Instagram : @peejburhan

getting better...kot

last friday paling la kronik je rasa.
sebab dah la muntah. tak lalu makan.
siang aku makan sausage 3 ketul. tu pun paksa diri.
sebabnya start petang tetiba kena cirit birit. cibs betul.
tah-tah food poisoning.
tapi entah la. Mr.B ok je. padahal aku makan menu yang sama macam dia.
takda lain.
so takut aku nanti dehydrate ke apa. kena paksa makan.
then semua tak lalu makan. dah pukul 12ish am baru teringin nak McD
teringin nak ice cream.
so ice cream aku makan habis.
bubur ayam tu lalu makan suku je. tsk.
pastu takleh tidur. 10 kali masuk toilet. uwaaaaaaa.


so takleh tidur. sempat vain. hahah.
dah la Mr,B sekarang tidur kemain lasak. tensii aku.
sebijik lasak macam noy.
ingat dah kawin selamat la. sama jeeee.
kejap tangan dia tumbuk belakang aku. kelepap kat muka aku.
pastu nanti tetiba datang tidur kat bantal aku.
sampai sempit2. padahal belah dia luas. grrrrrrrrr.
aku dok online kat phone. dia tepis sampai terpelanting hp.
hishhhh.
sampai ada sekali tu aku lari tidur kat sofa tak sanggup lasak sangat.
sebelum ni takda pulak. kau tidur ke kau nak bersilat kan. haha

tu takpa. rasa nak muntah tu.
memacam suggestion ada.
aku pesan asam boi je daripada Mr.B.
memang makan benda ni terus potong rasa loya tu kan. baguih.
tapi masam bebenor.



funny.
nama dia buah asam rindu.
pastu translation tetiba miss plum.
apakah.
lawak. apa yang asam rindu nya?

sabtu tu Mr.B pergi melaka.
sebab anak buah dia nak nikah.
aku of coz tak pergi. dah kata rasa nak muntah.
pastu ngan cirit birit nya. gila apa.
dah la semua pergi. aku je tak.
macam anti social pulak.
tapi lantak la. aku rela di sangka anti social daripada pergi majlis orang termuntah or tercirit kan.
kau gila apa. jauh tu berapa jam.
so dia pergi la ngan family dia semua.

around 11am dia gerak.
aku plan nak ke rumah mama.
tapi hujan lebatttt melampau.
susah nanti nak bukak gate. tutup gate bagai. so tunggu je la.
lalu tertidur. syok tidur hujan2 ni.
tau2 nak dekat kul 3 baru terjaga. haha.
tu pun sebab Mr.B call. dia dah selamat sampai melaka pun.

so terus ke rumah mama.
aku datang terus mama masak iniiii. yeay.

 :: asam rebus batang keladi ::

mmm. dapppp. slurppppp.
kelakar je. yang mama ngan teori kata aku pregnant.
yang aku kata angin tak pun salah makan.
dia n noy sama je. kata dalam perut aku ada baby berenang. e eh tetiba.
lemak berlebihan banyak la.

pastu tengah makan tu.

mama : dalam peti sejuk ada mama buat acar.
me : pija tak suka acar.
mama : eee rugi. sedap.
me : pija suka acar ikan masin tu je. yang tu sedap.
mama : ye? nanti mama buat.
me : mama reti ke? yeay.
mama : reti. nanti mama buat yea.
noy : mak kau tu semangat. dia ingat kau mengandung. semua dia nak buatkan.
me : hahah best gak tu. padahal tak. takpa. biarkan.

tapi pergi sana ok sikit la rasa loya tu kurang.
oh aku konon nak singgah klinik.
tapi tetiba malas n berasa kedekut.
sebab dalam few weeks ni je dah berapa kali gi klinik.
kosser aku dah.
selagi boleh bertahan. kita tahannn. ;p

ceria sebab sihat sikit. so kita vain. kah kah.
walaupun muka comot tak hengat.
tapi ada orang komen kata muka masih kelihatan pucat?
ye ke. rasa dah cukup manis tu.
wahahha. matiklah feeling manis pulak.


papa yang comel.
tetiba terbukak channel ni.
pastu papa semangat tengok adam hawa.
siap gelak n marah2 la apa. emosi sangat.
start aku la tengok everytime datang sini.
so dorang lain terpaksa tengok.
now tak pasal tersangkut pulak.
yang kelakar sebab papa la tengok. papa mana layan drama semua ni.
dia tu tengok sports je selalu.
mama tak tengok sebab takda subtitle kan channel HD. dia takleh dengar. so susah la.
oh jangan tak tau. sekarang Mr.B pun sibuk weyh tengok cerita ni.
asal ada je dia sibuk sama.
tapi masih perangai kutuk sana sini.
yang aku geram sebab dia bising.

me : apa yang u tak puas hati sangat ni.
him : ye la. macam ke lawa je nak eksyen macam ni. cukup baik lelaki tu nak kau.
me : biarlah. memang kononya dalam novel. hawa ni tak lawa. sederhana je. tapi adam tu kacak semua la. sebab tu la dia pelakon.
him : ahhh still tah apa-apa la.
me : abis tu u nak apa?
him : patut dorang amik u berlakon. lagi sesuai.
me : +_____o

semalam tidur rumah mama.
sebab by the time Mr.B sampai rumah dah lewat.
malas aku nak drive balik.
dia pun dah letih.
sebab abis kenduri kat melaka.
blk KL pergi rumah sedar sebab cousin dia meninggal.
so lewat balik.
so tidur rumah mama.
tapi dia call la around 12ish tu.

him : i on the way balik moling.
me : ye la.
him : moling tu tak balik ke?
me : if u nak i balik drive malam-malam ni i balik la.
him : eh jangan la. bahaya.
me : tu la.
him : moling tu berehat la. sebab moling tu pandong (mengandung)
me : mana ada laaaa.
him : hah tak ada? (tetiba suara garang) *saiko laki aku ni*
me : takda la. tetiba la u ni.
him : tak ke moling? ite tu rasa pandong. sebab ite tu rasa loya-loya je rasa nak puntah (muntah) moling.
*tetiba kan dia ni. eeee rasa nak sepak*
me : mengada gila. u tu rasa nak muntah sebab u demam.
him : ye ke? ingat sebab moling tu pandong. hihihi.
me : hishhh.
him : ye la. tido sana la. berehat sana tau. esok jumpa.
me : ye ah.

pitam tak?
tensi iolls.
yang mama begini.
yang nonoy begini.
yang si laki pun begini.

:: me is not preggy. but this kenit is preggy. :p ::

:: this is more like me. perut tu ada isi. isi lemak ::

ok itu aje.
ni masih menunggu suami.
dia pergi tahlil. then minum ngan cousins dia.
sampai hati biarkan isteri yang mengandungkan lelemak ni kesepian tau.


3 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Akak. . . Klu xmo g klinik. . G je beli pregnancy test tu. .At least xder la dier org pikir2 cam tu. . All yhe best n take care

-natrah-

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kdg2 kt UPT tu -ve,tp sbnrnye pandong..ade ok camtu..so blh lah cek kt hospital dgn cara ambik darah.. ;)
Sbb simptom mcm pregnant je..hehe

Anonymous said... [Reply to Comments]

Setuju ngn cik ano...kdg2 UPT xleh trace kncing sstgh org..kna gi klinik n scan br dpt confirm pandong or tak....xpun,akak tggu je ar next peyed...bln tu jatuh ke riba or x..hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...