Instagram : @peejburhan

Hong Kong Disneyland - Part 2

ok mari sambung kisah Hong Kong Disneyland hari tu.
ni part 2 pulak.
aku ni lately malas nak update blog.
kang buat banyak sangat part, ada yang delay lama pulak.
so kita settlekan dalam 2 part sudah.
so bersedialah untuk membaca entry yang panjang dengan pics yang banyak yea. :D

day 2. memandang malam sebelum tu tidur awal.
kepenatan. makan ubat apa semua. memang tidur.
tapi maybe sebab tak berapa sihat n terlebih penat.
ada la sejam ke 2 jam sekali terjaga.
ke sebab aku excited nak tunggu hari seterusnya. heheh.
yang noy tau nak marah2 je. sebab aku ni kalau terjaga awal.
memang tak reti duduk diam. ada je aku buat.
ceria semacam.
so dia bengang sebab bising la. dia nak tidur, T___T

ready for day 2.

:: cuaca dah cantik. no more jerebu. so dapat tengok pemandangan yang lawa. :D  ::


:: buat coffee relax kejap. then mandi n siap. ::


:: oh kat sana ada hair drier. so tak payah beratkan bag bawak semua tu. :)  ::


yeay tinggal nak make up je.
rambut dah kering.

excited sebab akan breakfast kat Enchanted Garden, kat Hong Kong Disneyland Hotel.
kenapa excited? sebab kat situ buffet breakfast dia boleh meet & greet dengan Disney character.
sukaaaa. tak payah susah-susah nak ikut timing kat Disneyland. beratur ke apa.
kat situ Disney character ni yang akan datang kat kita.




naik shuttle bus untuk ke Hong Kong Disneyland Hotel
kat situ shuttle bus memang banyak sangat.
every  5 minutes macam tu je ada.
so tak payah rebut ke. or if nampak ada bas kau nak berlari kejar takut terlepas ke.
tak perlu. jalan biasa je. tak sempat kau duduk nanti bas lain dah sampai. :)

sangat suka ke Hong Kong Disneyland Hotel ni sebab sangat lawa hotel dia.
memang rasa macam dalam castle je concept dia.
sebab tu if ke sini macam nak amik pic banyak-banyak. 




Buffet breakfast kat Enchanted Garden ni bukak pukul 9pm.
so if kau sampai awal pun tetap tak boleh masuk.
tapi boleh beratur la kan.
kita orang sampai awal 15 minutes kot.
still kena tunggu sampai boleh masuk.

masuk je dapat seat.
tak sempat nak buat apa.
tengok Disney character semua dah muncul.
kat situ tak payah nak berebut kejar nak amik pic ke apa.
tunggu je turn.
tau-tau nanti dia muncul tepi meja kau. so dapat la amik pic. heheh.


see tak sempat duduk lagi goofy dah muncul.
tinggi jugak goofy ni kan. i like. eh tetiba.
semua orang akan dapat turn dia.
lepas noy snap pic aku. goofy pergi kat noy.
so aku pulak tolong snap kan.


:: sama-sama terkejut sebab ada orang yang macam kelam kabut tak sabar nak amik pic. sampai terlanggar itu ini. hahha noy terkejut betul. sekali tengok goofy pun nak terkejut jugak. tak sukaaaaaa ::




my oh my.
food spread kan sini sangat la menarik.
banyakkkkkkkkkkkkkkkk sangat yang menarik.
but aku tak dapat makan banyak.
seperti yang sedia maklum. even tak demam dah pagi tu.
tapi still selera macam still tak best tu kan.
so makan pun tak berapa banyak.
hish kalau sihat memang macam-macam la aku makan.



:: with pluto. muncul time tengah makan. noy kata kenapa muka aku macam tu. suka sangat ke? aku kata, bukan senang nak cium hanjeng. so dapat ni ok la. ::


fav place. juices yang sedap.
satu je terkilan lupa makan.
kat sini banyak yogurt ngan fresh fruits. macam sedap jeeee.
ye la mana tak lupa.
sambil makan. sambil nak amik pics ngan characters tu.
pastu kat cafe ni semua ada wifi kan.
so time tu la sibuk nak instagram bagai.
tu yang makan pun boleh lupa. ;p


:: samosa n chapati pun ada. niceeeee... :




with mickey mouse.
bila amik ngan goofy.
pastu mickey. rasa macam eh mickey ni katek je.
tak taste la kan. iolls suka yang tinggi.
tetiba sangat kan aku ni, motip nak taste ngan disney characters tetiba. hahahha.

::hash brown, pancake n waffle. mmmm dappppp ::


:: so pretty the interior kan. super love ::

lepas dah kenyang n puas amik pic ngan Disney Characters, kita orang keluar sebab nak smoke.
bertambah teruja sebab garden dia sangat lawa.
terus session amik pic. heheh.
mostly pics aku la. sebab pics noy semua dia suruh snap guna iPad dia.



:: castleeeeee::

:: ada mazeeeeeeeeeeeeeee. Nama dia adalah Mickey Maze!. jangan tanya apa yang cuba aku buat. teruja punya pasal, terus pose tah apa-apa tah. kah kah kah.::


see belakang tu siap ada laut. tapi aku tak kebelakang sana.
gila kau panas.
time ni nak tengahari dah.
aku siap jacket bagai. pitam nak berjalan tengah panas.
oh time aku pergi ni cuasa panas.
sama macam malaysia.
tapi malaysia sejuk kadang2 sebab hujan kan.
sana tak hujan sepanjang aku kat sana. so memang panas.
aku pulak pakai jacket sebab tau hotel sejuk. malam sebelum tu kan sebab sejuk time makan malam tu la demam serang kembali.
tu yang pagi siap pakai jacket.



 best kan maze.
tapi aku tak berani ke tengah sangat.
aku ni penakut sesat.
nasib maze kontot je.
if yang tinggi kau tak nampak apa tu.
mesti lagi seram kan.
silap baru jalan sikit aku dah nangis sesat.

:: candid shot. hahha huduh. noy selalu marah sebab dia kata aku jalan macam penguin. tangan hayun depan belakang siap terkuak macam tu. abis dah lengan lelemaks takleh kepit. nak buat macam mana. hahah. tapi tak sangka memang rupa penguin aku jalan. ;p  ::


:: smoke di bawah pokok. suka. rasa happy. aku ni suka greenery. so rasa berbunga hati masa lepak sini. ::





then masuk dalam sambung amik pic :D
terlalu banyak sangat tempat lawa. rasa rugi if tak pose kat situ. wahhhh.














:: 2 pic atas ni adalah toilet ok. lawa gilaaaaaaaaaaa kan. ::


:: aku konon nak poyo amik pic ngan phone. aku ingat macam hiasan ke apa je. sekali angkat ada dial tone. terkejut kitew. nasib tak terus frontdesk jawab ke apa. ;p  ::





settle amik pic kat situ.
balik ke hotel kita orang.
Disney's Hollywood Hotel tu.
sebab nak relax-relax.
tukar baju ke apa.
then dah ready baru sambung ke Disneyland again.







:: aku kan lupa pack baju. pack dalam keadaan demam. tah apa aku pack. last2 tak tau nak pakai apa. so baju n seluar ni adalah baju noy. heheheheh. ::

aku amik 2 day ticket.
sebab tau takkan sempat habiskan in one day.
kalau nak tau harga ticket.
ni aku kasi share ye.



beza HKD100 je pun. so baik amik 2 days terus kan. :D
exchange rate macam mengerilukan je nak kira kan.
tapi aku download app currency kat phone aku.
so apa2 semua check situ je.
dia tak perlu line internet untuk berfungsi. nice kan.
sebab last time phone kau ada internet dia dah set rate tu.
so lepas tu just convert je apa2 number. niceeeeeeee.

so ke sana.
since day 1 banyak gak games dah main.
so day 2 ni relax sikit la.
saje main banyak games masa day 1 tu sebab tu hari jumaat.
so tak ramai orang.
weekend ramai kan. nak beratur pun penat nanti.
so day 2 busy snap pic kat tempat lawa-lawa n naik rides yang tak naik lagi je.


ok jangan tanya apa aku buat ni.
noy kata aku asyik pose sama je.
so masa dia nak amik pic ni aku konon nak tukar pose la.
hahahahaha. hoi buruk. tikam diri sendiri.

then kita orang pergi all the souvenir shop.
shopping. beli biasa-biasa je.
beli fridge magnet untuk diri sendiri n kawan2 yang kirim.
beli baju untuk Mr.B.
beli keychains.
rasa nak beli macam-macam lagi ok.
banyak sangat benda comel. tapi taknak ikut perasaan sangat.
maybe sebab semangat berada kat disneyland je tu.
padahal aku bukan jenis comel pun kan. wah...


antara air yang ada jual kat stall.
best kan.
selain coke ke apa semua tu.
ada fresh juice dlm botol macam ni.
ada watermellon n orange juice. sedapppppppppppp.
me n noy siap beli banyak simpan stock kat hotel.




ni baru nak bukak sempena Holloween.
nama dia hounted house, bukak 4-31st October.
so ni setting depan dia tu la. so cool.
poyo aku amik pic tu.
patung belakang tu kepala dia akan gerak ke ke kiri ke kanan semua.
pastu mata merah nanti.
suruh noy snap masa mata merah. she did.
tapi dia kata bukan nampak pun mata patung tu merah. pffffttt.
fine.




dalam semua park kat situ.
aku paling suka Adventureland.
sebab aku memang suka pokok-pokok n kayu-kayu ni semua.
so rasa tenang n lawa sangat.
ngan siap bunyi burung la apa semua. memang best la.
rasa redup. lama spend masa lepak kat Adventureland ni.
makan shopping semua kat sini. :D


:: perempuan yang pantang jumpa kerusi. mesti nak duduk. ;p ::

penat berjalan, amik pics, shopping, kita orang singgah makan lunch.
still kat Adventureland. kita orang makan kat Tahitian Terrace.
tempat ni confirm Halal.
dah la lawa tempat dia, bila masuk tengok menu terus happy sebab mostly semua nama-nama makanan yang sangat familiar.
Thai green currry la, penang fish curry la, malaysia chicken korma, singapore curry laksa, nasi beriyani n macam2 la.




:: noy makan nasi beriyani ::

mine. ayam kurma.
ok tak sama la ngan kurma ayam kita.
but boleh la makan. terubat jiwa iolls dapat makan nasi tau.
ok la not bad.






:: noy sempat buat gelang ni kat kedai beside tahitian terrace tu. murah je tak silap. kena tunggu 15 mins macam tu. ::

kat Adventureland ni ada Festival of The Lion King.
tapi tak sempat tengok. tsk tsk.
sebab weekend ramai.
so lambat sikit je orang dah ramai. T___T
takpa. someother time. mana tau pergi lagi. ceaaaa.










then ke Fantasyland.
pun lawa aku suka.
sebab dia kan castle semua tu.
rasa macam hidup dalam cartoon punya castle pulak. feeling.
kat Fantasyland ni if ada anak kecik. sini banyak games untuk kids.
rides yang macam Cinderella Carousel, Mad Hatter Tea Cups, Dumbo the Flying Elephants and banyak lagi la.
but kita orang tak naik semua tu.
tapi kita orang ke Mickey's Philhar Magic.
hamagaddddddddd. ini adalah wajib pergi ye if pergi sana.



masuk je dorang bagi 3D glass tu.
masuk la.
sampai dalam terkejut.
sebab ramaiiiiiiiiiii sangat orang. dah macam konsert pulak penuh dia tu.
panas gila time tu n terkejut.
aku n noy dah rasa macam nak keluar je. sebab rimas.
tapi takda jalan keluar. hahaha.
sekali dia bukak pintu semua serbu masuk.
baru lega sebab besar theater dia, n sejuk nyaman. :)





best gila.
sebab dia bukan 3D dah. tapi 4D.
bila naik magic carpet siap rasa angin, pastu if ada perikan air siap kena ok.
melampau sangat rasa dia.
n like i said. cartoon semua dari zaman kita.
so mesti enjoy la sebab nyanyi sama lagu tu.
oh suka.
antara yang paling best kat sini. so mesti masuk ok kalau pergi sana.

penat naik few more rides.
its time to head home.
ramai orang.
plus aku ni dah rasa nak tercabut kaki kepenatan.
just amik few pics. shopping apa patut n gerak.












:: teruja nampak kerusi. hahahhaha ::







bye-bye Disneyland.
till we meet again.
then ke shuttle bus. balik hotel.




:: pretty view from our room ::




rehat kejap.
mandi n siap.
later we went for dinner.
again ke Disneyland Hotel.
kali ni dinner kat Walt's Cafe pulak.



















kenyang makan kat Walt's Cafe sambil ber wifi.
balik to our hotel, Disney Hollywood Hotel tu, lepak lobby.
sambung online lagi. :D
sambil snap pic area lobby dia.
lobby sangat comfy. banyak sitting area.





malam tak kemana.
tidur. esok breakfast kat Chef Mickey.
lepas tu naik packing n ready untuk check out.
but before balik ambil pic area hotel.



















memang tersangat la puas hati duduk sini.
sangat selesa n besttttt. wish i can stay longer.
if korang nak tau info pasal hotel, park, tour service ke apa.
boleh check out website ni. CLICK HERE
semua la ada situ.

ok cukup pasal experience kat Hong Kong Disneyland ni.
nanti jumpa kat next entry yea.
bye.










3 Comments:

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Aku rasa macam aku plak yang berjalan2 dalam Disneyland tue baca ko punya cerita. Terbayang waktu dkt korea dulu. Theme park dia, adik skit dari Disneyland. music everywhere. Rasa macam dalam cartoon plak. Best nyer...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronooook nya, enjoy betul ya korang berdua.

syieda said... [Reply to Comments]

peej!!!!
bestnya. kitew dah book disneyland hotel ni. so untuk b'fast kat enchanted garden tu, perlukah nak book bagai jugak?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...