Instagram : @peejburhan

resepi kurma ayam dan kentang.



semalam tetiba mood nak masak mari.
keluarkan ayam.
terasa nak masak kurma.
tapi later rasa nak lain pulak.
then call Mr.B cakap aku nak masak.

me : i nak masak. 
him : ye ah. konje tu nak acak apa tu? (pepandai la pepaham bahasa pelik ni yea)
me : ite tu dah keluarkan ayam. nak buat ayam masak kurma kot. 
him : mmmmm. podip nyoi (sedap nya)
me : ke u nak i buat nasi lemak. ayam boleh goreng.
him : mmmm.. podip nyoiii. (suara konon seksi abis kau rasa nak lempang)
me : betul2 la. nak mana satu. nasi lemak ke masak kurma?
him : masak kurmaaa..hmmmm podip nyoiiii.
me : *roll eyes* ok. i buat sekali telur rebus buat sambal tumis yea.
him : wooowww.
me : u nak sayur ke apa?
him : taknak. (dia memang tak berapa sangat sayur2 ni) wooowww. podippp nyoiiiiii,
me : ok bye.

kosser aku nak layan.
dia tu kalau di layan tak stop.
so memasak la kita semalam.
balik kerja makan sesama.
kelaparan. sebab seharian tak makan.
alang2 masak baik makan sama kan.
so dah macam puasa pulak rasa. heheh.

so sini tetiba rasa nak share resepi ayam masak kurma.
siapa dah tau takyah la baca.
ni untuk yang tak berapa nak masterchef macam aku ni.
masak simple2 macam ni. boleh lah menimba ilmu kan.



Bahan-bahan A

- ayam 6 ketul (kata berdua je) dah sekor pun boleh. kau adjust kat rempah kurma n air je.
- 5-7 sudu besar rempah kurma. (bancuh ngan air. supaya senang di kemudian hari)
- 1 santan kotak. nak pakai santan betul pun ok. aku semua express.
- 1 kulit kayu manis
- 2 bunga lawang.
- 5-7 cengkih.
-  2 biji kentang. if masak sekor tu korang lebihkan la kentang.

Bahan-bahan B (blend)

- 2 bawang sederhana besar.
- 2 bawang putih
- halia besar ibu jari. aku semalam lupa. so aku just potong nipis2 kasi campak. pun boleh. but aku prefer blend supaya time makan takda la tergigit tak tentu arah kan.


Cara memasak

1. panaskan minyak. sikit je cukup untuk menumis.
2. masukkan yang dah bahan blend tadi, bunga lawang, cengkih n kulit kayu manis tu. tumis sampai naik bau. harum semerbak. gaggaga.
3. masukkan bancuhan rempah kurma tadi. tumis la sampai warna jadi gelap n kering2 sikit. jangan la sampai hangit.
4. masukkan santan. then tambah air kasi berkuah. jangan banyak sangat. masuk sikit2 je. aku selalu masukkan air sampai kentang n ayam ala2 nak kelemasan. tapi not entirely la.
5. masukkan ayam. golek2 kan.
6. masukkan kentang.
7. garam secukup rasa.

aku tak suka air banyak.
sebab kurma ni best kalau pekat2 likat macam tu.
so even memula tu air macam banyak n nampak cair.
tapi jangan risau. by the time ayam masak n kentang empuk. kuah dia dah pekat.
serious sedap terangkat.
aku kadang suka lebihkan rempah kurma. supaya bila makan rasa bahang gitu. wahhhh.

oh lagi satu.
masak kurma nak syok. sila lawankan ngan sambal tumis. sedap woh.
tu yang aku buat sambal tumis telur rebus tu.
kadang kat rumah mama. kita orang buat kurma telur n kentang.
then lawankan ngan sambal tumis sotong ke, udang ke. pun best gak tu.
mana2 pun boleh.

so selamat mencuba.
wahahahha ayat ada macam pengacara rancangan masakan tak?




12 Comments:

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

berdoa doa aku kau share resipi. happy bila tgk kau share hari ni. lepas tekak baik boleh cuba!

izan shamsuri said... [Reply to Comments]

peej aku rasa lain kali ko bleh buat entry resepi lawan plak..kasi idea sket kat reader ko, kalo masak A lawannya adalah B..sbb ko byk petua resepi lawan2 kan! share laa sket..hehehe

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Yes! Aku mmg setuju bab kena lawan dgn sambal tumis... AgagagagagG

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

Aku setuju bab berlawan ngn sambal tumis tu....

Riri Yoorin said... [Reply to Comments]

waaa sedap ni feveret!!!

Aimi Laili said... [Reply to Comments]

Thank you peej for the recipe, step by step, senang nak follow :)))))

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

yay resipi peej kembali! :) ko xnk try masuk masterchef ke? bestlah tgk masterchef kat tv tu. hihi

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hrmmm sedapnya kalau uncle dia suka kurma ayam letak kentang bebanyak.

Sharina said... [Reply to Comments]

kalu nak lagi umph cube perah skit limau .. resepi dari kwn2.. dah try mmg sgt kaw
n tambahan dari org2 tua di kg.. tambah sedikit kacang goreng tumbuk..
mmg meletop!!!

TheOnlyMe faz said... [Reply to Comments]

Caranye same jer klo korang pandai masak kari ayam...

Fatimah Bt Tony said... [Reply to Comments]

Lauk ayam kegemaran saya ni.. Hehe

Survey Online Malaysia said... [Reply to Comments]

blogwalking

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...