Instagram : @peejburhan

peowwwwww

tengok blog iz pasal kucing-kucing.
baru terasa nak update pasal kucing.
lama gila aku tak update pasal kucing kat blog kan.
sebab selalu aku snap pakai bb je.
n mobile upload or tweet je.
tu yang malas nak buat kat blog.
tp ni rajin. lets buat.

before start.
siapa pencinta kucing.
sila lah baca blog iz yahya.
pasal kucing je.
banyak kucing dia n cantik sangat semua.
kagum tengok dia pandai gila jaga kucing.

since pindah memang rasa nak kucing.
tapi belum ready nak amik awal.
sebab aku belum lagi beli jaring yang untuk pasang kat grill tu kan.
hoi kalau dah bergulung-gulung tu pun dah berapa kan.

aku plan nak amik ceceh (kaseh)
time tu ceceh memang buat perangai kat rumah parents aku.
tak tau sebab apa.
dia suka berak kat sofa.
berak takpa lagi kau boleh angkat. ni kalau kencing tu kan.
yang pasti everytime bawak dia pergi tempat litter. dia akan menggelupur gila.
sakit hati weyh. dia akan berak kat tempat letak tangan sofa la.
kat sofa la.
pernah elok papa tido kat sofa. dia berak hujung kaki tu. keji kan.

noy pulak kata nak bagi kawan dia.
kawan dia ada nak.
aku time tu takda perasaan.
sampai la aku tengok pics kat bb aku.
tengok banyakkk gila pics ceceh dpd dia baby.
rasa sedih pulak. so aku kata. biar aku yang jaga dia.

ceceh ni satu. muka dia innocent gila weyh.
muka jenis sedih tu.
tapi jangan la kau terpedaya. syaiton gila perangai.
dah la semua kucing lain dia menyampah.
ngan lulu je kadang-kadang ok.
tu pun ikut mood dia.

lulu pulak memang manja.
kaseh ni tak. kau panggil la sepuluh kali. pandang kau pun belum tentu dia nak.
tapi kau panggil lulu, terus datang bergolek.
ceceh tengah tidur tu. terus dia stretch badan dia.
dia akan datang sempit n konon dia yang nak manja.
lulu rimas lulu gerak la.
elok lulu takda. ceceh pun gerak.
dengki gila kan perangai dia.

so nway, yang aku dah pindah sebulan still tak amik ceceh.
papa n mama dah bising.
so ok la. amik je.
even until now tak pasang lagi jaring.
sebab apa aku berani amik?
sebab aku tau ceceh ni penakut.
dia bukan suka nak keluar rumah sesuka hati.
macam kat rumah mama.
if kita orang letak dia luar.
dia akan duduk kat tepi sudut tak bergerak.
pasti meow merayu suruh bg dia masuk. heheh.

masa bawak balik tu.
day one tu.
rimas gila kau.
dia ikut je kau pergi mana.
pastu dia meow bising gila.
aku ngan Mr.B memang rimas la.

aku main computer pun tak tenang ok.
dia nak tidur. tapi dia nak berteman.
kalau dia dapat tidur tepi kau.
kaki dia kasi jejak kat kau. baru dia aman.

:: kena kaki pun puas hati. pastu tidur sampai ternganga. sabar je la pompuan ni ::

:: n again ::

:: aku n Mr.B nak bersantai pun tak boleh. sebab dia sibuk tidur tengah-tengah tu. kita orang yang tersepit. dia kemain tidur berpusing ::


tengok la.
ni bukan tidur kucing.
ni tidur ayam namanya.
kadang-kadang dia macam dah lena gila ni.
slow-slow aku gerak.
tengok dia tak terjaga.
aku gi toilet.
pastu aku keluar. nampak dia depan toilet.
vhatttt??????? watidis.


sekarang dia terlebih manja.
dulu takda pun.
so aku rasa sebab sebenarnya dia suka dia je kucing yang ada.
takda lain.
terus dia happy n gedik gila.
before this asyik sentap.
sentap ngan kucing2 lain.
abis dah kau tak manja. sapa suruh kan.
yang manja la disayangi lebih kan.

now dia lagi sayang Mr.B dpd aku.
sebab Mr.B rajin layan dia. bagi makan semua.
mana Mr.B pergi or duduk. dia akan lepak situ.
amboi. derhaka tau.
n aku rasa dia tak suka aku.
sebab aku selalu letak ubat kat dia.
sakit kot. so tak suka la aku. apa-apa la ceceh.


:: tido now dah tak tepi aku. semua tepi Mr.B je ::


tapi bagus gak.
sebab aku ni sebenarnya suka je kucing.
tapi aku rasa aku tak leh nak mesra or rapat sangat.
nanti gatal muka, leher n mata semua.
merah je nanti.
tapi tak teruk la. if basuh ngan air nanti ok la. :)

n seperti di jangka.
even rumah aku takda net tu.
pintu bukak pun.
ceceh tak keluar.
if aku keluar jemur baju dia ikut.
pastu aku masuk je, menjerit dia ikut belakang aku laju-laju.
takut kena tinggal la tu.

ada la sekali tu carik dia takda.
jerit la aku panggil dia.
laju je dia masuk dpd luar.
aku jenguk la.
rupanya dia ada jumpa kawan kat gate tu.
amboih. makcik tingkap sangat perangai kan.

oh n lagi satu.
kat rumah aku ok pulak kaseh berak n kencing kat litter box dia.
aku rasa yang kat rumah mama tu dia takut.
sebab samada tengah sedap dia melabur, tetiba ada barang jatuh atas dia.
or tak pun mesin basuh tengah spin ke apa.
bunyi menakutkan ke apa. tu yang dia trauma. ;p

ok abis pasal kaseh.
ni pasal lulu pulak.
sian tengok dia ni.
aku rasa dia lost sangat.
selalu kan dia tidur ngan aku n noy.
now aku takda.
noy pun takda.
tu yang hilang tempat bermanja.
papa cakap kadang-kadang dengar dia ngiau or cakar pintu bilik noy.
sian. padahal takda siapa.
so everytime balik rumah.
terpaksa la layan dia.
dia jaga je terus dia datang.


:: sesuka hati jadikan betis tombam aku ni jadi bantal dia ::

over kan.
aku tengah baring.
tetiba dia tidur terkangkang depan aku.
n no. aku takda dok urut perut dia sampai terkangkang ke apa.
dia sendiri dtg pastu macam ni.
dengan harapan la tu.
tau-tau nanti tertido. haha dasar kau ni lulu.


dia ingat dia manusia kot nak tidur kaki straight macam tu.
eeee geram.

sekian cerita pasal kekucing.
kalau rajin cerita lagi.
n amik pics dorang lagi.
kalau tak. tatap la kat twitter or fb aku je yea.

9 Comments:

kata kila said... [Reply to Comments]

comelnyaaa. bagi kawen dgn kucing kila. wahahahah

~nadyahoney~ said... [Reply to Comments]

serius. baca n3 ni smbil gelak sbb klalar keletah kucing...miss sgt kucing sy...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

hahaa.. suka kucing jugak.
yana ada buat entry pasal blog kak Peej, entri pilihan gitu.dekat blog kucing ni
TENGOK --> http://kucingmalaysia.blogspot.com/search/label/Blog%20Pilihan

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha dua-dua cute!! tp cerita si ceceh tu la yg kelakar. dia mcm ada karakter yang menarik (despite of dia berak merata2 kan HAHA kini tidak lagi di rumah baru pija!) :P

iela said... [Reply to Comments]

Comelnyer kucing2 tuuuu...
Kelakar la ceceh tu...haha
Lulu pulak...kesian kat dia takde tempat bermanja mcm dulu lg..ciannn..

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

bestnya citer pasal kucen..nanti citer lagi yer...

Iz said... [Reply to Comments]

Haha tersengih-sengih aku baca entry ko ni pija. Sebab mlm tadi aku baru je twit pasal aku punya la terjingkit-jingkit pegi toilet time Hachiko tengah tido terkangkang, bila kuar toilet je tgk dia ada depan pintu. Siap meow lagi. Haha sabo je la.

Anyway thanks la pija mention blog aku. Patut la tetibe ramai online readers. Kalo idak tak siapa sudi baca hahahaha

A.I said... [Reply to Comments]

haha..ngalahkan ada anak kecik :D aku dah lama x bela kucing. last kucing aku dulu nama dia Kito. memula aku kawen dulu pon camni le jugak gayanya. pantang aku baring dgn laki aku, sanggup dia datang duk mencelah. kengkadang tu dia baring separuh badan kat aku, separuh lagi kt kaman. hololo..rindu lak kt dia :(

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

comel.....geremmmmmmmmm

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...