Instagram : @peejburhan

wedding shawal & maisarah

looking forward untuk pergi wedding shawal.
sebab since aku kawin. aku pun dah lama tak jumpa kawan-kawan lama.
dah la time aku kawin tak sempat pun nak mingle. grrr.
so ini lah masanya kan.

dah la shawal personaly bg card kat aku.
aku lepak ngan Mr.B kat papparich. shawal datang hantar.
dia kata nak drop hantar je.
tapi dah jumpa Mr.B. dia memang takkan bagi la kau pergi saje.
paksa duduk n layan dia sembang.
stress aku kalau dia sembang. dia suka cerita benda pelik2.
tu takpa. dah macam-macam nasihat dia bagi pulak.
segala tips la apa.
aku rasa nak tercabut jantung. pastu lelaki kau tau la.
cakap kalau takda kotor sikit tak sah.
yang aku, " sayang stop it. please stop. u tau tak i dah kenal shawal ni dpd i kecik. jangan cerita benda tak perlu ok"
dorang gelak je. aaaaaaaaaaaaaaaa *garu2 kepala kusutkan rambut*

so sampai hari wedding.
bangun pun dah tengahari.
terus call noy kejut dia.
dia nak pergi sekali. so dia akan jemput. since rumah aku dekat je ngan rumah shawal.
sms n whatsapp ngan kawan2 lain.
ada yang dah on the way ok. semangat.
aku ni mandi ke apa semua belum.
so gosok baju sendiri n Mr.B.
then mandi. dah nak make up baru kejut Mr.B bangun.
aku siap dah awal.
tapi tunggu noy tu boleh tahan lambat la.

sempat aku rakam Mr.B dok berkompang pakai wedding gift.
tapi aku malas nak transfer pic tu.
agak saiko la laki iolls ni.
aku seperti biasa. verangans and cam whore. kih kih kih.
syok sendiri.
sebab katanya now a days pemalas kan.
so bila sekali sekala make up penuh ni. kasi vain la kan.
lipstick je tak sempat pakai lagi.
tu last. sebab nanti smoke hilang jugak.
dah lama tak make up.
masa make up rasa pelik je. rasa macam eh apesal semacam je ni.
rupanya dah siap semua baru ok. :)
ada mintaks tips make up la apa.
ala aku bukan reti sangat. simple2 je.
yang pasti aku rajin tengok youtube dulu. tu yang tau serba sedikit la.


ini la orang takda baju raya.
hentam je pakai apa pun.
blouse tu ripcurl aku beli kat bali last year.
kain pun beli bali.
dalam plastik lagi ngan tak berjahit.
kemain aku lilit kasi tak nampak border putih n benang sepah2. kah kah kah.
asal boleh je.
noy pu pakai heels. so takda la rasa gergasi sangat pakai platform.
waktu ngan erin n elia tu macam gergasi sangat aku.
maknanya dua beradik tu memang kecil molek.


ingatkan lambat.
tengok ice n huda pun baru sampai.
n nysya n rolex pun baru sampai.
pastu kat kad pengantin sampai 1pm. ingat dah terlepas la.
sebab kita orang sampai around 1ish macam tu.
sekali aunty shawal kata pengantin anytime akan sampai.
so just nice. :D


shawal tak coverline tau. tak abis2 cakap best kawin. gilo. hahaha.
suka betul kisah percintaan dorang.
sangat straight to the point. takda buang masa.
kenal sebulan. jumpa 3 kali je.
terus decide nak kawin. then few weeks after that tunang. n now kawin.
dorang kenal semua aku nak kawin tu. so fast kan. i like.
oh suka wed favours dia. so cantik.
n dalam chocolate sedap2 semua, hershey, daim, nougat, cadbury caramel. n apa lagi tah.


aku tak berapa dapat kenal sarah lagi.
sebab ye la mana ada lepak ke apa pun kan.
tapi daripada cerita she sounds nice.
n masa nak amik pic ni sempat dia cakap, 'nanti update kat blog yea'.
eh dia tau. mesti shawal cerita la kot.

:: burhan's sisters ::


:: mrsm buddies - shafad, jaja, nysya, me, zieha, noy (seperti biasa sibuk jugak ngan kawan2 mrsm aku) n ice ::

actually sangat ramai ada.
tapi sebabkan hari agak panas.
aku ratu peluh lari masuk dalam rumah ada a/c. hehehe.
pastu keluar amik pic kejap. terus gerak.
so tak sempat la nak berjumpa ramai n snap pic ramai ke apa.
gituh. tu yang balik2 muka sama je kan.

:: new parent with lil' emir fahad ::

time kat wedding tu aku ajak huda n ice dtg rumah aku.
since dorang pun tak pernah sampai.
yang huda, " memang pun. tak ajak pun kita orang memang plan nak pergi."
eeee gilo.
then nysya tanya lepas ni apa program.
aku kata la huda n ice dtg rumah aku. so jom la datang sama.
nysya ok je.
then zieha roommate aku pulak tanya.
so aku ajak sekali.
yang ayam (suami ziha, which sama mrsm jugak) tanya. ada apa rumah kau? open house ke.
ah tidakkkk. aku kata ada air n kuih raya je. jangan nak ngada.
dorang ok. so yeay.

yang Mr.B masa otw balik tu kata dia nak gi umah parents dia.
dia kata aku lepak la ngan kawan-kawan aku.
nyampah kan. tetiba anti social. 
aku n noy bising je. suruh dia stay.
elok pulak dia.
yang kita orang perempuan bergosip dlm bilik.
yang dia aku dengar kemain tergelak besar ngan rolex n ayam semua.
tah apa la dia cerita kat orang tu semua.
tak sanggup aku dengar. 

later utin, wife n baby pun join.
memang meriah la rumah.
hari lak panas. umah aku ni bukan ada a/c lagi.
amik kau berapa kali aku ulang buat air.
sampai abis ais n kordial. padan muka last2 tu kordial tak cukup. air manis buah macam tak ikhlas buat.
yang Mr.B dok kondem kata air aku tawar. grrrrrrrrrrr.

yang zieha bagi tau good news.
dia preggie 3 months.
pastu dia kata dia ok je. takda alah ke apa.
cuma every 2 hours dia akan lapar.
rasa bersalah iolls.
aku nak masak mee-mee ni takda. nak buat pasta takda bahan.
nak masak nasi berlauk kosser aku hoih. aku nak sembang.
so aku buat cucur ikan bilis je. dua batch aku buat.
then tau-tau ayam beli char kuey teow.
dia kata nak beli rokok. kemain lama pergi.
rupanya bawak bekal.
banyak lak tu dia beli. awww. so sweet.



ruang tamu tak berapa besar. so perempuan lepak bilik.
haha amikkau bilik sepah. lantak. ala semua pun close friends.
meriah gila rasa. lama jugak lepak.
tapi rasa tak puas.
sebab aku terlari ke depan belakang dok buat air sejuk, air panas. menggoreng apa bagai.
so cakap kat dorang. next time rasa nak datang lepak. datang aje.
Mr.B pun boleh get along well ngan semua.

yeay. hope nanti ada lagi session macam ni.
aku siap kata takpa next year datang raya rumah aku dah bertambah proper n lawo.
sekarang ni asal boleh je kan. gituh.

ok tu je. aku nak masak ni.
jap lagi laki balik keroje.
dia nak ayam masak kurma.
ok lets memasak.

3 Comments:

paNavia said... [Reply to Comments]

Eh laaa ni opismet my hubby..
hari tu saya pun pegi wedding ni, tp kitorg lambat laa dlm 3.30 camtu..
patutla mcm penah tgk muka dia..
siap ckp kat my hubby muka shawal ni mcm penah tgk somewhere.. hahaha...
wife dia comeyyy kan...

kami pun dok syok perabih cekelat tu jugak. kah kah.. ngan ulang minum teh tarik kaw..

Awanis Binti Zaini said... [Reply to Comments]

Bestnye beramai2 g wedding Shawal...aku dlm pantang..xdpt menghadirkan diri..sob sob sob

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Wah seronok nya dapat bergumbira dengan kawan2 sekolah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...