Instagram : @peejburhan

Hong Kong Disneyland - Part 1

Sorry for the delay.
lepas balik daripada hong kong.
aku demam balik. n quite teruk.
ni dah sihat baru larat nak mengadap pc.
resize pics n all.

ok mari start.
masa pergi tu kita orang amik flight pagi. departure 7.10am.
semua ok takda delay ke apa.
dalam flight aku tidur kejap je. sebab excited. heheh.
touch down je. terus bergegas je.
punya la laju jalan.
yang noy tanya. apesal semua orang macam laju n nak cepat ni?
aku kata tak tau. tapi dah semua orang rush. jom la kita pun rush.
airport dia besarrrrr sangat. pada pendapat aku la.
nak tercabut kaki weyh jalan.

tu takpa. sampai tempat immigration.
terkejut sangat sebab ramainya manusiaaaa.
dorang buat line macam lingkaran ular tu. n sepenuh2 manusia. ada la 3 kot lingkaran tu.
rasa nak pitam.
but line dia bergerak laju la.
tapi laju2 pun. ramai punya pasal. ada almost 1/2 hour jugak baru sampai turn aku.

:: ini just 1/5 dpd kepanjangan lingkaran itu ::

settle situ.
pergi tanya reception dia mana nak dpt taxi.
aku macam tak faham sangat accent dorang. or maybe dia salah cakap.
dia kata ke kiri. kita orang ke kiri. sesat ok.
tak jumpa jalan turun. rupanya kena ke kanan. sabar je la.
akhirnya jumpa taxi.
aku naik taxi hijau. straight dpd airport dia bawak ke hotel.
kena HKD118 macam tu.
bestnya taxi sana. dia memang ikut meter. so takda dia nak menipu ke apa.
siap masa naik dorang bagi kau card ngan nombor taxi.
jadi apa2 boleh la buat aduan kot. senang.
walaupun sebenarnya macam la aku tau nak mengadu kat mana. hehehe.

since tujuan utama pergi HK ni sebab nak ke Disneyland.
so me n noy decide untuk duduk kat Disney's Hollywood Hotel. yeay.
sebab dia dalam compound yang sama. so senang sangat. :)
kira kat situ ada Disneyland Park.
hotel pulak ada dua. satu yang Disney's Hollywood Hotel ni.
satu lagi Hong Kong Disneyland Hotel.
Hamagaddd. hotel yang tu lagi lawa. takpa nanti share pics.

so sampai terus check in.



very helpful this girl.
yang bestnya english dia quite ok. aku faham dia. dia pun faham aku.
itu kita suka. kalau tak agak susah aku rasa nak communicate.
dah la sepanjang kat sana.
kalau ada 20 orang la tegur or bercakap, 20 orang tu akan cakap cina ngan aku n noy.
tak faham. muka kita orang ni macam cina kah?
rasa macam tak. heheh

settle semua terus check in.
oh untuk smokers.
masa nak check in tu jangan lupa bagi tau nak smoking room.
smoking floor kat tingkat 6 ye.
senang. takyah la everytime nak smoke kena turun bawah ke apa kan. :D


:: lift dia ni siap ada bunyi suara character disney. everytime tunggu lift. lift nak sampai aku n noy selalu ingat mesti lift tu penuh orang. sebab bising. padahal tak pun. tapi sebab bunyi suara mickey la apa semua tu ::


Our room.
wah sukanyaaaaaaaaaa.
besar luas n sangat selesa.
the interior pun sangat comel.
banyak hidden mickey.




:: pantry. boleh buat air panas semua. masak maggi pun senang :)  ::

:: toilet ::



:: view. masa sampai tu cuaca tak berapa elok. jerebu. so memang tak nampak apa. ::

:: cermin besar. belakang tu ada peti besi. so kalau rasa nak tinggal barang beharga pun tak risau.  ::

:: sangat comelll ::

:: if terlupa bawak berus gigi pun jangan risau sebab ada kat sini. ada few lagi benda lain macam cotton buds, pacial cotton. n dorang akan replace everyday. so senang if datang tak perlu bawak semua tu ::


duduk rehat kejap.
kasi tukar apa patut.
then terus ke bawah untuk lunch.
sementara bergerak.
lepak kat lobby kejap.
sebab ada wifi. suka suka suka.
kat bilik boleh online if nak. kena mintak cable masa check in tu. bayar la of coz.
tapi kita orang bukan nak online dpd laptop ke apa.
so takleh guna pun cable tu. so guna wifi kat lobby cukup kan.



:: yeayyyyyhhhhhh::

setelah puas berwi-fi.
kita orang amik shuttle bus untuk ke disneyland hotel for lunch.
if stay kat sini. shuttle bus adalah free.
shuttle bus tu untuk travel between 3 tempat ni la.
so daripada Disney's Hollywood Hotel, naik shuttle bus ke Disneyland park.
sebab kena tukar shuttle bus kat situ.
daripada situ baru boleh ke Hong Kong Disneyland Hotel.
confusing tak? takpa if pergi sana mesti faham. heheh.

kita orang lunch di Crystal Lotus kat Hong Kong Disneyland Hotel.
food basically great. but aku kan demam tak demam time tu.
so tak dapat nak enjoy sangat.





:: Pumpkin Puree Soup with Wild Mushroom n Diced Chicken. this is super nice. ::






:: fried rice with assortment of seafood. super nyummm ::

:: Mickey's chilled mango pudding with fresh fruits. ini terpaling sedap. seriousssss!  ::

:: "duffy" steamed red bean puree bun ::



:: cantik kan crystal lotus ni. love. love. love ::

:: amik pic kat souvenir shop yang ada kat hotel. so if la tak sempat nak shopping kat disneyland. jangan risau. kat hotel2 ni pun ada kedai. :)  ::

puas makan.
tiba masa untuk masuk disneyland. yeay.
taknak buang masa. :)





haha muka takleh blah. sebab hidung kembang kuncup berjalan.
boleh kurus if tinggal sana.
sepanjang kat sana aku n noy tak abis2 wish boleh sewa buggy.
takyah penat berjalan. dasar pemalas. hahaha.
muka juga pucat sebab demam baru nak kebah time ni.
hebat kan timing demam ni. nak gak datang time orang nak travel.


bersih betul la sana.
suka tengok.
yang kita orang baru masuk dah dengar macam-macam lagu.
sengih je berdua.
sebab serious mengimbas kembali kenangan masa kau kanak-kanak.
seronok je rasa.
baru berjalan masuk. tak sempat tengok apa lagi tu.

ok sebelum sambung.
meh cerita sikit pasal Hong Kong Disneyland ni.
dia terbahagi kepada

- Main Street, USA.
- Fantasyland
- Tomorrowland
- Adventureland
- Toy Story Land
- Grizzly Gulch (new)

so sampai tu memang akan terus kat area Main Street, USA.
sampai pulak just nice untuk Flights of Fantasy Parade.
show starts at 3.30pm.
so apa lagi. jalan laju-laju carik spot yang cantik view n tak crowded sangat.












ceria je semua.
rasa kelakar pun ada.
terhibur pun ada.
esp bila yang lalu tu cartoon character yang kau suka kan.
macam pic bawah ni.
seronok tengok gelagat budak kecik perempuan tu.
if jumpa character yang dia suka. kemain menjerit bagi tau mak dia.
pastu blushing muka sebab excited sangat kot. comel.








:: cinderellaaaaaaaaaaaaa. ye aku fokus kat dia je. sebab sukaaaaaaaaaa ::




















comel gila semua.
best sebab most cerita ni pernah tengok.
so bila lalu tu lagu2 dia kau tau kan.
so nyanyi sama. heheh.
paling kagum tengok dorang semua tu la.
menari terlompat sana sini.
ceria semacam je. siap ajak kau ceria sama yang tak tahan tu.

abis show tu terus ke Adventureland.
nak naik Jungle River Cruise.






:: perempuan ni kelakar gila n agak saiko. but aku rasa dia membuatkan Jungle River Cruise tu jadi best. cuma cara dia bawak boat ni semacam je. scary je aku n noy. ngan bunyi itu ini. tau tak bunyi macam orang tak tekan clutch abis tu. grokkk grekkk. macam nak karam. haha. ::

:: tarzan's treehouse ::

ku ingatkan ride ni tenang.
no no no.
ngan budak perempuan tu bawak boat menakutkan.
plus benda kat situ semua nampak real.
rasa menakutkan je.
tapi dia memang dah pesan awal kata ride ni maybe menakutkan untuk kids.
so make sure jaga anak memasing. nasib iolls takda anak. heheh.







:: serious nampak real aku rasa seram tengok segala gorilla ni. ::



:: yang ni pun bagi aku takut. sebab muka benda ni sangat real ok. especially yang bawah sekali tu. ish sampai sekarang boleh bayangkan muka dia tu ::




:: time ni. benda ni betul2 belakang kita orang. terasa ok bahang panas tu. scary ::

:: if nak pergi tarzan's tree house ni kena naik benda tu. cool kan? ::


next ke Grizzly Gulch.
theme land yang World Exclusively open in July 2012 kat  Hong Kong Disneyland ni.
So paling baru la kat situ. yeay.
ala-ala wild-wild west. yeeeehaaawwww. eh tetiba over haha.


:: kat dalam tu banyak stall jual makanan n air ni. so boleh je beli. tapi aku terlebih excited 1st day tu lupa beli. aku minum air mineral yang aku bawak je dpd hotel tu. paling best sana banyak water cooler. so kau boleh refill botol air kau. best kannnn. jimat duit iolls ::















kita orang naik Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars.
hoih panjangnya nama ride ni.
it's a roller coaster btw.
bestttttttttt!
memula rasa biasa. pastu tengah naik tinggi. boleh pulak dia undur ke belakang ok.
something different.

:: wild wild west. siap cakap southern accent lagi. lepas tu aku cakap macam tu, noy marah. dia kata aku suka buat benda memalukan. what? ::

:: Geyser Gulch. boleh mandi basah2. cool. of coz aku tak pergi. sebab tak bawak baju spare. ;p  ::


:: ni tengah dalam progress. new theme land. opening soon. best eyh. tak silap ni macam horror2 punya. macam best jeeee ::




tiba di Toy Story Land Land !! yeay. "u got a friend in me...u got a friend in me..."
fav cartoon.
tengok semua sekali. toy story 1, 2, 3.
cartoon yang bikin nangis. tsk tsk.


:: beratur nak naik Toy Soldier Parachute Drop. muka senyum paksa sebab noy sibuk nak amik pic. dah basah peluh woih. panasss ::


aku suka games/rides kat Disneyland ni.
most of dia punya rides kids pun boleh naik.
rasanya umur 7 tahun macam tu ketinggian usually dah lepas la.
so since kids boleh naik. rides dia semua macam tak menakutkan.
rasa selamat.
macam Toy Soldier Parachute Drop ni, rasa relax je. takda rasa gayat. or perut nak tercabut ke apa.
tah aku rasa ok.
tak tau la aku rasa ok sebab aku kebas makan ubat ke apa kan. heheheh.
tak pun selama ni aku pernah naik rides yang lagi menakutkan.
aku rasa sepanjang kat sini. semua rides menggembirakan. takda yang bg kau stress ke apa.


then aku naik RC racer.
memula rasa taknak naik.
then fikir ala naik je la. dah datang tu kan.
plus dia macam bentuk U je pun. ok punya la.
aku pernah naik yang berpusing ke atas dia stop semua. horror kot.
so ok, mari naik.



true. aku rasa tak torture. fun ada. hihihi.
walaupun bila turun muka agak bersepah. ;p
but whatever. aku still suka sebab aku rasa rides kat disneyland ni memang nak bagi orang have fun.
so bye-bye Toy Story Land, kita bergerak ke tempat lain pulak.






sepanjang jalan dapat tengok taman cantik la apa semua.
oh satu lagi.
untuk smokers. kat sana takleh smoke sesuka hati.
tapi ada few tempat disediakan untuk smoker. tempat pun lawa-lawa. suka.
lupa nak snap. ye la kalau dah ke situ, harus la smoke kan. takkan nak pose pulak.

seterusnya ke Fantasyland.
sini paling banyak rides.
tapi mostly rides untuk kids la.
adult pun boleh naik. tapi yang simple2 tu if kita takda anak kecik, tak pergi pun takpa.
iolls ni penat berjalan, so nak beratur if panjang sangat tak kuasa. ;p

since penat berjalan, kita naik ride yang tenang n duduk je.
siap ada aircond lagi. ahhh nyamannn.
so ajak noy naik The many Adventures of Winnie the Pooh.
weeeeeeeeeeee.
kelas kan aku tau nama rides ni semua. hehehe.
bukan apa. aku bawak balik pamphlet la. sebab tu tau nama penuh rides ni semua.
semangat tak? semata2 nak cerita details.






ride ni simple.
tapi aku n noy tergelak-gelak naik.
budak kecik mesti suka.
sebab nanti terhenjut2 la apa.
tah kenapa we find it very funny. hgahahhahahha.


:: Sleeping Beauty Castle ::

then ke Tomorrowland pulak.
ni semua yang ala2 space semua.
Buzz Lightyear thingy.






antara yang kena pergi.
Buzz Lightyear Astro Blasters ni.
lupa nak snap pic dalam tu sebab fokus main.
dia macam kau duduk je. pastu ada pistol tembak2 la musuh yang ada sekeling space tu.
best ok.
memula noy blur. aku tengok markah aku dah 18000 dia punya 600 je.
sebab dia taktau main.
last tu aku dapat 39000. noy 38000. ceh dekat je markah.
rasa dah terel tu kembang hidung.
sekali aku tengok orang depan aku. markah dia 70k.
fineeeeeeeeeeeeee. tapi dia lelaki. mesti la terel main game tembak2.

oh lepas tu naik roller coaster lagi, Space Mountain.
again memula tak rasa nak naik.
sebab tak sanggup dah rasa.
tapi katanya dia speed je. bukan pusing2 ke apa. so ok la.
aku n noy pergi.

oh satu lagi. kat sana rides memang takda berpusing ke apa.
so bag ke apa barang kau memang kau boleh bawak naik sekali.
letak kat kaki je. memang selamat.
so ok la naik.
haaaaaaaaaaaaa kau. memang speed melampau kauuuuuuuuuu.
noy tepi aku memang menjerit je.
aku lak tak larat jerit.
aku tutup mata n senyap.
tapi sebenarnya if kau tutup mata n tak jerit.
lagi rasa pening n pusing kan. rasa nak muntah ok. serious.
so nak taknak. kena bukak mata n jerit.

kat luar tu ada pic kau camera snap.
if nak beli boleh.
aku tak beli.
kelakar. pic aku dah tersepit ke kiri. mata tutup.
yang noy rambut semua dah kedepan. macam orang gila. hahahha.
if orang ajak naik sekali lagi?
sorry takpa la. lebih ku rela berpusing sakan dpd laju macam tu tau.



Pergi ke Fantasyland again untuk tengok show, The Golden Mickeys.
















show ni harus tengok.
show dia 30 minutes. ada timing untuk show dia.
nanti bila ke sana. kau amik pamphlet tu.
ada timing show2 ni semua. so kena pandai setting la.
serious kena tengok berbaloi.

aku rasa pergi disneyland ni yang akan enjoy the show adalah orang2 yang lahir late 70s n 80s.
sebab mostly semua ni cartoon zaman kita.
so kau tau cartoon tu semua. lagu2 dia n all.
rasa kanak2 sangat.
bila keluar mermaid aku n noy dah menyengih je.
siap nyanyi sama. under the seaaaaa. under the seaaaa.
bila ingat balik kelakar je rasa. tapi sebenarnya time tu rasa best sangat.

abis show tu. naik ride "it's a small world" pulak.
still kat fantasyland.
ride ni relax je.
kau naik boat n tgk patung2 comel represent macam2 tempat all around the world.
dancing n singing to the song 'its a small world (after all)".










comel.
tapi time naik ni terbayang kata la aku terkurung dalam tempat tu malam-malam, sorang-sorang. eh scary jugak kan. gagaga.
ok imaginasi terlampau.
settle naik ride tu.
cepat-cepat pergi ke Main Street, USA tu.
sebab tunggu fireworks.
tapi boleh tahan ramai orang.
so tak berapa nak center tempat yang dapat.
n tak dapat nak snap pic banyak.
sebab camera tak berapa canggih.
but jadilah buat kenangan few pics ni.









habis je terus balik.
amik shuttle bus n balik ke hotel.
had buffet dinner kat Chef Mickey, Disney's Hollywood Hotel.
the food spread is heavenly.
tapi aku demam kembali malam tu.
so tak makan apa sangat.
nak amik pic ngan Chef Mickey pun tak larat. sobs.



balik bilik berendam air panas. then mandi baru lega sikit.
makan ubat terus tidur.
kepenatan seharian.
ok tu je.
nanti aku sambung lagi yea.



7 Comments:

darikacamatai ly said... [Reply to Comments]

Salam kak peej,

Bestnya...memang tak sabar dah nak baca...sekian lama menunggu enrtry ni..:)

susumanis said... [Reply to Comments]

me dah pegi tapi baca citer peej lagi syokkk..hahaha

mama chinta said... [Reply to Comments]

sonok baca! cepat update sambungan yer..hihihi.... :)

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Bestnyaaa rasa excited je baca !

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

lama aku tunggu nak baca entry HK ko nie. Naik sesak nafas aku baca, sehari nie, punya byk tempat ko g.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

terkenang-kenang.. ko naik RC tu.. ko cakap fun? gila.. aku yg tgk dari bawah pon menjerit2 rasa nak tapar diri sendiri..hahahah

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronok memang, tapi aunty pergi disneyland yang di US je sebab masa tu uncle belajar di sana. Aunty ni jenis penakut, naik space mountain pun terjerit2 lepas tu tak berani naik apa pun.

Rasa nya semua pun lebih kurang sama je dengan yang di US.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...