Instagram : @peejburhan

eeek geli la. tak sukaaaa.

so far duduk rumah ni ok la.
ok je.
paling best sebab since duduk tak jumpa lagi cik li.
if ada pun sangat kecik n tak takuit pun.
mama kata sebab Mr.B rajin sembur ubat serai wangi untuk bunuh serangga ke apa tu.
sebab tu agaknya dah takda.
ok la. janji benda paling aku trauma ni tak muncul ke apa.
harap berterusan.

tapi rasanya aku ada cerita kot.
tak kat blog. maybe kat tweet.
even cik li takda.
tapi ada je benda pelik jumpa.
tak sukaaaaaaaaaaaa.

memula tu kan jumpa cacing superrrrrrrrrr panjang kat dapur.
time tu aku tengah masak di malam hari rasanya.
terus jerit panggil Mr.B.
dia datang. angkut ngan tisu. n buang kat belakang.
taknak la bunuh ke apa kan.

then ada satu malam tu.
aku kat dapur gak.
nak membasuh kat sinki.
tetiba tempas kupas kulit tu.
ala yang untuk kentang ke. kulit timun ke tu.
tengok macam ada lendih putih ke apa.
lalukan kat air takleh hilang pulak.
pusing.
terus aku campak benda tu n jerit lari ke depan.
panggil Mr.B.
kau tau apa?
lintah bulan tu.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. dari mana pulang datang tu.
then ada sekali tu jumpa lagi.
tapi kat dinding ke apa.
again suruh Mr.B selamatkan. nangis.

pastu kelmarin aku sahur sorang.
Mr.B dah makan awal.
sambil tu teringat la.
Mr.B suka paranoid tutup2 pintu la apa.
sebab ada jiran aku bagi tau umah hujung ada 'tali pinggang' tu masuk.
mula la dia paranoid melampau.
aku lak sakit jiwa.
sebab aku nak keluar masuk dapur susah.
dah dia tutup semua.
siap selak sendal bagai kan.

then bila sorang semalam terfikir.
eh kalau la bebetul ada. aku ternampak ke apa.
omg. gila takut kot.
dah la Mr.B tu suka tengok discovery channel, national geography semua tu.
so ada sekali tu pasal ular. takut kot.
n ada siapa tak kat fb aku.
nampak kat feed.
ada sorang tu boleh ada ular masuk.
besar n super panjang.
wtf. paranoid terus aku.
Nauzubillah. mintak jangan la.

then ke depan.
kita orang suka tidur depan tv.
nyaman.
sebab bilik adalah super panas.
tak sanggup hoih.
so dia elok tidur.
aku meniarap dok membaca novel.
ye aku obses takleh stop baca.
novel 500-600 page 2-3 hari abiskan.
nanti aku share satu novel ni.
best nak mampuih hoih.

nway,
elok meniarap tu.
aku rasa ada pergerakan dpd ekor mata tu.
kat bantal peluk aku.
ingatkan Mr.B.
then benda tu merayap-rayap lagi.

melompat terus atas sofa.
sebab serious aku ingat encik li datang nak menghantui.
dpd kerusi tengok.
bukan encik li.
but worse.
well aku tak tau apa nama dia.
tapi orang kampung panggil kumbang asap.

super scary kot rupa dia.
dia almost like lipas.
but badan dia pendek sikit lagi.
tebal a bit then lipas.
ada sesungut jugak. tapi lipas straight kan.
dia macam curve.
badan dia la akan-akan kupu-kupu.
dia warna light brown. then corak n doted sikit warna darker brown.
aargggggggghhhhhhhhhhh.

terus terjerit-jerit aku.
kejut Mr.B.
kesian mamai melompat.
aku terus jerit2 kata ada binatang menakutkan.
yang dia juling-juling carik apa yang aku cakap.
tapi nampak je.
dia relax je angkat bantal tu.
bukak pintu. hentak bantal kat grill.
benda tu keluar. tutup pintu.
dia sambung tidur.

hamagad. apesal dia tak takut apa benda ni.
n yang aku perasan pasal dia.
segala benda tu. bila dia nak alihkan ke apa.
benda tu tak bergerak ke apa.
macam time tu la.
elok benda tu relax atas bantal tu.
even Mr.B angkat ke apa.

omg. cerita ni teringat lagi.
satu lagi. umah ni ada cicak.
aku agak scary jugak la ngan cicak.
*roll eyes* apa je aku tak takut kan. hahaha.
tapi cicak rumah ni melampau.
dorang jenis tak suka lepak kat dinding ke apa.
tapi jenis suka berjalan kat lantai, counter top ke apa.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa...
ok takda la banyak ke apa.
ada la 1-2.
but stillllllllll....

ada satu malam tu.
aku tgk tv.
aku dengar tung tang kat dapur.
aku dah macam, "apa aje la Mr.B mengemas tu"
lama lak tu. tak abis2 kelentung kelentang.
aku gi belakang jenguk.
dia baru lepas tutup pintu belakang.

me : sayang tu buat apa?
him : i halau cicak.
me : hah?
him : cicak ni suka nak ada kat bawah-bawah. so i halau naik atas.
pastu i halau keluar.

T_____T
kau ada?
halau cicak ok. hahaha
kelakar pulak aku rasa.

pastu ada sekali tu.
aku kat dapur belakang.
dia kat dapur depan.
dia tengah kutip sampah nak buang ke depan.
elok aku nak pergi depan.
dengar dia bebel-bebel.

me : kenapa?
him : *hulur kat aku tong sampah kecik tu* ni hah. i dah pesan dah jangan main kat dalam rumah ni. tapi dia sibuk jugak nak masuk.
me : apa? *blur n tak faham*
him : cicak ni hahhh. tengok la tu. ada duduk situ.

aku pandang kat tong sampah tu.
kat plastik tu, elok cicak tu pun tengok aku.
apa lagi. berlari jerit la aku.
berdiri kat sudut.

me : tak suka laaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! takuttttttttttttttt!!
him : apo? *relax bawak tong sampah tu ke belakang. hempas ke arah grill. cicak tu terpelanting la ke luar kot*

again aku amaze apesal cicak tu boleh relax kat situ.
tak bergerak ke apa.
eeee ngeri ok. teringat lak cicak tu pandang aku balik.
tapi bila dah ok rasa.
teringat ayat dia, "i dah pesan jangan main n masuk rumah ni. tapi dia sibuk jugak".

lawak. motip kau pesan bagai ngan cicak.
kau ingat tu binatang peliharaan ke? boleh paham
mementang ada ceceh ni.
manja kemain ngan ceceh. bercakap bagai.
abis ngan semua serangga pun dia nak bercakap n pesan bagai.

dear serangga,
rumah ku bukan taman serangga ke apa.
please keep out.

17 Comments:

susumanis said... [Reply to Comments]

hahaha..u all dua dua lawak peej tapi nauzubillah tali pinggang tu kan..serammmm

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

adik.. omg.. ko takut lipas dik.. kitaaa serupaaa.. tp akk takut lipas jer.. yg lain2 ko takut tu akk idok le takut.. takut sbb lipas suka terbang2 ngan kalau lari laju jeeer.. ben is super klakar.. tp baik hati.. tu yg semua benda dia x nak bunuh.. tp suruh keluar jer.. #wink2..

Siti Fatimah said... [Reply to Comments]

aku kalu nmpk cicak. otomatik masak air. pstu jirus atas cicak tu. kejam tak? hohoho. sbb cicak tu slalu nyorok dlm sinki... nk angkat idop2 takot. huhuhuhu

imm said... [Reply to Comments]

haha cute je Mr.B ckp2 ngn haiwan..umah sye ni byk ulat gonggok yg kaki byk2 tu.benci tol.btw mlm kelmarin ad ular tedung dlm toilet..bodo laaa takotttt gile!!paranoid dah.tgk wayar laptop bwh meja pn rse seriau bdiri seme bulu.benci tauu T___T

Puan Nad said... [Reply to Comments]

last weekend, tgh sebok nak bersihkan umah mak i, tetiba dr ekor mata seakan shining n biar je dulu n teruskan mengemas, sekali masih lagi bershining² n mcm slow motion je pergerakkan beliau, bila pandang, mak aihhh, ulau melingkau lah babe, hanya beberapa langkah je nak dkt ngan i. terus stuck tak leh gerak n lari lintang pukang pun still pk nak melompat pokok² mak yg bersusun tu atau lari corner ke mana saje. Till now, ular tedung tu masih ade bwh umah kot. Risau dgn keselamatan parents. Lagi risau kalau spesis tedung yg sembur bisa. 1 meter plak tu kalau disemburnya. Kena call bomba neh. Menda panjang² n lembik² buat geli-geleman.

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

'tali pinggang'..aaa takut....

AziniMZ said... [Reply to Comments]

Rumah aku penah masuk lipan bapak besar yg tak pernah aku jumpa.. Satu lg kala jengking.. Mula la paranoid tanya en husband dia masuk ikut mana.. Scary yg hamat..

siti said... [Reply to Comments]

Ku tergolek2 gelak baca entry ni.. Nmpak ganas tp takut serangga.. Hehehehe.. Jgn mara yer...

sweethOneY said... [Reply to Comments]

Samaaaa !!! Tapi saya paling takut dengan lipas terbang dan juga cicak ! Eh kumbang besar yang bertanduk tu takut jugak tak sukaaa habis ada jugak orang boleh diharapkan untuk menghalau hahaha

AzNuRuL AzMaN said... [Reply to Comments]

try la letak belerang kat pintu masuk..ada la dgr org kata si panjang ke, lipan ke, kala ke tak berani nak masuk if letak belerang..ada logiknya sbb dulu kalo kena khemah dlm hutan mesti cikgu tabur belerang keliling khemah..

ohsochaste said... [Reply to Comments]

Peej, aku berterima kasih sangat sangat, sebab ko tak letak pic segala menatang tu. Kalau siap ade pic, aku tak terbaca post ni kot, takut sangat, nanti teringat-ingat =( aku baca pun dah rasa geli gelimat. terima kasih sekali lagi!!! =D

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

i hate lizards... sama mcm kat rumah u, cicak yang intrude rumah i suka merayap kat lantai.. cicak ni kalau nak halau kena pastikan bugs tak ada dalam rumah, sebab bugs or insects adalah makanan depa....

lagi satu sembur dgn penghalau cicak pun boleh jugak... lagi satu cicak suka cari makan dalam tong sampah... tu psal sampah kena ikat ketat2.. i dah search dalam internet cara2 how to get rid of lizards...

lagi satu method, campurkan dua gelas air dgn 2 sudu tobasco dan semburkan pada tempat2 yang cicak suka bertenggek sebab rasa tobasco yang pedas tu buat cicak tak suka...

or u can get lizards electric reppelent yang mengeluarkan bunyi untuk menakutkan cicak..off courselah kita tak dengar bunyi tu...

for further info, u can search kat yahoo...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kalau peeja duduk kat rumah aunty lagi takut, maklumlah rumah aunty kan atas tanah lot dah lah dekat sebelah kubur, kalau biawak tu tok sah cerita lah ada besar sangat dah macam buaya terkedek2, kalau spider tu siap berbulu bulu ada sekali tu anak aunty shiqin tengah tidur dalam pukul 2 pagi, kala jengking merah kat tangan dia merayap rayap dia punya menjerit macam nak runtuh rumah.

hetchr said... [Reply to Comments]

Peej, cer mop umah pakai solution yg ada serai tu. rasa cosway ada product tu... For my hse, i pakai spray serai, brand yakin (beli kat tesko)... Xde chemical, so selamat la kalau nak spray kat celah2 tmpt pingan n periuk, kot la terkena spray tu .

hetchr said... [Reply to Comments]

Peej, try mop umah ngan sabun mop lantai yg ada serai tu. cosway ada. Sesuai nak get rid if cik cak yg suka lepak2 kat lantai. Kat my hse, cik cak suka emcak kat tmpt sink n drainer... I pakai spray serai brand yakin, sbb xde chemical. Kalau spray n kena pingan or gelas pun , its ok.... Tak bahaya. Good luck.

Nur Hafiza Rahsid said... [Reply to Comments]

Saya pun penggeli penakut minatam. Haha. Pernah sekali tikus menari-nari di atas kakiku masa kerja di kedai. Takkan nak rileks aje belai-belai tikus tu kan mestilah terkinja macam homaigod tikus putus nyawaaaa!! begituew.. memang huru hara but ada customer cakap saya gedik bila macam tu. saya takut dan geli okey benda tu atas kaki. Anddd kawan2 suka buat2 macam ade something dekat kaki saya. Sama macam tikus tu menari atas kaki saya. me n0t loike :(

Siti Nuratikah said... [Reply to Comments]

euww..
kita pon paling takut cicak kot..
baru nampak dari jauh, segala bulu nak meremang..
geli nak mampuiihh..
sape jadi laki kita nasibla..
penakut serangga dan cicak bakal bini dia ni.
kenala dia jadi gagah untuk kita..huhu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...