Instagram : @peejburhan

ramai yang mengalaminya.

aku tidak tahan.
sebentar tadi selepas menguruskan hal pos barang customer.
ku ajak suami ku ke klinik.
aku sudah tidak demam.
cuma terasa sendi semua sakit dan mencucuk-cucuk.
selsema juga parah.
batuk tok sah cerita la.
aku batuk sampai semua kaki tangan terangkat ke udara.
dalam sungguh batuk itu. terasa hendak terobek dada ku ini.
jika sedang baring. bila aku batuk. anggota badan ku semulajadi refleks n membentuk seperti tapak sulaiman.
entah apa-apa tah.
tidak comel n menyeksakan pula tu.
tapi tengok n baca sana sini. ramai gila kan deman macam ni.
kejap ok kejap tak.
so ok la. im not alone. heheheh.

jadi aku ke klinik.
lama menuggu giliran ku.
hampir setengah jam.
terseksa juga rasa. sebab menahan batuk.
tidak mahu mengganggu pesakit lain.
sebab pesakit lain yang masih kecil jika memekak.
memang rasa hati nak je aku jotos kepala mereka menggunakan siku aku.
dan jugak starlight dahi mak bapak dorang yang biarkan anak bising.
tak amik peduli sebab sibuk main hp memasing. nice.

so sampai giliran.
duduk.
doktor datang.
di pintu kelihatan seperti nama doktor wanita.
bila masuk rupanya doktor lelaki. lantak. ok je.
belum sempat mengadu nasib.
terus doktor bersuara, "u have a very beautiful complexion"
hanya mampu sengih.
paling tak tahan. sebelum check. sempat dia usap muka aku pakai belakang jari dia.
dia kata sorry. dia kagum sangat tengok kulit aku. so dia nak rasa. gituhhhh.
kembang kuncup bontot pesakit ni tau.
sebab pesakit ni pergi jumpa dia ngan tak mandi, muka sememeh sebab selsema, lengkap.
time tu rasa nak carik cermin check out muka sendiri. kah kah.

so aku ckp je aku pakai skincare indo bla bla.
ye aku ni ahli perniagaan yang paling tak pandai meniaga.
sebab tu korang takkan nampak aku beriya promo.
minta testi ke. tepek sana sini promo produk ke.
sebab tak suka.
bagi aku if barang bagus. orang akan tanya.
tanya cakap je la aku jawab.
orang nak share testi. nice. aku share.
tapi sendiri nak beriya2. memang tak reti.

lepas ke klinik gi makan.
balik rumah. makan ubat lalu tertido sambil dipopok suami.
tau-tau terjaga sebab suami nak pergi gym.
bangun kencing n berak.
demam tak rasa.
selsema ada rasa tapi tak meleleh.
batuk sekali sekala je.
berjaya tak smoke sepanjang hari. syabas untuk diri sendiri.

tapi tak sure sebab ubat. or sebab sakit ni.
aku rasa numb yang kronik.
berjalan rasa tak jejak je kaki.
kencing ke berak pun ala rasa tak rasa.
genggam2 penumbuk pun rasa sikit je.
tadi dalam toilet bawak hp.
tp online tak tenteram. sebab kebas.
so tak rasa grip hp.
risau aku kalau kelepappp jatuh kan.
cecepat stop.

serious banyak benda nak buat.
tapi rasa high sangat. ubat apa doktor ni bagi weyh?
duduk kat kerusi ni. rasa terawang-awang macam aku naik magic carpet. va va va.

sorry asyik lupa letak expose mistik.
minggu depan la yea. Insyallah. :)

12 Comments:

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku baca dah serupa novel. ingatkan silap masuk. kan? aku pun tak reti promote gak. bila aku promote aku nak tergelak.

kau gebu sampai doc tak menahan nak usap pipi. kalau aku la mampoih laki aku plak yang jotos kepala doctor tu. hahahahaha

susumanis said... [Reply to Comments]

get well soon peej, ce suh hub cari madu manuka kat pharmacy, minum gan air suam, insyaAllah..

shuweet said... [Reply to Comments]

get well soon peej....eh aku nak bgtau aku xleh nak click kat older post tu..dah beberapa hari try tak boleh...

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

ok memang kronik demam ko nie.. entry pon tetiba jadik ayat novel nie.. gi rest dulu.. take care!

farra8979 said... [Reply to Comments]

get well soon gojes... ^^

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha tak boleh blah doctor tu, nasib dapat pesakit yang sporting macam peeja kalau kena orang tak sporting mau doc tu di kata nya buat gangguan seksual kat pesakit, ha acane, kesian doc tu kan ikhlas nak memuji terus kena tuduh.

Aunty pertama kali jumpa peeja pun dah tau kulit peeja memang gebu dan halus tak pakai tabita pun dulu kan, rasa nya memang semula jadi kulit peeja gebu lah. Sorry bukan nak komen pasal tabita tu tak bagus cuma nak bagi tahu masa tak pakai tabita kulit peeja cantik apa lagi bila dah pakai tabita makin lah cantik kulit tu.

Iz said... [Reply to Comments]

Hahahaha aku baca entry ni macam sastera sangat peej. Makan ubat lalu tertido sambil dipopok suami. Anyonyonyonyo omeynyeee

Izza - Jiejah said... [Reply to Comments]

ahahaha tiba² rasa entry ni di translate malay-indo ???

cepat sihat pija ;-)

Rapunzeel Cikilolo said... [Reply to Comments]

doktor suruh rehat tu

cik gObu said... [Reply to Comments]

igtkn salah bukak blog td
get well soon

Miss Moon said... [Reply to Comments]

ha ha kulit nko mmg cantek Peej ...tgk dalam blog pun dah lawa tgk kat luar lagiiii lawaaaaaa .

Lor nko tak baik baik lagi ke .,....take care tau ...makan ubat n tido banyak2 ...jgn lupa makan ......

take care

kukukata.blogspot.com said... [Reply to Comments]

peej bila nak update pasal disney land, dah sabor nak baca nih...

GAMBAR PASANGAN GAY BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK MEREKA

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...