Instagram : @peejburhan

adam & hawa

aku lately dah lama tak tengok tv.
online pun kurang.
memanjang kat phone je.
so tak tau la perkembangan zaman ke apa.
cea zaman katanya.

kat instagram ada la follow aaron aziz. harus uols *tangan di dada, mata ke atas*
pastu nampak la dia macam letak pic muka2 dia peminat buat.
lakonan dia dalam kat adam hawa la apa.
aku tak tau. aku ingat cerita lama ke apa.
sebab if ada terbaca status fb orang ke apa.
nak tengok adam hawa bla bla bla. marathon ke apa.
so aku ingat cerita lama ke apa.
tapi aku macam malas nak start marathon. kang sangkut ke apa.
so biarkan.

sampai la kelmarin.
aku tengok tv. nothing nice on tv.
tukar-tukar channel.
tertengok adam & hawa ni.
oooo. cerita baru kat mustika HD.
ok lets tengok.
walaupun dah tertinggal few episode n tak tau apa.
tapi boleh faham la.
dah la heroin tu junior masa aku kat CBN.
bagi yang tak tau. aku dulu form 6 kat situ.
so masa tu suka tengok dia ni.
sebab dia macam comel je. ceria n tak sombong.
even dia macam geng2 glams.
n dia quite aktif kat sekolah dulu.
nway, tapi dlm tv macam kurang comel.

tapi tengok cerita tu membuatkan gegirl keliru.
sebab ada sorang tu dalam pic macam meletop2.
tapi kat tv macam takleh blah.
so samada dia photo shop lebih or maybe dia photogenic tahap gaban.
confuse iolls.

semalam lepak rumah mama.
aku actually tak tau cerita ni every hari apa.
so semalam gigih check. ok ada rupanya.
dia macam tunjuk episode semalam dulu.
then baru episode baru.
dah la Mr.B sibuk vacuum rumah.
papa yang nak buat. tapi dia ni mana boleh pandang papa or mama buat kerja.
cecepat dia sambut. dia yang buat.
dah la vacuum tu rosak dah tak menyedut.
kemain lama vacuum. bising ok.
tension aku nak tengok tv

yang aku bukak tv kuat.
yang vacuum kuat.
yang noy sibuk nak tunjuk aku youtube gangnam style hitz fm buat.
bingit gila.
tv pun takleh dengar.
yang P.G buat lawak, "takpa la tak dengar. jadi macam mama. baca gerak bibir je"
me, "kepala hotak kau."
"hahhahahahha"

pastu episode baru start aku suruh semua stop.
aku nak tengok.
pastu semua join tengok.
which membuatkan aku sangat tertekan.

ok meh cerita sikit.
aku ni selalu tensi sebab if kat rumah aku tu.
Mr.B suka spend masa main game kat pc.
aku lak tengok tv or ngan hp je la.
berjam ok.
so selalu bebel rasa kesepian. nak tengok sama la apa.
tapi everytime pun aku sakit hati n halau dia main game or tido.
sebab dia bukan tengok. tapi banyak cakap n tanya.
pastu condem2 cerita yang aku tengok tu.

mcm baru2 ni aku tengok keeping up with the kardashian new season tu.
tengah tengok dia join.
mula la dia.
"aaaa semua wayang lebih"
"e eh dia ni. nak nangis-nangis pulak"
"ah bukan cantik pun."
"eh sayang. i tengok dpd tepi macam muka u la sayang"

me," sayang plisss. tengok je. jangan banyak cakap. tak pun pergi main game balik. bagi la i tengok."
mula la dia kata mengarut la apa.
jangan percaya semua ni.
eeeeee laki sapa ni.
dah la suka tanya macam-macam. pastu selagi tak layan or jawab dia x stop.
"dia ni siapa pulak?"
"hah ja"
"hah ja?"
"hah. siapa ni?
"hah ja?"
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lari lintang pukang tangan ke atas.
yang aku nak tengok n fokus. sabar je la. *urut buah dada*

ok sambung cerita.
so semalam masa tengok cerita adam & hawa ni.
tak tenteram jiwa aku.
sebab bukan Mr.B je memekak.
tapi semua.
P.G n noy lagi. eeeeeekkkk.

noy : apa la yang kau suka sangat aaron aziz ni. saya tak suka.
me : aku suka je.
noy : sebab saya rasa dia macam pak pian. muka n gaya dia bercakap. control-control.
me : kau apa masalah kau? kau tak suka dah la. tolong jangan rosakkan fantasi aku boleh? tetiba pak pian.

btw. pak pian ni uncle aku. adik kepada papa.

noy : betul la. kan P.G?

aik carik geng pulak.

P.G : aku pun tak suka. cakap nak control-control konon handsome habis.
me : memang handsome pun.
noy : memang tak la. tah apa tah kau.
Mr.B : tah apa yang pija ni suka sangat pun abang tak tau la. bukan handsome pun.
P.G : tah apa-apa taste dia. sorang lagi dia suka si mat bangla tu. tak boleh blah.
Mr.B : hahahaha ye la tu. remy ishak tu. *pastu dia buat gaya mengajuk. sbb dia pernah jumpa kan*
me : tak payah la u. jumpa dia sibuk amik pic bagai.
Mr.B : i amik sebab i tau u suka ja. untuk u sayang.
me : ah poyo.

then tengok cerita.
kau bayangkan macam mana aku nak fokus.
semua menyibuk macam ni.
cerita tu kan konon perempuan tu tak suka adam tu.
jual mahal la konon.

P.G : eleh konon taknak. padahal kalau betul-betul mesti nak. dah la green goblin.
me : apa? green goblin?
P.G : ye la. kau tengok muka pompuan tu. macam green goblin. carik la lawa sikit. tak sesuai aku rasa.
me : dia jadi watak kampung la. so ok la tu. n apesal lak green goblin?
P.G : ada je kot yang lawa. hahahhaa green goblin la. sebab muka panjang macam bulan.
me : hahahaha. oh yang bapak dia tu ke. omg. ada sikit. hihiihi.

P.G : eeee menyampah aku tengok muka aaron ni. cakap pun nak buat2 muka.
me : biarlah. dah watak dia. korang ni bising la.
P.G : budget perempuan semua cair la.
Mr.B : ja kalau dia nak u mesti u pergi kan. betul tak G?
P.G : hahahah confirm.
Mr.B : dan-dan la tetiba abang balik kerja dia maki-maki abang, eh blah la kau jantan. dah la hitam. rupa negro. abang macam tak mengerti je. rupanya aaron aziz nak kat dia.
P.G : hahahhaha
me : memang pun. bye-bye.

hahhaa. drama nak mampus laki aku.
motip tetiba aaron aziz nak kat aku.

Mr.B : ah dia ni dalam tv ok la muka. tengok luar takdanya macam ni. macam remy tu la. tak faham i.
me : abis u? handsome sangat ke?
Mr.B : jaaaa. i ni manis tau. u jangan main-main.
me : hamagadddd. please.

stress aku.
serious non stop dorang komen.
every scene kot.
belum part dorang ngutuk retis2 lain semua.
pastu kutuk heroin.
siap kata kenapa la taik lalat tu kat jawline tu.
kalau kat bawah bibir manis sikit.
ni kat jawline n besar macam tu. dah macam taik langau.

eeeeeeeeeeeeeeeeee.
laki siapa ni.
stress nak tengo cerita pun tak senang.
apa-apa pun so far ok je tengok cerita tu.
bagi sengih-sengih.
tapi now that dorang dah kutuk2.
especially noy kata aaron aziz muka mcm uncle aku.
sumpah potong stim ok.
dayuuummmmm.




17 Comments:

my name is ivana said... [Reply to Comments]

terus google apa itu "green goblin".. haha heroin tu comel apa :) dlm cerita CUN dia memang pandai berlakon

FaznFaz said... [Reply to Comments]

hahaha.... ko rasa heroin tu lagi lawa kat luar ek??? aku lak rasa dia lagi lawa dlm tv (pernah jumpa dia kat luar, OMG!!! sgt kecik nyaaa.... dah terasa macam gergasi bergambar sebelah dia!!! hehehe!!!!)

mak aku pun sama, duk kata heroin x sesuai n x lawa!!!! aku rasa ok je kut!!! asyik2 nak yg lawa je, abih muka yg biasa2 cam aku nieh sapa nak pandang??? tetiba!!!!

hehehe!!! kita sama, suka remy ishak walau semua duk kata rupa dia cam bangla!!! hehee!!

oh, selamat hari raya....

minahranggie said... [Reply to Comments]

Retis tu kakau tangkap gambo tutup mulut, perasan la macm kim kardashian, bila bukak mulut haaa kau.. Sedeyyy bukan cam kim kardashian dah, cam kimchi hantu gigi. Bila komen kat gamba dia pasal gigi panjang, mesti dia delete komen tu.. ����

shuweet said... [Reply to Comments]

hahahahha..giler lawak la dorang ni kutuk2...tapi mak sentapp tau kalau tengah tengok tv ade orang kondem2 camtu...tak tenteramm...janjiiiiiiiiiiii jangan kondem abang aaron i...agagaga...adam mukhriz...aku termimpi mimpi

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

part suka mengomen sibuk tak masuk akal tu sama jelah macam laki aku kak ! kacau daun je orang nak fokus cite dia memekak itu ini kat sebelah telinga ! Tension !!

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahahha kelakar je diorg ni. dah kutuk2, tp join tgk sekali.. :P baru meriah kan tgk adam&hawa ;)

affifufu said... [Reply to Comments]

peej kalau nak marathon tgk cite ni leh tengok sini :) 80 episod k cite ni..mampu tak mampu jela nk follow

http://www.kepalabergetar.net/2012/08/adam-dan-hawa-astro-mustika-hd.html#more

affifufu said... [Reply to Comments]

peej kalau nak tgk cite ni leh marathon kt sini
http://www.kepalabergetar.net/2012/08/adam-dan-hawa-astro-mustika-hd.html#more

ada 80 episod cite ni.mampu x mampu jela nak follow.hehe

Badd2222 said... [Reply to Comments]

"kau apa masalah kau? kau tak suka dah la. tolong jangan rosakkan fantasi aku boleh?" LOLOLOL

PertMuffin said... [Reply to Comments]

see!!! so betul la aku macam pernah rasa daddy kau rupa macam eren ajis. rupanya adik beradik dia pun rupa macam eren. mohon ditepek wajah pak pian, peej!

Nor..... cahaya terindah said... [Reply to Comments]

Peej. Baca aje novel dia.tak penat tg citer dlm tv. Akak pun rasa aaron aziz selalu control aje. Hehehe. Jgn marah.

Nor..... cahaya terindah said... [Reply to Comments]

Peej. Baca aje novel dia.tak penat tg citer dlm tv. Akak pun rasa aaron aziz selalu control aje. Hehehe. Jgn marah.

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

damn funny la adik nyer entry.. terkekeh2 akk gelak..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Aunty pun tak berkesempatan tengok cerita tu, mak tension boleh dikata kan tiap2 malam ada je tetamu datang pastu berborak2 sampai tengah malam habis acaner mak nak tengok tv eh bila raya nak habis ni ....tetiba salah kan raya bila nak habis pulak.

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku dpt bygkan betapa riuhnya diaorg kutuk2 dgn ko muka nk marah tak marah geram semua sbb x boleh nk concentate. hahaha.

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku seriously tak leh tahan kalau kau cerita pasal ben. sbb frankly, dia mmg lawak gila. aku boleh bayangkan cara n gaya semua, dia mempunyai konfiden level yang sgt tinggi! kih kih kih

Arissa.Adni said... [Reply to Comments]

Hai peej, i'm your new silent reader. So, tgh bz kebek2 entry lama. Baca entry ni serius tergelak2. Lawak sgt family peej. And suami peej pon mcm suami saya. Kalo tgk tv mesti byk tnya da byk komen. Tapi saya balas balik, time die tgk WWF saya pon komen banyak. Hahahah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...