Instagram : @peejburhan

hujung minggu open haus

weekend tak dapat berelax-relax. sebab jemputan sana sini.
dah la pukul 12 bapak aku call kata dorang dah bersiap n nak keluar rumah dah.
aku baru nak bangun.
ye bangun yang belum mandi, belum gosok baju laki, belum balut barang nak post semua.
kah kah kah.
tapi aku relax2 je. sebab bukan jauh dpd rumah pun.
tapi elok nak keluar rumah noy call kata aku lambat la apa. saiko. baru kul 1pm kot.

memula waktu papa kata semua dah siap nak pergi open house rumah acu tu.
terus aku tanya, " noy dah bangun ke?" sebab macam tak logik dia bangun awal n dah siap.
padahal semalam tu flight dia delay bla bla bla.
papa kata dah. fine aku kalah.

keluar dpd rumah aku. MRR2 jam macam ke hape.
dorang kata sebab kat jalan hulu klang tu ada open house parti keadilan ke apa.
takpa. aku cilok2 masuk jalan dalam.
sebab pressure. so kita orang terus ke rumah acu. later baru pergi post office post barang.

acu buat 2 open house.
yang kat rumah ni untuk family, close friends n orang kenamaan yang rapat.
yang satu lagi buat kat bukit aman tu.
yang tu aku tak pergi. last year papa n mama pergi situ.
gila kau ada dekat 40 khemah. pitams.
so yang kat rumah ni intimate sikit la kan.


but anyway, sampai je orang sederhana ramai.
terus salam acu n uncle.
carik makanan. yeay.
makanan banyak. konsep gerai2 tu. tapi iolls perut kecik. kecik la sangat * tangan didada, mata pandang atas*, aku makan 2 benda je.
aku makan lamb mandhi yang sedappp nak mampuih.
satay 3 batang.
n penang kuey teow yang sedap mata naik ke atas.
serious sedap n terkagum sebab yang masak tu adalah budak lelaki yang aku rasa darjah 5 macam tu.
aku pun tak reti masak macam tu.
menangis tepi pokok tengok budak tu pandai goreng.

sambil makan sambil dengar lagu nyanyian sorang lelaki ni n perempuan sambil main keyboard.
suara perempuan tu sebijik suara siti nurhaliza ok.
sebijik!
kira kalau kau tak nampak penyanyi tu. kau mesti ingat memang siti yang perform.
penyanyi lelaki suara ok la. tapi ada sedikit annoying. sebab dia suka tiru suara penyanyi lagu tu.
paling tak tahan tetiba dia buat suara nat king cole. eeee tampar kang.
tapi lagu semua best la. lagu lama la apa.
paling tak tahan. lagu masuk je. if best, tetiba papa, "yeeeebabbbb"
eeeee orang melaka sangat perangai.
us, "apa tu pa, yeebab?"
papa, "tu maknanya sedap la tu" sambil goyang2 kepala.
bapak sapaaaaaaaaaa la ni.




Mr.B paling la takleh blah.
dia ni suka la perati orang.
pastu sibuk tanya aku itu ini.
kadang2 boleh bawak bergaduh.
orang tak kacau dia. dia lak tak puas hati.
tapi yang geram. aku memang tak layan n suka marah dia.
tapi si P.G ni suka sangat layan lawak merepek Mr.B.
sebab tu dia ngan P.G boleh masuk.
siap panggil P.G, abang long dhil (KL gangster). tah apa2.

dia kan baru dalam fam aku. so ramai tak kenal lagi la.
so dia sibuk la tanya ni siapa. tu siapa.
then dia nampak ada sorang ni. dia tanya la, "ni mesti adik beradik uncle kan?"
a ah mmg betul.
suka la dia. sebab dia boleh tau kononnya.
then tak lama lepas tu. dia cakap lagi. ni mesti adik beradik uncle jugak.
ok ada sikit muka. tapi masalahnya bukannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
n tengok balik. memang tak sama pun.
lelaki tu apek mana tah. eeeeee suka hati je laki den ni ha.

tak duduk lama.
later balik rumah aku. sebab noy nak gerak.
oh yang konon dia dah siap n apa bagai tu kan.
boleh laaaaaaaaaaa. rupanya dia tak tidur langsung ok.
balik flight kul 7am macam tu. dia layan sembang ngan P.G.
so tak tidur ke apa la tu.
tu yang kat open house tu muka macam orang bengong je.
so balik rumah aku nak tidur bagai.
later nak ke satu lagi open house.

as usual. takda makna dia nak bangun lepas tu.
so aku n Mr.B je gerak pergi join fam aku.
open house uncle aku.
tak amik pic pulak.
sebab aku pun baru terjaga dpd tidur time tu. ;p


malam hantar noy balik.
ajak Mr.B dia kata taknak ikut.
ok la aku gerak je. time tu dia tidur.
2-3 kali aku kejut.
sekali dah malam tu dia call kata dia kesepian aku tinggalkan. eh ngada.
aku pun ikutkan plan tak duduk lama.
tapi ada family fren datang.
so seronok melayan sembang.
lupa lak ada laki kat rumah.
tu pun aku terpaksa jugak mintak diri.
tunggu dorang abis sembang nanti merajuk lak laki aku tu.

last. harus nak jugek letak pic cam whore.
alah korang pun dah baca blog ni lama.
kalau tak camwhore tu maknanya something wrong somewhere la ye.
ok tu je. buhbye.

2 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha kesian Ben, maklumlah baru nak kenal2 sedara mara peeja tu yang dia banyak bersoal jawab tu.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

cantimnyi kulit dia.. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...