Instagram : @peejburhan

Ramadhan 2012 - day 4

ikutkan malas gila nak buat entry menu ramadhan macam every year tu.
sebab berdua je kan.
macam tak meriah je rasa.
tapi since dah berapa orang jugak la tanya.
so semalam aku snap la.

semalam aku tak masak pun.
sebab kosser aku nak masak kalau Mr.B tu kaki beli.
so plan nanti dia balik kerja lets pergi pasar juadah bersama.
tapi takda maknanya.
dia balik. kat tangan dia dah bermacam plastik ada.
dia pergi tanpa aku pun. cisss.
tapi takpa. aku tak puasa pun.
so takda la keinginan melampau ke apa.
tunggu nanti iolls puasa. awas.

tapi satu tak best puasa kali ni.
aku perasan yang Mr.B bukan kaki kuih.
dia jenis laukkkkkkkkk je. macam-macam jenis lauk.
kuih satu apa pun takda.
aku dpd kecik sampai besar, buka puasa mesti ada kuih pedas, manis, murtabak ke.
ni takdok. sobs.
dia not into kuih kot.
takpa. tapi tunggu aku dah puasa nanti. ;p
semua aku akan tamak beli. haha.

semalam dia beli banyakkkkkkkkk gila jugak.
dah la semua main dish n aku rasa tak masuk.
dia jenis makan boleh campur semua dalam satu pinggan n makan.
aku pulak manusia pelik. aku tak suka campur2. nanti aku geli. hahah saiko tak.
so aku jenis akan concentrate satu lauk je.

:: masak lemak tempoyak. yang aku tak makan langsung. konon nak makan today lunch la. tp aku nowadays dah tak makan pun siang. kang ada yang terbuang je nanti. tsk. bazir la ::

:: bawak masak merah kot. pun dedua dia makan. me not loike manis remember. so Mr.B makan for berbuka n sahur ::

:: ayam percik. ::

ni dia beli khas untuk aku kononnya.
so sweet.
tapi kau tau tak besar gila ayam tu. pitam aku.
aku tak makan time berbuka pun.
aku ratah time malam-malam tu. duduk depan tv ratah. haha.
sebab berbuka semalam aku makan sambal tumis sotong yang aku masak the day before tu.
baru nak makan.
sebab semalam paling la rasa macam puasa.
tak makan apa pun. just minum satu mug air. tu pun sebab nak makan ubat.
lepas tu time berbuka aku pun menggelupur lapar sama.


:: daging masak cili kot. aku pun tak tau. pun Mr.B makan sorang ::

kesimpulan cerita.
aku nak pergi pasar juadah jugak plis.
sebab aku ni benda tak biasa makan terkebil-kebil je nanti.
aku nak bukak puasa rumah mama. uwaaaaaaaaaa.
makanan sedap sangat.
iolls tak suka lauk beli la.
memang boleh masak.
tapi masak pun kalau dah muncul 4-5 lauk macam ni.
sakit hati kau.
last2 nanti banyak tak abis.

takpa.
esok buka rumah mama.
sebab noy balik. yeay. :)

8 Comments:

Lya Colours said... [Reply to Comments]

meriah lauk. tengok blog auntie nani macam2 ada. hehe

kukukata.blogspot.com said... [Reply to Comments]

kecur air liur aku tengok gambar ni peej, apasal ko post gambar ni time siang2 hahaha

strawberi said... [Reply to Comments]

haha..bli ikan..ikan..ayam ..daging...biasala lelaki kan..kalo kita..nak ade sayur .air..kuih...
ni sume lauk berat2...mana nk mkn skaligus sume..sabo je lah
noy blk kejap je eh..br je kan dia gi..

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Memang kalau puasa berdua je banyak yang membazir dari makan, macam aunty juga nasib baik anak dara aunty balik cuti sem so boleh lah masak lebih sikit.

susumanis said... [Reply to Comments]

best la noy balik kan peej :))

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

hai.. lepas ni adik goyang2 punggung la yer.. adik kesayangan dah balik..

A.I said... [Reply to Comments]

aku takde nafsu nk beli lauk kt param lagi. mcm harini pon aku goreng daging je utk berbuka. mkn dgn lauk belen smalam..jadik le..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mmg byk lauk-pauk yg mrB beli tu! pengsan nak makan!! haha. kta pun kalau makan nasi dalam satu pinggan mesti satu lauk je atau lauk yg boleh 'kawan'. mcm kalau kicap, kicap je la. xboleh campur masak lemak ke apa, nanti pelik rasa dia haha. xpe nnti dah boleh puasa ko balas dendam pergi bazar beli kuih-muih ok! :P

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...