Instagram : @peejburhan

kenangan dedulu

lately ni memang takda mood nak update.
bukan takda mood ke apa.
tapi dah berapa kali bukak blog.
rasa nak update tu ada.
tapi nanti blur tak tau nak update apa.
sebab now memang aku dah tak pegang camera.
kosser nak snap pic bagai.
ada pun pakai phone.
eceh. mementang sekarang pakai telepon baru. poyo sangat.
n pic pun mostly untuk instagram. gagagga.
rasa rajin sikit kasi la share kat twitter or fb. gituhhh.

ni online sebab nak reply email customers.
settle tu.
blog hop la kejap.
terbaca entry chics ni. CLICK HERE
kelakar pulak rasa.
ok aku rasa kelakar sebab bukan baju aku yang nak kena bakar. ;p

aku takda prob sangat pasal baju.
kalau ada pun masa aku remaja la.
tak kena gaya mama n papa bising kena tukar baju.
sedih.
ingat lagi time aku abis sekolah.
nak sambut new year kot.
dah pakai lelawa. tapi agak melampau la.
baju murshida bagi pinjam. dah rasa cun abis kot.
nak gi cucuk langit la katakan.
tapi dorang kata if tak tukar baju takleh keluar. kejiiii.
so terpaksa la tukar.
dah la aku memang takda baju.
so aku keluar pakai baju baggy lengan panjang lagi.
tsk tsk.

now ada la dorang bising.
kata baju aku separuh tetek nak terkeluar la. T_____T
tapi aku ni memang keras kepala. rolling eyes je.
eh tetiba teringat buku 50shades. kalau roll eyes Mr. Grey buat apa? eh tetiba. hahahha.

eh tapi bukan nak cerita pasal tu.
aku tak sure aku pernah cerita ke tak.
sorry if siaran ulangan. maklumlah dah nak masuk 30 ni.
otak kurang hebat macam zaman memuda dulu.

growing up. mama memang super garang.
papa pulak memang jenis relax je.
so memang takut je la ngan mama ni.

ni kisah masa aku kecik2. rasanya darjah 1-2.
papa ni dulu memang suka keluar.
almost tiap malam keluar ngan kawan-kawan gi coffee house kat hotel ke apa la.
gituh la.
aku pun takda la tau cerita sangat.
tapi yang aku ingat. mama bengang sebab papa asyik keluar.

kita orang dpd kecik memang tidur asing.
ada bilik2 sendiri.
kalau demam je dapat tidur bilik papa n mama.
aku pun tak sure aku sakit ke apa.
tapi aku ingat ada malam tu aku tidur bilik mama.

tau-tau kul berapa pagi tah dengar mama bising-bising.
pastu dok jenguk tingkap.
rupanya papa dah balik.
tah apa dorang gaduh. aku bukan faham n ingat.

tapi yang pasti. aku ingat lagi.
nampak mama keluarkan semua baju2 mahal n cantik2 papa.
dia letak kat lantai. dia bakar!
ye dalam bilik tu jugak dia bakar.
gilooooooooooo.
besar gak la api.

tapi paling best.
papa time tu relax tak cakap apa.
dia masuk bilik air.
amik air dalam gayung jirus.
pastu patah balik. amik. jirus.
slow motion je kot.
serious tenang betul papa ni.
kalau aku mau terkengkang dah berlari tengok kebakaran.

tah bila ingat ni rasa kelakar.
laki yang gaduh sampai bakar baju bagai tu la.
elok sampai sekarang bersama.
last month dorang sambut anniversary 35 tahun kawin.

ho mai. lama bebenor kan.
aku yang baru berapa bulan ni rasa pening lalat dah.
tapi macam tu la kawin kot kan.
ada masa kau benci n menyampah habis ngan dia.
bukan takat rasa nak bakar baju. kalau boleh nak bakar dia.
tapi bakar dia takpa. takda bukti sebab sebelum bakar n selepas bakar pun warna sama. hahhahaha
eh matiklah kena panah petih kutuk laki sendiri. ;p
but there are times, kau rasa sayang gila pulak.
sweet tak bertempat.
macam baru kejap ni.
tengah aku online. dia datang hulur buah, dia dah siap potong2. so sweet. <3 nbsp="nbsp" p="p">btw, ayat atas ni aku betulkan. aku letak koma after buah tu.
kalau tak, " dia datang hulur buah dia dah siap potong2".
hamagadddddddd. itu scary. hahahhaa.

eh ok la.
rajin update lagi yang bergambar.
takda pic apa pun. yg dpd fb ke ig je.
kalau siapa follow aku kat situ.
padan muka dapat siaran ulangan. ;p

7 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

oo ada kejadian bakar2 baju ni rupanya.. haha. pencemaran alam sekitar! :P

Meg-ct said... [Reply to Comments]

adoi la peej, lawok ler pulak tang buah tu. hhuhuhuhu... camtu la kot adat suami isteri, saya pun kalo time gaduh tu benci berganda-ganda. Tapi time berbaik-baik sayang ler pulok. hihi

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

serius kelakar bab bakar dan potong buah tu....

agaknya ur father dah tahu kot perangai ur mum mcm tu tapi tulah kan..rilex je ur father tu...

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kahhhh aku tang part bakaq ka tak bakaq ka tu memang aku gelak. jahat tau mengata laki sendiri. ceh.

cikeyrah said... [Reply to Comments]

adoyai mcm nak ketawa kuat2 jek bila baca part nie

''Untung Berkawan dengan kawan yang kawannya keje kilang coklat, heee :P"

green apple said... [Reply to Comments]

first time aku dengar bakar baju. aku kalau habis ngamuk koyakkan je. ok pasni aku nak main bakar-bakar pulak. nak lagi bra aku yg lama-lama, asal aku gunting tali and buang dlm tong sampah mesti pastu aku nampak bra yg sama ada kat penyidai luar rumah. rupanya bibik aku kutip, jahit balik and pakai.

Aniem said... [Reply to Comments]

hahaha..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...