Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : tumpang singgah


Hi peej,

I ni sorg english teacher.
so bila free suka bukak blog u baca2 sebelum tido esp. Expose mistik.
Well,i nk cerita pengalaman sendiri berinteraksi dgn makhluk halus.

This happened around 2008 before i get married on the same year in december.
My mama was sick. Dia ada diabetes n kidney failure dan terpaksa dialisis 3x seminggu.
So being the only daughter i pun berkorban sanggup tak kerja demi nursing her.
So,macam biasa, lepas aje amek mama dialisis around 5pm++, i akan bawak dia ke resthouse ni untuk dia having tea dgn geng2 dia.

So,sembang punya sembang..sedar2 dah nak magrib so cepat2 balik.
Dah sampai rumah, i pun letakkan mama atas katil dia kt living room, bagi dia minum n tukarkan baju dia. 
My little brother masuk bilik dia wat hal sendiri. 
Adik lelaki i yg sorg lagi plus my father belum blk keja lg.
Dalam 745pm i pun amek wudhu nk solat.
Tengah nk pakai telekung tu, dengar mcm mama jerit2 kt hall.
Dalam hati apa hal la pulak nk marah2 ni. 
I pun keluar la tanya kot dia nk makan ke.
Suddenly mama kata dia nak keluar. 
i balas balik, keluar mana, magrib dh ni, kejap lg ayah balik boleh la keluar ronda2.
Then dia jerit aku nak keluaarrrr!!

I dah cuak terus jerit panggil adik i dlm bilik.
Dalam pada tu, mama try to bangun nk lari.
Bayangkan mama yg kakinya fragile dan kecut sbb kencing manis nk lari ke pintu umah.
I pun tahan la. i baring kan mama n tekan bahu dia dua2 belah.
Tengah tekan tu, tiba2 mama gelak mengilai kat i.
I dah agak dah ni bukan mama. i pun tanya.."sapa hang?"
Mama gelak dan jawab "aku nak kawan dgn dia(mama) ni..aku nak ajak dia pi tempat aku".
"mana tempat hang?" i tanya balik.
"tu kat pokok tu".

Hampess punya setan.
Masa tu i dah takda takut tapi sakit ati sebab dia kacau mama.
my brother dah gigil2 tepi pintu bilik.
Terus i panggil dia suruh pegi dapur amek bawang putih.
Dengar aje bawang putih, menda tu terus kata ampun, aku keluar.
I pun tenyeh bawang putih tu kat ibu jari kaki kiri mama.
Meraung2 benda tu cakap sakit sambil janji nak keluar.
Pastu senyap.
I suruh mama mengucap.
mama tengok muka i.. senyap pastu dia bantai gelak.
Kuang ajaq!!

I azan kuat2 pastu baca ayat kursi.
Meraung2 mama kata sakit, suruh berhenti.
Then i tgk mama mcm lembik, i suruh dia mengucap.
Barulah dia mengucap dgn betul, means benda tu dah keluar.
Adik i n ayah pun sampai kelam kabut then bawak mama pegi berubat dgn satu ustad ni.

Esoknya mama dah pulih, i tanya mama ingat tak apa yg jadi.
Dia kata dia rasa mengantuk yg amat pastu dia rasa terawang2.
Nampak i marah2 kat dia tapi taktau kenapa.
Yang kesiannya kat bahu n celah ketiak mama lebam sebab i tekan tak bagi dia bangun n lari ke pintu.
Tenaga dia masa tu mcm ada 2 lelaki dewasa.
Oh lupa, masa i bergelut dgn benda tu, kawan mama dtg dgn anak lelakinya sebab i call mintak tolong.
Bayangkan anak dia yg lelaki tu tak tertanggung nk tahan mama dr lari ke pintu.

Rupa2nya benda tu duduk kat pokok teja yg dah mcm pintu gerbang kt pintu masuk pagar rumah.
Tak lama lepas tu, ayah terus tebang pokok tu.
Tapi masa nk tebang tu pun mcm2 jadi.
Lepas azan baru boleh tebang. 
Bilik i depan sekali mengadap pokok tu, so patutla ada mcm2 bunyi kt luar.
Bunyi org berjalan la, paip air terbukak sendiri time 2am, org ketuk tingkap la.
Nasib i ni kuat semangat, siap boleh bukak tingkap tgh malam buta n jerit woi janganla kacau aku nk tido. letih ni.
sampai sudah menda tu tak kacau. Alhamdulillah.
Banyak lg cerita pasal rumah i ni.nanti free,i hantar lagi.bye :-)

...........................................................................................................................

scary baca ni. teringat kita orang pernah kena benda sama. tak sure pernah cerita ke tidak.
tapi baca ni dapat membayangkan la.

oh sesiapa yang nak share cerita expose mistik korang.
boleh email ke ...

email : nurhafiza.burhanuddin@.gmail.com
subject : Expose Mistik ; ...(tajuk)....

Insyallah if ingat aku akan share cerita every jumaat malam. :)


0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...