Instagram : @peejburhan

makan-makan.

serious weyh dah tak tau nak blog apa.
mama siap kata aku pemalas.
tapi hello. dah 6 tahun lebih blog. sekarang ni dah blur tak tau nak cerita apa.
dah la aku now tinggal berdua.
siang kerja.
malam usually melepak kat rumah je.
apa je nak cerita pun.

dulu lain la. hehari keluar je.
pastu rumah meriah ramai orang.
ada je gelagat itu ini nampak.
boleh la cerita.
ni apa ada. aku mengadap kasih. kasih kadang mengadap aku pun tak nak.
terasa betul la sangap nya tu.

noy pun now since aku kawin dah pandai membawa diri.
lepak ngan kawan-kawan. tinggal la daku keseorangan.
mama eksyen tak nak datang umah kitew.
aku nak dia betulkan paip kat belakang tu.
pulas tapi ketat tu. air meleleh je.
dah la indon ni buat kerja tah apa2.
takda paip stopper tu. so dah berminggu air meleleh ni.
sakit jiwa aku dengar. pastu membayangkan meleleh duit nak membayar bil.
prob aku n Mr.B tak reti nak menukar. tsk.
kang panggil plumber dah berapa.
mama kata tu prob getah apa tah.
dia kata berapa sen je kat hardware.
see murah. panggil plumber mampus dia charge menggila.

ni pics amik dpd mana yang masuk instagram.
katanya pemalas sekarang.
so amik pic. cerita kasi details je la yea.


last sunday pergi tempat MIL aku meniaga.
so akhirnya tau.
tapi nak terangkan aku bukan tau.
dia tumpang ada gerai tomyam.
macam corner sikit.
kira kalau dpd jalan pahang nak masuk sentul tu.
ke kiri.
then straight je nampak masjid kiri. ada traffing light.
then terus lagi.
so kiri2 tu ada gerai2.
gerai MIL aku meniaga tu depan entrance apartment menara orkid.
ye gitu la.
mana tau sesiapa nak try.
tapi hari tu makan kurang umph.
sebab mak kata ramai kata suruh kurangkan pedas.
so takleh la pedas sangat.
so sadda. i is suka pedas.
takpa la. kena dengar pendapat customer kan. gitu.

lama jugak lepak hari tu.
seronok sembang bergelak ketawa.
lepas tu terfikir. nasib la fam Mr.B ni semua jenis lawak n kelakar-kelakar.
sama macam fam aku.
so rasa happy n gembira je.
tak dapat ku bayangkan kalau masuk dalam family yang stiff je. tak mesra. strict ke.
mesti tak best je.
sebab aku pernah la jumpa parents orang yang jenis macam tu.
kau jadi tak selesa je kan.

oh mak marah je aku n Mr.B sibuk nak amik pic.
dia kata buat malu je.
e eh nak malu apa kan.
kita nak cerita kat blog kitew.



teringin nasi goreng.
so hari tu masak.
dappp. puas hati makan masak sendiri.
menepati citarasa sikit kan.


few nights back.
tetiba teringin tomyam pulak.
tapi dah pagi buta kosser nak keluar.
plus time tu Mr.B takda pun. dia gi gym.
so buat la maggi.
lama gila dah tak makan maggi.
makan tu terus rasa kenikmatan sungguh.
rasa bibir angelina jolie je lepas makan.s
sebab pedas meletop.


semalam buat asam pedas ayam.
sudah sekian lama teringin.
aku ni prob tak reti masak sikit.
all this while masak untuk 6-7 orang.
ni berdau je pun kemain banyak aku masak. tsk.
tak reti nak budget hoih.

gembira makan semalam.
sekali balik Mr.B kata dia dah kenyang taknak makan.
sentap iolls.
sebab kang tak masak kata aku malas.
bila masak tak nak makan pulak.
siap kemas dapur n suruh simpan lauk.
bengang je.

rupanya dia ada plan ngan adik dia nak kuar. hangin.
aku dah bebel. ye la. tetiap malam nak kuar.
nanti balik dah pagi kan.
yang aku sorang macam nak gila kat rumah buhsan.
terus cancel. yeahhh. baguih.
pastu tengok memalam tu dia makan pun.
haaa tau pun.
sebenarnya bukan kenyang. tapi dah ada plan la tu.
bila tak jadi. lalu makan kan.


tgh malam aku lapar kembali.
pastu tetiba rasa nak makan nasi goreng. boleh?
boleh la. kata kuat makan.
so buat la nasi goreng sikit je untuk diri sendiri.
nasi goreng butter. cincai n senang.
tapi kan aku kata aku tak reti masak portion sikit.
nasi goreng tu macam termasin sikit. tsk. benci.
tapi termasin pun aku makan licin. heheh.

hari ni bangun awal.
sebab gosok baju kerja Mr.B.
lepas tu aku tidur balik.
terjaga sebab dia sibuk cium dia nak gi kerja dah.
tengok dia pakai baju lain. bukan yang aku gosok pagi tadi.
kenapa la dia ni suka iolls sentap ni. *jelingan maut*
dia kata esok baru dia pakai yang tu. T_____T

aku kirim belikan rokok before dia gi kerja.
tengok dia balik bagi bungkusan.
tanya apa. dia kata nasik. ada lauk tempoyak mesti aku suka.
hoih. aku baru je pagi tadi komen instagram filla.
sebab dia tiap pagi makan nasik campur.
aku rasa kagum pepagi dia boleh makan nasik campur.


sekali laki aku pepagi bawak balik nasi campur.
ambil.
ok time tu dah tak berapa pagi la.
tapi untuk aku yang biasa makan petang.
itu di kira pagi.
nak tak nak kena la makan.
sebab if simpan. nanti aku geli nak makan.
kah kah. ye. aku memang suka geli tak tentu hala.

rasa macam nak gi rumah mama.
tapi melihat jadual kerja hari ini.
macam tak sempat.
tengok la malam ke.
tak pun esok ke.
see how.

ok tu je.
nak buat kerja.
bye.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...