Instagram : @peejburhan

kalau ada berita gembira kena bagi tau.

kesihatan dah ok.
tapi perangai manja time demam terbawak-bawak pulak.
semua benda rasa taknak buat.
oh bagi yang email pasal tabita or ephyra. after 3 days tak dapat reply try email again.
satu maybe terlepas pandang. satu lagi takut email korang masuk spam.
so aku tak dapat.

ni lapar ni. nak masak barang dapur banyak takda.
nak beli semalam Mr.B overtime la pulak.
balik dah lewat nak beli barang apa nya kan.
so sekarang aku memanjang la order delivery.
nak keluar sorang malas jugak.
hari ni ada rasa nak order delivery lagi.
tapi segan pulak. sebab jiran iolls suka naw la jenguk2 tengok.
kang hehari delivery ketara pemalas tu kan. kah kah.
oh talking about jiran. jiran aku kan reno rumah.
kemain lama dpd sebelum puasa sampai sekarang tak abis-abis.
suka hati dia la kan.
so akhirnya nak siap dah kot. kemain siap cantas rimbunan pokok mangga depan rumah supaya tersergam rumahnya.
semalam aku keluar nak amik McD delivery aku. gegirl terperanjat uolls.
sebab rumah dia color orennnnnnnnn!!! ye oren macam handbag or selipar aku tu.
why? oren? oren? oren?

masa Mr.B call aku cakap la rumah depan dah cat. nak siap kot.
Mr.B ni memang malas layan aku. pastu aku cakap la, "andoku, dia cat umah dia kaler air buah tampuran andoku"
terus gelak.
sebab rumah aku ada beli kordial buah campuran. serius dah rupa air buah campuran pemandangan ku.
hahaha. senang kot nak bagi direction kat orang, "rumah warna oren tu rumah aku. satu taman ni rumah aku je warna oren". 
aku ada tweet.
che sue siap cakap warna oren tu kata orang pembunuh nafsu. sebab tu sami pakai oren.
hamagaddd really? aku yang kena ngadap. jangan la nafsu aku yang terbunuh.
harap terus bergelora. nafsu makan terbunuh takpa.
maybe. who know. nampak je rumah dia. dan-dan tu aku perambat budak2 delivery mcd or nandos ni kan.
or maybe tengah berkesan sekarang ni. tetiba tak rasa nak order deliver.
yes. pembunuh nafsu makan berjaya.

setelah sekian lama tak demam.
demam kali ni quite teruk. nyampah sungguh.
aku ni dah la demam kan getik semacam. 
nasib laki ku baik gila la rajin menjaga.
membuatkan terfikir-fikir adakah kalau dia sakit aku akan jaga dia segigih itu.
now tinggal batuk je.
tu pun padan muka.
sebab time demam elok 4 hari tak smoke.
now dah ok start smoke. tapi sangat sikit laaaa. sekotak tahan berapa hari.
tapi batuk horror. tu takpa. makan ubat batuk aku tido balik.
abis macam mana?
tapi dah sihat ni dan-dan cam whore kembali.
ye la berapa lama stop. ;p


mama kata dahi aku luas macam papa.
memang pun. aku pun tak sure memang luas macam tu ke selama ni.
luas bebenor ni. *gulp*

nway, kenapa aku demam semua cakap pregnant ni?
semua la tanya n all. tensi acik tau.
stop tanya. doakan je la.
yang aku lak daripada dulu perangai. aku suka taknak tau.
biar nanti macam ala-ala "surpriseeeeeeeeeeeee. terkejut keee??" mcm deko bersama eric tu. hahaha.
eh boleh macam tu. boleh la. suka hati la kan.

yang kat rumah aku lagi la.
aku gi jumpa doktor nak amik ubat demam lagi.
noy suruh aku check sekali pregnant ke tak. whattttttttt?
pastu aku tak tanya dia nak bengang2.
sepuluh kali tanya dah period belum. bila aku kata belum.
siap dia tadah tangan pastu Amin. over weyh.
padahal aku memang jenis period bukan regular pun.

pastu dia n mama sibuk bagi tau P.G yang aku baru 4 1/2 bulan kawin.
P.G tah macam mana salah dengar.
muka teruja dok sebut2 4 bulan.
aku pun iyakan la.
boleh dia ingat aku dah pregnant 4 bulan! gilaaaaaaaaaaa.
aku kata kawin la. bukan pregnant.
pastu tetiba nak marah aku, "aku ingat kau mengandung dah 4 bulan. bodoh punya gemuks"
kong ajaaaaa sangat.

pastu last weekend balik rumah mama lagi la.
tengah duduk sembang ngan aku, tetiba..

mama: kalau boleh jangan makan nenas yea
me : whattttttttttt? alaaaa. pija baru je tadi makan sebijik nenas. sedappp. *tipu je. aku bukan suka nenas pun*
mama : jangannnnnnnnnnnn.
me : mama niiiiiiiiiiii. tetiba tau.
mama : ikut je la. mana tau. n jangan minum air gas coke ke apa semua tu.
me : tetibaaaaaaaaaaaa je. mak kau over noy.
noy : betul la. kau mana tau. ikut je la.

seriously weyh?
dorang ni dah kenapa?
tu takpa. masa nak balik. salam mama tu, sempat dia pesan, "ada berita gembira jangan lupa bagi tau yea"

Dear God, help me.
*urut-urut perut mcm ada baby tapi sebenarnya yang ada lelemaks je*
eh lepas urut perut tetiba rasa lapar. serious.
ok aku nak tengok rumah depan, supaya warna oren bisa membunuh nafsu kelaparin.
gagagaggaga.



11 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

umah oren tu bgs jugak utk ko, sbb esok2 kalau org tatau nk cr umah ko pn ko boleh gunakan umah tu sbg subjek, "umah aku dpn umah kaler oren tu". haa.. kan sonang. haha.

isk better cek la jugak wei mana nk tau kot2 betul pregnant so bgslah tu, sbb aku pkir la kalau ko x tahu then ko x jaga (cth benda2 mama ko x kasik makan tu) kan ke membawa kemudaratan. eceh .. aku menasihat.. haha

susumanis said... [Reply to Comments]

amiin kalau peej betul betul peknen, sian mama peej nak sgt cucu sorang lagi :)

Hazey said... [Reply to Comments]

Amin... semoga makbul doa Mama Peej.. :)

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Hehhe...tah2 ade kot... Mcm sy demam minggu lepas, minggu selsema tak baik2.. Rimas betul... Dah 2x buat upt, tapi -ve la... Cer u try buat upt... ;)

cik gObu said... [Reply to Comments]

isshh jgn peej
pesanan org tua kena amek kisah jugak

sbb b4 ai pregnant ai demam jgk

so lepas tu check and mmg +

apa kata peej buat je test tu

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja, mama tu rindu nak belai belai cucu,maklumlah lil pop tu dah semakin jauh, kesian kakak ku itu.

Oda Aman said... [Reply to Comments]

hehe..auntie tggu cucu kl. cucu melaka jrg2 jmpe. tu eksaited nak cucu kl. blh jmpe sllu. mak saya pun camtu gak. asyik tanye bila nak beranak. asyik mengandung lemak je bila nak mengandung org. hmm.....

syazana said... [Reply to Comments]

Peej apa mama kau cakap tu betul,makan kena jaga.Simptom awal sesetengah org memang demam.Aku dulu pon macam tu,demam tak sudah...siap amik injection utk gastrik lagi.Rupanya aku mengandung,nasib aku baik tak gugur.Now si debab ku dah 8 bulan :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahaha yg sebenarnya, warna-warna terang macam merah, oren, kuning adalah warna2 yg membuatkan org lapar! xD sebab tu byk kedai makan kaler2 gitu. marketing strategy. tak caya tnya eric leong ;)

and weh! kta mengalami perkara yg sama dgn ko. sibuk kalau gi sni sna mesti org tnya2 la dh pregnant ke tak. nak jwb pun xreti sbb xde jwpn. husband pulak duduk jauh nun di tganu, nk plan pun xla semudah tu. siap lg balik visit in laws kan, mak mertua pun tnya2. siap doakan kembar lg *tepek dahi* lantas diaminkan sahaja haha. tp agak stress jgk la sbb ada biras yg kahwin awal sikit drp kitorg, dia dah pregnant.. tkut balik rumah in laws tu org dok banding2. rezeki masing2 kan. maka kta sgt memahami ke-stress-an ko itu. marilah berdoa sama2 semoga rezeki bersama2 dgn kita. amiin.

:)

Macikz Konah said... [Reply to Comments]

p/s: tetiba jeles.. awak dah kurus la.

Krisz Hanna said... [Reply to Comments]

hehehe kelakar la part *warna oren bisa membunuh nafsu kelaparin.
tapi kan sis peej, kolej kiter pun warna oren. sama je lapar nye.hehehe padahal mmg kuat makan pun saya ni!
amin amin amin moga akak cepat dapat 'berita gembira'....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...