Instagram : @peejburhan

life inspired sangat.

sibuk few days ni.
berapa hari ni rasa sangap tahap boleh meletup kepala.
sangap hoih berdua je.
aku tengok muka dia. dia tengok muka aku.
sampai tahap rasa dah taknak tengok muka dia. haha keji gila.

tapi ahad tu ok.
inlaws datang. n mama n papa pun datang jugak.
since dorang datang petang. aku buat mihun je. jadi la kan. ;p
dah la over laki aku memacam bahan dia beli suruh aku letak kat mihun tu.
dah la berjam gi market. by the time dia balik aku dah masak halfway pun.
so masukkan apa patut je.
siap beli tah apa-apa benda suruh aku hias kat mihun tu.
eeeee over gila. nak jamu family je kot.
bukan nak masuk masterchef.

mama n papa terus tidur je rumah aku. wah suka.
semalam aku dah nak tidur.
sekali papa panggil tanya apesal laptop takleh connect internet.
rupanya sebab hari tu aku tukar password wifi aku.
elok dah connect. mama pulak terjaga.
tak pasal sembang sampai ke subuh.
lepas tu baru tidur.

tu takpa.
bangun je dari tidur.
aku tengok position barang rumah berubah sana sini.
tetiba tergantung barang sana sini.
e ehhhh. kemain deco bersama eric mak aku ni.
tu takpa.
lepas tu aku siap nak amik stock ephyra n ada few things nak kena beli.

mama : nanti beli satu kipas berdiri. n railing langsir untuk bilik tengah tu.
me : *kerut muka*
mama : mama nak tukar baju kena tutup lampu. sebab takda langsir. lepas tu kipas tu nak letak belakang.
me : amboihhhh main order je yea.
mama : ala berasa sen sangat.

suka hati je kan.
layankan je.
pastu dia kata dia nak ubah suai dapur.
dia kata rumah aku panjang n besar sangat.
penat dia berjalan ke depan ke belakang.
so layan la dia ubah semua dekat2.
pastu meja makan pun dia kata letak kat dapur jugak.
ok layan. kita buat je.
so now kat dining area memang luas n kosong la.

me : abis nanti orang nak datang makan. takkan nak duduk dapur.
mama : siapa yang nak datang tu?
me : sesapa la. nak raya nanti.
mama : makan je la kat dapur.
me : eee ada pulak. tapi ye la kan. mostly yang datang pun family n close friends je kan. so ok je la kan.
mama : tau xpe. nanti kau fikirkan la beli meja makan yang elok n lawa sikit. hihihi.
me : hooooiiiii.

aku memang tak fikir ok part tu.
sesuka hati je mama nak tambah barang kat list aku.
tu takpa.
dah makan kat belakang tu.
best la. sebab permandangan lawa. pastu bukak pintu. sejuk je malam.

papa : papa rasa kau buat macam ada rumah tu papa tengok. belakang tu boleh duduk. dia buat pangkin pastu ada bumbung.
me : *pandang tepat je kat muka dia*
papa : hahhaha. bukan sekarang la. nanti-nanti la.

melampau sangat kan.
belum part laki iolls yang tak sabar nak buat kolam ikan kat depan.
pitam aku.tak reti slow dorang ni.
hilang ingatan kot yang baru je kawin 2 bulan setengah.
n pindah umah pulak baru sebulan lebih weyh.

ikutkan aku pun tak sabar nak buat memacam.
tapi kasi slow-slow la kan.
tu belum lagi. kau jangan tak tau.
aku asal tengok tv je mesti bukak channel 706
life inspired gitu. bukan yang masakan yea.
yang interior design je. ewahhhh.
pastu mula la berangan kan.
semua aku rasa nak tukar.
nasib tak berapa nak kaya.
kalau tak awassss. ;p

now if shopping memanjang barang rumah je.
tak pun barang dapur. bosan gila.
lama gila dah tak shopping utk diri sendiri. ;p
tu takpa. masa pergi hardware tadi.
aku rasa mau berapa minit sana. beli barang hardware pun aku suka.
hahaha. saiko gila.
aku ada rasa nak beli few things untuk diri sendiri.
tapi nanti rasa. eh dpd beli tu, baik beli untuk rumah. gituh.
aku malas nak mintak Mr.B.
sebab yang aku nak semua yang ngikut nafsu gitu.
benda tak perlu. tapi biarlah. aku suka.
so sendiri mau. lets usahakan sendiri kan. :D

e eh energetic lak aku pepagi ni.
patut tadi dah tidur.
laki aku la ni kejut. terus now takleh lena balik.
tadi aku tulis borang poslaju.
pastu tulis address kat envelope.
tau-tau tertidur.
pastu Mr.B kejut suruh tidur elok-elok.
aaaa gangguan. terus takleh tidur balik ni tau.

tadi hujan lebat.
tapi aku berpeluh panas ni. pelik.
eh ok la.
nanti sambung lagi la.
Mr.B ni tah mana dia letak ashtray.
tak feel langsung buat entry tapi tak his roks
herghhh.
ok bye-bye.

4 Comments:

Miss Polaris said... [Reply to Comments]

salam kak peeja, 1st time comment. hmmm, biasanya wanita bila pregnant dia cpt rasa panas sikit. Orang lain sejuk, dia berpeluh. Hehe.. Try la cek. Mana tahu kan. Kot dah rezeki.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja mula2 kena berangan dulu, dari berangan akan datang usaha dan lepastu akan dapat apa apa aje yang kita niatkan.

Wan pun dah berangan nak beli apartment, kalau jadi siap la aunty dan uncle akan menyibuk sama nak men deco kan nanti.

nqr said... [Reply to Comments]

hahhaa.. aku dpt bayangkan. kite dah biasa ramai org dlm rumah tetiba. duduk berdua. muka tu je kita tgk.. fuhhhh.. bertabah laaa!

Dils said... [Reply to Comments]

Masa memula nak setup rumah tu, aku selalu teruja apartmenttherapy.com. Amik idea dari situ, skang ni dah malas.

Kalau aku mengemas pon dah cukup baik. Hahahahha.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...