Instagram : @peejburhan

kefenatan

penat nak gila ni.
tapi taknak tidur.
tadi dapat power nap kejap.
then terjaga n kena berjaga.
sebab ada customer nak amik ephyra.
insist nak pick up jugak taknak postage.
ok je. tapi tu la susah sebab nak set timing tu.
aku ni ada je benda kena buat n busy ke sana kemari.
last-last sendiri tak cukup rehat.

ni still mengantuk.
tapi tadi kena tahan mata sebab nak reply email customer.
dah duduk depan pc ni.
tu terus main game pulak. heheh.
ye addicted sudah.
korang jom aaaa main simcity sociallll....
aku nak jiran ramai. senang iolls nak request memacam.
sebab kekurangan jiran.
aku pergi kat simcity social fan page paksa orang add aku.
so tak pasal fb aku ada orang dpd bermacam negara. haha.
tapi bagus sebab semua kaki game. n sangat membantu.
kronik dah aku ni. ;p

but anyway.
energy game aku habis.
tu yang baru teringat nak update blog khensss.
siapa dah baca blog aku lama mesti tau.
aku adalah paling suka cerita hantu.
tak kisah la cerita kat tv ke, wayang ke, expose mistik yang orang hantar kat aku ke.
memang suka la.
sampai orang jual dvd pun boleh tau la aku mmg suka cerita macam tu.

tapi kan sekarang dah lamaaaaaaaaaaaaa gila aku tak tengok cerita macam tu.
sebab aku takut. sebab dah pindah ni. hahha.
aku teringin nak tengok sambungan cerita kekasih ku seru, waris tu.
yang every khamis malam jumaat kat tv3 tu kan.
tapi iollss takutttttt.
Alhamdulillah pindah ni takda apa la. n please stay this way. tak mau pelik2 plisss.
tapi kadang-kadang paranoid tu ada la.
tapi ok kot.
tapi walau ok. still takda keberanian nak tengok cerita2 macam tu lagi. ;p
baca yang kat blog ok lagi kot. sebab sendiri kena bayangkan.
tapi kat tv ketara kan. so tak sanggup.
tapi nak tengookkkk.

eh tengah aku type ni.
jiran buat hal lagi.
karaoke lagu asli tengah malam. gilo!
tu tengah hati kama tu. kelas kau wilcha.
tapi ok la kot.
takda la aku sunyi.
sometimes nak balik lewat malam risau.
ye la ngan macam-macam kes ni kan.
tapi dah few times balik lewat. ok takda la lewat mana, selalu aku balik lagiiiiii lewat.
but, few times rasa lega sebab time bukak gate.
nampak wilcha tengah karaoke kat depan.
lebar n terang rumah. so rasa selamat la.
then jiran-jiran sini agak prihatin.
sebab kau keluar masuk rumah. bunyi gate kuat sikit.
ada yang rajin keluarkan kepala jenguk haha.
agak annoying at times. tapi kala memerlukan. aku suka itu.

eh ok la tu je.
nak check game aku.
n nak layan MMF.
tak dapat tengok cerita hantu.
kita tengok filem bohsia 2.
aku nak tengok apa yang orang kata best sangat.
rajin akan update lagi. ok bye.

3 Comments:

raimiaffandi said... [Reply to Comments]

peej MMF tu apa? website tengok movie online kah???

cik kacang said... [Reply to Comments]

Waris tu beshhhh kak peej..

Anne mahli said... [Reply to Comments]

nanti kita try main sim social k! mood nak main game tu tak dtg lagi ni..hehehe...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...