Instagram : @peejburhan

Honkie


terlupa nak update pasal ni.
hampeh betul.
kita orang pergi hong kong tu kejap je.
n kata masa singkat. nak berjalan pun tak sempat.
tak pun dah penat.
sebab tu selalu kalau travel kita orang suka pergi lama.
atleast 5 hari. so boleh la relax sikit kan.
so ni pergi 3 hari apa je boleh buat kan.

since check out awal.
ada rasa nak pergi jalan jauh-jauh sikit.
tapi takut nanti sesat n susah communicate ke apa.
ketakutan. lalu decide kita pergi dekat je sudah.
lepas check out kita orang lepak lobby kasi online dulu.
then around 1pm baru gerak.
ke city gate je pun.
city gate tu memang dah on the way ke airport.
daripada HK disneyland dalam 15 mins macam tu.
then daripada city gate ke airport dalam 5 mins.
hehehe. so rasa selamat la. so cukup situ.
naik taxi ke situ kena dalam HKD100.

taxi ni memana negara kau naik memang scary kan.
semua stock suka bawak laju n cilok.
nak tercabuit jantung rasa.
bagus la cepat sampai tapiiii scary mengalahkan naik roller coaster.






tinggi betul rumah dorang n rapat.
tengok pun ku rasa gayat.
if duduk sana memang aku akan cari rumah bawah2 je.
tapi rumah tinggi ni best dapat tengok pemandangan kan.
tapi gayatttt. not loike.
oh ye. itu rumah. tapi rupa macam bangunan pejabat kan.


:: see rumah tinggi lagi ::


city gate ni shopping complex jual barang outlet.
banyak la jenama best.
ada ralph lauren, burberry, coach, segal kasut2 mahal, nike, adidas, bla bla bla.
banyak gila la. dia 3 tingkat tak silap n panjang gila.
kita orang tak round semua pun.
sebab sumpah penat round disneyland pun tak abis lagi.

sampai sana terus tanya concierge dia mana locker.
kat sana ada locker untuk simpan bag.
best la locker dia. ada memacam size. luggage besar pun boleh sumbat.
lupa pulak nak snap pic.
tapi so canggih n gempak me loike. heheh.
tapi limited gila. ada dua locker je. letak pulak kat area parking basement.
so if takda orang agak scary n paranoid la.
tau la aku n noy ni kan memang trauma perompak tak habis.
so takut je.

masa memula turun dua-dua tingkat penuh locker tu.
siap ada orang tunggu kat B2 tu.
lama tunggu macam takda harapan.
so kita orang kata takpa la. tarik je la bag.
walaupun tau mesti menyusahkan nak shopping.
elok naik atas. nampak couple ni turun. terus aku n noy kejar dia.
tanya dia nak keluar ke. dia kata yes.
yeay dapat locker.
dah la time tu ada orang tetiba nak sailang amik. kong jaq.


simpan je terus menggila.
antara yang pergi quiksilver.
aaaa suka. ye kami kan suka pantai. so memang suka beli benda2 pantai.
murah gila tak masuk akal.
murah daripada selalu beli kat bali.
time tu kita orang beli 3 surfer pants, 2 baju tak silap. total dalam RM300+ je.
sedangkan kat KL. satu surfer pants adalah RM245 ok. va va va.



noy la banyak shopping.
aku pulak kalau kaki dah rasa nak tercabut tu.
memang bad mood segala apa.
tak kosser weyh. so layan dia je la.
pastu balik KL terkejut. boleh tak aku ke sana. aku beli satu je baju.
tu pun noy paksa time tu.
lain takda. aku beli pun fridge magnet. cover hp.
n baju seluar bagai untuk Mr.B.
sendiri barang takda.
tu takpa. pastu bawak balik beratus duit HKD.



kayo betul orang situ.
macam masa kat ralph lauren tu.
kita orang beli 1-2 baju je.
memang ramai macam pasar malam ok.
tapi orang lain sekali letak atas kaunter dekat 20 helai. hoi kaya kau.
pastu ada ke kedai kasut. segala jenama mahal la. yang kat KL paling murah 2000 semua tu.
kat sana jadi 700 macam tu. still. mau cirit setahun if beli. kosser.
tapi aku tengok relax je dorang beli sampai 3-4 pasang. gila.
then burberry punya kedai ni dok la longgok je macam guess macam tu.
purse la. dah longgok. macam murah.
tapi belek. still duit kita 1000+. gulp
yang aku dok tenangkan noy.
dia memacam nak beli.
aku kata bawak bersabar. kau kata kau nak simpan untuk itu ini.
so better jangan beli.
nasib kuasa angel ku kuat. ewah.

:: berhenti makan n minum. aktiviti paling ku suka. tenang rasa kaki ku ::




then masuk dalam balik sambung shopping.
around 6ish kita orang gerak ke airport.
flight pukul 9pm.
tapi kali ni dapat taxi macam harem sikit.
sampai airport cecepat halau kita orang.
sebab total HKD27 macam tu.
kita orang nak pakai duit syiling so lembab la.
marah2 lak. cibai lu.


banyak basikal.
oh area ni banyak kondo tinggi2 tu.
n ramai gila stewardess.
ye la dekat ngan airport kan.




ada tempat nak melancong gak sini.
naik cable car tu. tak silap tengok macam patung budha ke apa.
tapi malas la nak pergi kan.
baik shopping. so tak pergi la. sepanjang jalan tu amik pic sudah.

sampai airport sambung shopping.
takda apa. aku beli fridge magnet hongkong pulak.
noy beli tah apa benda.
oh n dia beli perfume channel. pun murah kemana dpd malaysia.
dah la dia ni currency lembs.
aku pulak kan ada app tu.
so tekan2 je tau.
pastu dok tanya aku murah ke tak tu.
hoi aku dah la penat ni.
mana aku tau channel kat KL berapa.
dia yang biasa beli.
tapi yang pasti memang murah la. murah rm100 dpd KL.
so suka la dia.




kita orang kat terminal 2.
terminal 2 takda benda best sangat. best kat terminal 1.
masalahnya tak tau bersambung. shit.
if tau datang awal sikit.
ingat memang totally different macam lcct n klia tu.

around 7ish amik boarding pass.
pastu teruja sebab dapat proper boarding pass.
tau la airasia ni mana pernah ada boarding pass.
selalu pakai kertas rupa resit je.


tu takpa.
di cepatkan la flight. jadi kul 8.55pm.
dia kata kena masuk 20 mins awal.
so kita orang pergi smoke dulu.
then lepak starbucks.

lepak until kul 8.10pm.
pastu aku tanya noy, "yang 20 minit tu baru boleh masuk ke? or 20 minit tu dah boleh masuk kapal terbang.
dia kata boarding. whatt??? so kena la kita masuk.
pastu memasing kelam kabut.
sebab kul 8.35pm dah kena naik kapal terbang patutnya.
ni apa tak buat lagi.
dah la teringat immigration hongkong yang line panjang lebar tu.
apa lagi. berlari weyh kita orang.
memang scary la.
sampai tempat scan bag ramai.
kat immigration ramai.
lepas je berlari aku n noy.
ye aku yang dah tak lari bertahun ni lari sakan weyh.
nak terkeluar jantung.

pastu kau tak sampai2 gak.
sekali kena naik train pulak.
so naik train. sampai station dia kata ni ke arah terminal 1.
berpeluh weyh. tak cuak kau. time tu dah berapa minit berlalu.
ada dah 20 mins berlalu kot.
sekali rupanya train dia memang macam kita tu.
kau nak ke arah lain. station depan kau tukar train. gituh.
terasa lama la.
sampai je lari lagi.

dapat lak gate 69 paling hujung la.
start dpd 50+ gate tu.
dia ada la travelator tu. tapi half ada. nanti takda. nanti ada balik.
noy dah pecut. bahabi. by the time kat gate 60 aku dah tak mampu.
antara jarak gate ada la 100 meter kot. ke lebih. huarghhhhhh.
rasanya time tu dah 8.40pm kot. amik kau dpd gerak kat starbucks tu. setengah jam tak sampai lagi.
punya la besar airport dia. ni terminal 2 je. bukan terminal 1 pun.

pastu aku naik travellator tu nak ke gate 69.
nampak noy patah balik. naik sebelah aku ke arah belakang balik.
aku dah rasa nak nangis. ni kenapa pulak.
noy kata tukar gate 62.
nangis weyh. nangis.
so patah balik la. pitam.
rasanya kul 8.40+ baru dapat naik kapal terbang.
memang seram la.
bayangkan tertinggal flight. mampuih.
so sesiapa pergi sana.
make sure flight kau lagi sejam. kau masuk dah la.
kalau tak memang pitam.
tak pun dapat je boarding pass terus masuk.
jangan getik nak ke sana sini.

rindu la nak holiday lagi.
aku rindu nak pergi pantai.
tapi ni monsoon semua tak leh pergi.
noy buat kelakar patut oct ni nak ajak aku gi thai or bali lagi.
hoi takda duit dah. ingat aku kaya macam dia.
plus if pergi bali. aku nak bawak duit banyak.
sebab nak shopping untuk rumah. :D. barang sana kan lawo.
so aku kata next year maybe boleh.
tengok macam mana.
yang pasti next year nak pulau2 lagi. kat malaysia la.
Mr.B suka n rindu gak dia kata. ewah kemain. padahal takut air.
tapi noy kata dia dah taknak. dia kata asyik gi pantai. kulit dia payah nak cerah balik.
loco.




0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...