab tak sangka ada lelaki yang nak spend the rest of his life with u. (Insyallah)
rasa macam eh dia ni kenapa. aku comot busuk pun nak cium-cium jugak.
rasa macam menyampah sebab kena kongsi toilet ngan lelaki.
menyampah sebab nak keluar bersuka ria susah, even dia bagi tapi nanti kau asyik teringat je kat dia n rasa bersalah.

kadang-kadang complain gak sana sini.
tapi nanti terfikir n terus insaf, lalu bersyukur.
terfikir yang atleast dah selamat kawin. ada orang nak kawin tapi takda jodoh.
ada rumah selesa untuk duduk walau barang belum lengkap lagi.
pastu ada suami yang super rajin membuatkan kau rasa nak goyang kaki.

kat rumah ni tah apa je aku buat.
aku masak. which since balik hongkong demam n sampai sekarang aku tak masak apa.
sebab aku tak pergi lagi beli barang dapur.
barang basah ada. tapi yang kering semua abis.
nak pergi sendiri boleh. tapi aku tak kuasa nak angkat berat2 tu nanti.
nak pergi ngan Mr.B asyik la busy dia lately. aku pun busy.
so masak takdak. asyik la keluar makan.
sampai rasa muak n nak muntah dah tak tau nak makan apa.
rindu home cooked meal.
sebab tu 2-3 hari ni pergi rumah mama rasa heavennyaaaaaaaa dapat makan masakan ibu.
wah drama gila.

selain masak. yang aku buat ialah basuh baju. jemur baju. n lipat baju.
yes. thats it. hahaha kejam tak.
oh n bersihkan litter box kaseh.
toilet aku bersihkan. sebab Mr.B buat tak lepas piawaian aku.
lain semua Mr.B buat.
yes!!! semua.
sujud syukur kan.
kadang-kadang rasa la bersalah.
tapi dah dia suka buat. aku memang banyak malas daripada rajin.
sampai mama masa tinggal umah aku. dia kata dia segan ngan Mr.B
sebab Mr.B lagi rajin daripada aku. keh keh.

2-3 hari ni aku busy sikit.
kelmarin aku angkat jemuran.
tapi tak sempat lipat.
risau gak aku Mr.B campak dalam bakul baju kotor ke apa.
so walaupun banyak aku make sure semua dalam bakul. bukan atas sofa ke apa.
tapi aku tak sempat lipat sebab tido rumah mama la apa.

tapi semalam aku balik lewat.
Mr.B balik dulu.
sampai aku tengok dia tengah buang sampah.
then dia sapu porch.
aku masuk rumah tengok bakul takda.
damn. mana dia campak. kadang dia rimas dia simpan dalam bilik bakul tu.
aku suka letak kat ruang tamu sebab sambil tengok tv boleh lipat.
Mr.B lak jenis takleh semak. nak kemas je.
tak faham. macam la ada orang nak datang pun. kata berdua je.
setakat sikit2 tu takpa la kan.

so semalam tengok takda.
tengok keliling rumah kemain bersih.
pergi dapur amik air tengok litter box kaseh bersih. wahhh. dia tolong buat. menari goyang kaki
then tengah duduk hisap rokok.
dia kata dia tolong lipatkan baju.
hah whattttttttttt?? terkejut sebab tau dia bukan jenis buat kerja tu.
tanya la dia pandai ke lipat. dia kata pandai sikit2.
later aku pergi bilik tengok. helloooooooooo dia lipat lagi kemas ok.
menari goyang kaki lagi.
abis dah semua dia buat.
apa je aku nak buat.

serious rasa bersalah n tak tau nak buat apa.
sebab tu aku nak pergi market ni.
nak beli barang.
sebab tu je la pun.
dia happy bila aku masak.
makan time balik kerja.
nanti tgh malam if lapar dia makan lagi.
lama gila tak masak.
aku sendiri dah rindu masakan sendiri. wah boleh macam tu?
tapi serious. aku nak makan nasi goreng stone aku.
nak sambal tumis yang pedas menepati citarasa sendiri.
pergi makan sana sini. sambal manis potong steam.
n nak asam pedas ayam. dap dap dap.
noy n papa keji.
semalam aku balik rumah. dorang kata rugi aku tak balik hari sebelum tu.
sebab mama masak sedap sangat. asam pedas. ada ikan bawal goreng. ada tempe.
damnnnnnnnn. i want masakan kampung.

aku hari2 kat rumah.
siang sama ada tak makan.
tunggu Mr.B balik. then keluar makan sama.
or if tak tahan sangat.
aku terlalu lapar sampai takleh buat kerja.
aku akan order McD or nandos. heheh. sampai noy ajak pergi McD aku cakap tak sanggup dah.
boleh muntah dah makan Mc.D.

eh ok la.
nak jemur baju.
ye orang jemur pagi. aku nak petang baru jemur. hahah.
aku pelik baru basuh kelmarin. tapi baju dah setengah bakul.
aku syak semalam Mr.B berkemas. mana baju yang tak berada di tempat sepatutnya.
dia campak dalam bakul baju kotor. T_____T
sabar je la.





9 Comments:

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Aku plak rasa nak nangis sebab laki ko rajin beno. Bertuah lar Pej.

Rapunzeel Cikilolo said... [Reply to Comments]

hehehe, menjalani hari2 bahagia :)

EdaManAli said... [Reply to Comments]

untung nyeee...nk srh husb kite bace entry ni, kasi dia insap skit...huhuhuuu...

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kalau laki aku sampai tahap lipat kain. kau dengar ni peeja.

aku sembelih kambing buat kenduri.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Untung nya peeja, ben rajin sangat. Bertuah betul hidup dapat suami yang rajin dan bertimbang rasa.

Miss Moon said... [Reply to Comments]

wahhhhhhhh best nya

wey bakul baju kotoq adalah bakul yg tak pernah kosong hahahha umah aku lagi la bakul kat atas kat bawah laju je punuh dah rupa umah org anak 6 orang ...

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku doakan ko happy sentiasa macam ni, amin.

MIYAMIENATASHA said... [Reply to Comments]

Bestnyer...hubby u sgt rajin...:-),x stress mcm nih heeee....

Rain said... [Reply to Comments]

rase cam same je experience kite.apepun mmg syukur sgt dgn ketentuanAllah menemukan kite gan pasangan hidup kite.Alhamdulillah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...