Instagram : @peejburhan

ku lihat hijauuuu

kan hari tu aku ada bagi tau yang projek mama n aku tukar meja makan ke dapur belakang tu kan.
dapur tu quite besar n memanjang.
memula tu susunan memang jauh la.
dpd sinki nak masak.
nak amik barang ke apa. letih ok. sbb jauh je rasa.
aku yang muda ni pun letih.
ini pulak mama yang tak sihat tu kan.

so memula alih tempat masak ke area sinki.
ok senang kerja.
since besar n rasa jauh sebab rempah ratus punya meja ke. 
tempat aku simpan barang masih jauh kat belah sana.
so hari tu tukar.
so now semua within reach je. yeay.
itu pun mama suruh tukar fridge ke belakang.
aku kata tak mo.
bukan apa. antara dapur belakang n depan tu ada pintu.
aku tak kisah biar bukak je.
tapi Mr.B ni mat paranoid.
10 kali dia kunci.
kunci je takpa. tak susah nak bukak pun.
ni kunci, selak, siap sumbat sendal pintu bawah tu.
hangin je aku.
nanti aku angkat barang banyak-banyak.
tak leh bukak pintu.
tak pasal kena letak barang dulu. pastu bongkok. pastu cabut sendal. aaaaaaaaa.
baru-baru ni lagi la. letak dua penyendal tu.
sakit hati aku.
everytime aku bukak sendal tu mesti aku campak benda tu jauh2. benci gila aku.

so biar la fridge tu kat dapur depan je.
dah la Mr.B tu sepuluh kali nak air.
kang menyusahkan aku nak bukak pintu la apa.

ok sambung.
so since letak meja makan kat belakang.
aku jadi suka sangat.
sebab pemandangan dia sangat la lawa.

makan sambil bukak pintu.
nyaman je rasa.
if malam lagi best rasa dia.


cantik kan. macam hutan.
dah la pokok-pokok yang ada tu lawa-lawa. suka gila.
mama suruh letak langsir. aku taknak.
sebab tingkap dah lawa.
n takda apa pun belakang tu.
so tak perlu. kang ada langsir hilang best dia tu.


ni pulak pemandangan satu lagi.
best sebab lain-lain pokok yang ada.
so pandang sini lain.
pandang arah sana pulak lain.
yang kat grill tu gigih Mr.b bertukang pasang.
supaya kucing takleh kuar.
kemain dia sayang kaseh aku tengok.
balik kerja je carik kaseh n tah apa dia sembang manja kemain.
lebih memanja kan kucing dpd aku. 

banyak lagi nak buat untuk rumah.
ikut tak sabar tu. rasa nak ada semua sebelum raya.
tapi tau macam tak munasabah target tu.
so tenangkan hati sendiri.
n target untuk raya tahun depan.
hahaha. slow-slow kan.
iyolah. iolls kawin baru nak masuk 3 bulan.
pindah pulak baru 2 bulan.
agak terlampau nak expect semua ada kan.
takpa. sabarrrr *urut dada*



4 Comments:

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

slow2 dik.. sikit2 lama jadi bukit.. karang x tertahan lak rumah dah penuh..huhuhu..

iela said... [Reply to Comments]

Bestnya ada pemandangan HIJAU. Saya pun suka.

SELAMAT BERPUASA ;)

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

mesti sejukkkkkk je kan? bestnya

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Dah ada barang keperluan tu pun dah syukur peeja, aunty dulu baru kawin duduk dengan mak dekat 2 tahun baru pindah, siksa nak kumpul barang sebab masa tu dah ada anak sorang.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...