Instagram : @peejburhan

Ramadhan 2012 - day 6


over sangat kan.
malam before flight dia.
siap bagi wishlist kat mama nak berbuka apa.
adik sapa la tu.
tapi lepas aku komen tu. aku lak telan air liur.
sodap tu.

aku datang rumah mama pun lewat.
sebab busy earlier packing barang semua.
then ke post office.
bulan puasa ni post office tutup awal.
pastu kat area tu ada bazar.
kau pergi almost pukul 3pm je.
merasa la seksa n rapat2 kereta semua.
awal gila pasar juadah situ bukak.
n dah start ada orang membeli pulak tu.
gigih betul. panas-panas terik tu.

so sampai rumah mama.
duduk tak lama.
aku dah kena pick up noy.
mama kata dia masak 2 tu je.
dia tak larat nak buat lelebih.
so aku pun plan nak ke pasar juadah ngan Mr.B.
sekali aku tengok makin lama, makin macam-macam mama but.
so better tak payah pergi, kang pergi kang semua benda rasa nak beli kan.

then naik atas sembang ngan noy.
sambil try baju baru dia belikan.
lawa tapi aku dok delak.
sebab dia belikan aku dress.
dia kata lawa n sbb murah. dorothy perkins pulak tu.
so funny. tak pernah di buat nak pakai dress.
segan iolls. haha.
yang papa lagi takleh blah,.

papa : bagus la adik kau beli. nanti kau mengandung boleh pakai dress tu.
me : tetiba je.
noy : ni bukan baju mengandung la pa. ni dress biasa.
papa : ye ke? besar je. papa ingat baju mengandung. hahahha.

ok tak kelakar bapak aku ni.
bebulan puasa ni kan.

tu takpa.
elok nak dekat berbuka baru teringat ada laki kat bawah. haha.
kejam je.
tapi kosser nak meneman.
dia balik je daripada kerja terus dia dok depan.
bersihkan litter box hannan, sapu depan, siram pokok. siap gardening cantas pokok2 mama.
dia kata supaya masa berlalu dia tak sedar. if duduk saje nanti lagi dia rasa haus n lapar.
kau mampu? bebulan puasa. panas terik tu?
tu semalam aku ada tulis kat fb.
aku rasa Mr.B ni macam kerasukan hantu rajin.
kat rumah aku ni pun dia takleh duduk diam.
selalu dia main game la.
if lama sangat aku bising kata aku nak guna pc.
dia bagi.
lepas tu nanti tetiba mula la dia vacuum n buat memacam.
hari-hari ok vacuum.
pelik gila. tak penat ke dia ni kan.
takda ke tetiba rasa malas ke apa.
but whatever makes him happy la kan.
n of coz aku pun happy la. sbb aku mmg pemalash. ;p

ok sambung.
turun bawah terkejut iolls.
dah rasa macam ramadhan buffet kat rumah ni.
memacam ada.
semua teruja kot sebab ramai kan.
mama mmg everyday ajak ada jiran ni berbuka sama.
aunty ni balu. so selalu dia sorang je.
so mama kata datang la rumah mama. buka sama.
tu yang bertambah meriah.

:: tengok la. penuh coffee table ngan kuih n memacam la ::

:: mama ingat takda kuih. dia goreng donut n kuih bom tu. kurma nabi pulak noy bawak balik from kuwait. ::

:: agar-agar cendol aunty bawak. jiran sorang lagi bagi dia. n ada kuih gulung tu aunty bawak jugak. dia buat. lupa aku nak snap. kuih lopes pulak ayol beli. hoih nampak sedap la pulak. tak sempat makan semalam. rambang mata tak tau nak makan mana satu. ;p  ::

:: roti john pun ayol beli. popia basah, karipap n murtabak (dlm bungkusan) tu P.G pulak beli ::

:: ni lauk kat meja makan pulak. sodapppp ::

:: asam pedas ::

:: rendang daging. mama siap pack untuk aku n Mr.B. best semalam makan ngan nasi panas time sahur. dia la sahur. aku tumpang sibuk je ::

:: ikan masin, ulam petai n kacang botol, sambal tempoyak, sambal belacan ::

:: ikan jacket goreng garing ::




:: semua kelam kabuit. sebab dah waktu berbuka. tu gegar2 je semua. oh belakang tu tetiba ada lampu lap lip. mama n papa beli. siap beli utk rumah aku. siap demo kat aku. tetiba dorang tebar n sangkut situ. haha sabar je la ::

seee. so meriah kan.
mana la aku tak emo sekarang berdua je.
suka gila meriah macam ni.
dah la tak puas lagi sembang ngan noy.
semalam dia tertidur awal.
yang Mr.B pulak ajak balik awal.
so tak dapat la sembang sakan.
takpa. nanti2 la.
semalam after berbuka ayol datang rumah.
dia ngan Mr.B tengok sampai dua dvd.
yang pertama aku tengok la.
lepas tu aku ngantuk lalu tertidur.
tapi later terjaga sebab teringat kena email customer.

hari ni tak tau la berbuka apa.
makan je apa Mr.B beli.
aku ni nama je tak puasa.
tapi tak makan apa lagi pun.
minum ephyra je tadi.

eh serious ngantuk.
tak cukup tidur ni.
tidur 5am. sebab sekarang mood baca buku. ;p
tapi bangun awal. sebab Mr.B pergi kerja.
ingat nak sambung tidur.
tengok sms masuk orang nak amik barang. pagi sungguh ku rasa.
time tu kul 9ish. kata nak amik kul 10.
so ready je la.
later tukar kul 11am. takpa.

sementara basuh baju n jemur semua.
then ni ngantuk balik around 12 tadi.
teruk layan mata kat sofa.
call masuk dah ada orang sampai depan rumah dah.
n now here i am.
mata kuyu ni.
ada jap lagi tidur ni. ;p
tapi ramaiiii nak amik barang.
harap dorang amik after office hour. haha.

8 Comments:

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

baiknya ur mum kan, siap ajak balu tu berbuka sama...

Lya Colours said... [Reply to Comments]

berbuka ramai2 memang best dan meriah

susumanis said... [Reply to Comments]

meriahhhhh. bestnyerrr

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

meriahnya.. pija.. adik letak waktu untuk ambil lagi mudah.. x yah la adik terjaga2 camnie.. susah tau.. kite ngantuk sgt2 tp ada org nak stg ambil barang.. adik tetapkan satu masa.. lebih mudah.. lets say.. 2-3 ptg.. so on others time adik leh rehat.. x ler terbeban diri.. ini opinian akk aja.. selamat berpuasa..

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

asam pedas tu ngancam.. kuih lopis tu peberet aku.. *meleleh ailiok*

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

adoi kemain lagi menunya meriah sungguh. kalau ramai-ramai memang seronok berbuka. akak pun berbuka berdua je + anak. sangat tak seronok.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

meriah-meriah mcm ni mmg best! siap ada lampu lip lap tu yg tahan tu! ahaha

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronok tengok rumah mama awak ramai baru lah best masa berbuka lebih lebih lagi kalau makan berebut2, syiok nya, jeles kita.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...