Instagram : @peejburhan

ini betul punya scary.

kan aku plan taknak buat expose mistik bulan ramadhan ni.
sebab bulan puasa ni ketakutan kurang. so takyah la.
nanti-nanti baru buat balik kan.
memang tak nak pun.
tapi ni memang special kes.
sebab membacanya membuatkan aku takut melampau ok.

bukan email dpd reader.
tapi entry daripada Rye.
sila baca n nilaikan scary ke tak.

.........................................................................................

pelik pasai tiada apa-apa aksi berlangsung semalam gara-gara kepala dengan perut berat makantedarah nasik daging tak hengat. kahkah. dah la waktu malam ja buleh gelis gelis.


ok tak la. bukan nak cerita pasai tu. nak cerita pasai aku rasa pelik la rumah aku ni. aku start duk rumah ni tahun 2006. means dah 4 kali beraya kat rumah ni. sebab masuk dulu lepas raya, dan tahun ni tak raya lagi, maka baru 4 kali la beraya. tetiap kali bulan posa pun mesti ada benda pelik jadi. heran. kalau nak kata setan, dah katanya setan kena ikat kan? habis menatam jadah hapa?

ok tahun kedua duduk tu, 2007 tak dak apa. tahun 2008 masa aku mengandung kat Affan, anak sedara Boss duduk sekali rumah aku. pasai dia dapat kerja kat Aloq Staq. dia tak mau duk rumah tokwan dia (papa Boss) sebab tak best kot. so dia duk dengan aku. time tu kebetulan aku tengah cuti sem. dia duk pun tak lama pasai keja on contract based. berapa bulan tah lupa lak aku.

so satu pagi tu, aku tengah prepare sahur. duk buat something la kat sinki. sebab dia time tu anak dara lagi, so aku malas la nak kacau suh tolong ka apa kan? aku kira macam ni ja, kau rasa nak bangun tolong, kau tolong. rasa tak mau, aku tak paksa. kot mana pun aku kena bangun masak kat laki aku. time tu aku memang payah nak tidoq pasai mengandung. time tu plak aku menggila main Yoville dengan Ardiana kat fb. tiap 6 jam sekali kena pi factory kerja. kalau kerja baru dapat duit. dapat duit boleh beli baju dan perabot. so aku dengan ardiana take turn la log in akaun fb memasing pi kerja. pastu siap buat akaun fb 3-4 lagi pasai buleh share duit gaji. kahkah.

so time tu aku tengah buat apa tah. tetiba aku macam terperasan seimbas dia mai dari hall masuk dalam bilik ayaq. aku tak la toleh tapi aku nampak la kelibat dia tu dari ekoq mata. sebab budak ni dia jenis pakai kain batik dengan baby t. so kelibat dia tu memang nyata sangat.  pastu bunyi dia tutup pintu bilik ayaq. so aku sambung la buat kerja. tapi lama-lama aku terperasan plak. eh. buat benda apa budak ni? senyap ja pun. tapi aku ingat kot dia berak kot. so aku diam lagi. tapi hati dah tak sedap. pelik plak. buat jadah apa sunyi sepi. maka aku pun pelan pelan pi jenguk. sekali pintu bilik ayaq tak tertutup punnnnn! tadak sapa pun dalam tuuuu!

habis sapa yang aku nampak tadi? bunyi pintu bilik ayaq? takkan tertutup sebab angin tolak? nak celah mananya angin plak. tingkap apa semua tutup. baru pukoi 3-4 pagi ja pun.

terus aku pi bilik dia. gerak dia bangkit. tak payah nak lena sangat. sila teman aku.



lepas tu tahun 2009 kot. Affan dah setahun lebih time tu. eh. mana ada. tahun lepas la. ada aku tulis dalam blog tahun lepas. laki aku tidoq bilik yang anak sedara aku tidoq tu la. sebab bukan apa, bila dia balik lewat, malam tu mesti Affan mamai. jadi bila dia balik lewat, dia tidoq bilik sebelah. kalau tak lewat, tak la.

tu pun jadi area pukoi 3 camtu la. aku nak terkencing, aku pi bilik ayaq. time aku jalan keluaq dari bilik tu aku rasa macam laki aku pun keluaq dari bilik sebelah follow aku pi dapuq. tapi aku buat derk ja la. pasai duk mamai lagi. pastu masa kencing aku dengaq bunyi kat kabinet dining hall tu. bunyi macam dia selalu duk balut. tapi hati aku rasa tak sedap terus aku panggil dia. dia pun berdehem. so aku pun oklah. basuh kencing cepat-cepat bila aku keluaq tengok tadak sapa pun kat dining hall. eh pelik. takkan cepat sangat. lagipun laki aku selalu kalau dia balut, dia mesti hisap kat luaq. kat meja luaq. aku pi kat pintu tengok pintu terkunci dari dalam. aku bukak jenguk tadak sapa pun kat meja luaq. eh. takkan balut saja tapi tak hisap plak kan? terus aku lari pi bilik dia. tetengok selamba duk mengeruh ternganga dalam selimut. terus aku gerak dia. tanya. u, u keluaq pi balut kah tadi? dia terkejut pastu marah aku pasai kacau dia tidoq. eh ehhhh sapakah tadi yang berdehem tuuuu? sumpah aku tak pekak lagi. memang suara laki aku!

terus aku masuk bilik laju-laju peluk Affan dengan Waheeda. huhu.


dan semalam. semalam pun jadi gak. well tak malam la. around 3am camtu. tapi aku tak plan nak berjaga terus pasai aku tak masak pagi ni. perangat saja nasik kurma daging semalam. pastu guruh pun bunyi punya kuat. tengah aku duk kencing dalam bilik ayaq tetiba anjing rumah cina sebelah melolong. ok bukan menyalak, ok? melolong. awwuuuuuu awuuuuu camtu. terus aku rasa takut. sebab memula aku ingatkan bunyi siren bomba ka apa. rupanya bunyi anjing. terus laju laju keluaq. masuk bilik tengok laki aku switch on torchlight. terus rasa lega. pastu sambung tidoq. tapi tak boleh lelap. gaya aku nak lelap tetiba laki aku plak melolong. siyes sebijik bunyi macam anjing tadi. terkejut siak aku. sekali dia bunyi aku biaq ja. ingatkan satgi dia berenti. eh tapi lama plak duk melolong. naik seram plak aku. dah la kuat plak tu. satgi jaga habih anak. terus aku gerak dia. terus jaga dia istighfar. pastu aku pun sambung tidoq balik sampai pukoi 4.30 camtu.

pagi ni bila aku tanya baru dia cerita. dia kata lepas aku masuk dia terlena. terus dia mimpi Waheeda plak keluaq dari bilik. pi bilik ayaq. bila Waheeda keluaq muka Waheeda jadi laen. muka pompuan gemuk hitam. terus aku menjerit-jerit laki aku pun terus tolak Waheeda ke dinding pastu laki aku azan.

rupanya yang dia melolong tu dia tengah azan.

lepas tu aku tanya la kat laki aku, kalau bukan setan la, dah katanya setan kena ikat, benda apa yang suka duk ganggu jugak kita ni? kalau kata nafsu tu aku percayalah. sebab nafsu selalu benda-benda nikmat. ni benda menakutkan nak nafsu apanya. tak kosa aku. laki aku pun tak tau. dia kata mungkin setan yang ada dalam diri kita la kot. tak pun another side of roh. the bad one. mungkinlah. sebab tak pandai bab bab macam ni.

ada sesapa tau?

...........................................................................................



i dont know about u guys.
tapi lepas baca tu seram nak mampos ok aku rasa.
aku kalau cerita misteri-misteri ni takut dia memang lebih sikit.

dah la time tu aku memang masak sahur awal.
Mr.B request nak sahur awal.
so gi dapur aku buat nasi goreng.
semua dah siap. tinggal nak masuk nasi.
time tu nasi tak masak lagi.

so aku biarkan pintu semua terbukak.
sebab memang later nak sambung masak kan.
tapi padahal Mr.B dah tertidur pun.
time tu dia punya seram. grrrrrr.
dah la cerita dia ni pasal dapur la apa.
yang position pc aku pulak memang selari ngan toilet n dapur. aaaaaaaaaaaa.
takut.
tak bergerak aku. tapi tabahkan hati.
gi jugak belakang. siapkan masak.
cecepat tutup pintu semua.
still ketakutan. aku baca la blog yang lawak ke apa semua.
main game. baru ok.
lepas tu lupa. selamat.
bukan apa. tak sanggup nanti aku sorang ke apa.
iolls kan penakut nowadays.
nasib sekarang Mr.B dah tak kerja malam.
so ok sikit la.
tapi kadar ketakutan aku masih tinggi.
tak macam dulu. hardcore tengok segala cerita hantu ke apa ni.
sekarang asal ada iklan cerita hantu kat tv ke apa.
cecepat aku tukar. kah kah.

17 Comments:

cikeyrah said... [Reply to Comments]

kak.peej , kite x beraninak baca sekarang takut xley tido mlm nie hehe bace sok pg la..hee

vagg-nini said... [Reply to Comments]

hehe yg kena ikat bukan semua lah. setahu aku jin-jin tetap je ada.
dan ada sesetengah yg menyerupai org lain tu, selain setan/jin, dipanggil Qarin.boleh google pasal benda ni kalo nk tau lg lanjut. byk kat google sana :)

Zalia said... [Reply to Comments]

entahla..kot rumah rye ada penunggu kot..mcm jd dgn aku laki bini dulu..punye susah nak carik rumah sewa, laki aku sewa satu rumah kampung ni..org kg ckp rumah tu dah setahun xde org duduk..masa mule2 tgk, aku dah x sedap ati..tp laki aku tetap positifkan aku..aku dpt rasa sesuatu la kat rumah tu..bile aku kat dapur, atau dlm bilik air,atau lalu bilik belakang nak ke dapur, mesti rasa ada org tgk aku..tp aku diam je..malas fikir..setahun kemudian kami pindah..laki aku pun bukak citer..org kg dh bgtau dia rumah tu berhantu..kalau sorang2, mesti laki aku nampak..terus aku menjerit sakan..seminggu aku trauma..laki aku xnak bgtau ada hantu, kompem aku xnak duduk situ punyela..
org kata..bulan ramadhan ni yg kene ikat jin,iblis,syaitan..tp yg belaan manusia, ada je..wallahualam..
entah..aku pun xtau sgt..

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

aku pon mcm kau cpt2 tukar iklan cte hantu huhu sis ni mcm kna suruh ustaz dtg tgk rmh dia je... kesian plak... tkt nnt anak2 lak kena... baik ko sajes kat dia peej

Ash said... [Reply to Comments]

hrrmmm jin tu pada pendapat saya. Sebab dulu-dulu masa sekolah asrama (sekolah asrama saya ni keras skit) , kitaorang selalu fikir kalau bulan posa setan-setan dah kena rantai.Dipendekkan cete, saya and the gang nak flight tgh malam gi over night kat bandar nak sahur katanya,so bulan puasa dlm pemikiran takdelah benda hantu-hantu ni, sbb kat sekolah dulu memang keras. mlm2 je kalau nak flight bebudak akan nampak benda bertenggek kat pokok. So dipendekkan cete lagi, masa nak panjat pagar tetiba bunyi anjing melolong yang menyeramkan. Tetiba member tegur " ini bulan puasa beb ehehehe mana ada hantu" tak semena-mena pagar yang kitaorg cantas tu meledeh dan meluyut sampai ke tanah. Lepas tu ada member lagi satu tegur.. "oit ko ni berat sangat" . Kami yang flight cuma tiga org je masa tu.Lepas tu masih-masing diam tengok pagar sebelah. Nampak budak kecik warna hijau tgh cangkung.Sumpah saya panik terus patah balik dengan dorang ni. Yang sorang pertama tegur tu terus kena histeria...lari satu asrama. Ustaz datang bagitau... korang ni jangan ingat bulan puasa setan kena ikat. Kita ni hidup ngan alam lain juga.Jadi kena hormat dunia alam lain.... huhuhu panjang juga cete dia... eheheheh sorrylah lalu kejap. Btw nak share pengalaman sbb teringat entri awak ngan pengalaman saya dulu-dulu

ida said... [Reply to Comments]

Rumah sy pon penah jugak jadi macam ni. Citenye mcm ni.

Sy ditugaskan untuk bekerja sementara di luar negara. Jadi pihak company sediakan sebuah apartment untuk sy dan suami. Kebetulan, apartment ni baru je siap dan kami merupakan orang pertama yang duduk dalam rumah tu.

Masa pertama kali masuk rumah ni, mmg sy dah terasa macam something wrong, tapi wat dek jela. So lepas kitorg dah masukkan barang sume and start tinggal kat umah tu bermula la gangguan2 ni.

Rumah kitorang ni ada aircond kat ruang tamu, and dalam setiap bilik (3bilik). Tapi walaupun pasang aircond, kitorg still rasa panas. Memula tu ingat maybe sebab cuaca, yela..tak biasa lagi tempat orang.

Bila waktu malam, sy susah sgt nak tido. Kalo dapat tido pon sekejap2 je sbb asik terjaga.Satu hari ni tiba2 husband kejut, masa tu dalam pukul 1pg. Dia kata dia mimpi ade pompuan mcm pkai telekung kat bilik belakang. Bila husband sy marah dia, bende tu lagi marah. Husband sy xcite detail sgt, dia pon tengah cuak masa tu. Tapi dia kata, mmg time dia ddk umah sensorg dia rasa mcm ade something yg perhatikan dia.

Sy pon bgn terus amik wuduk and baca yasin. Lepas tu nak cuba tido, tapi tak bole. Macam2 bunyi pelik kami dengar.

Malam esok nya, sy tak bole nak tido. Pusing sana, pusing sini tetap tak bole nak lelap, sebab stiap kali sy rasa mcm nak terlelap je mcm ade something yang kejutkan sy. Walaupn tak bole nak tido, tp sy tak bukak mata, sbb terasa mcm ade something kat ujung kepala. Waktu ni kitorg tido terbalik, maksudnya kepala kat tempat kaki ujung katil sbbnye wlupon dah pasang ekon, still tak rasa sejuk and rasa panas gile, pdhal bilik xde la besar mane. Masa tgh cuak ni lah, sy rasa panas sgt kat pipi sebelah kanan. Mcm ade spotlight yg tengah suluh and rasa bahang panas tu. Sy wat keras je smpi ke pagi,smbil baca ayat kursi and tahan rasa panas pedih tu.

Lepas bgn subuh kitorg baca yasin and pasang ayat2 rukyah dan surah albaqarah. And sambung semula lepas balik kerja smpi maghrib. Lepas solat, kitorg baca Quran and pagarkan rumah ni. Malam tu mmg pasang bacaan al-Quran smpi pagi.

Alhamdulillah, bila bgn pagi, amazingly rumah kitorg dah sejuk. Tak perlu nak pasang aircond pon. Mmg bole rasa sgt perbezaan tu. And until now, xd dah gangguan2 tu.

Itulah cerita. Adoi mak..panjang betul komen. Dah bole jadi entry nih.

Jgn marah~~ hiii ^_^

nor said... [Reply to Comments]

Mana ada hantu kena ikat bulan pusa.org kita je punys theory. Cuma siksaan kubur je yg berhenti di bulan ramadan.roh roh bebas menjengah org dikasihi utk sedeksh rahmat.
Lain lain ada. Cuma bulan ni bulan amalan kita kena lawan nafsu yg terdorong spya kita mengukuhkan iman..
Klu hantu kena ikat yg bela toyol biji nsngka,jin jin tu sure suffer. But thy not n business as usual for thm. Only us to strengthen the iman melalui ketakqwaan melalui ibadat.

mama chinta said... [Reply to Comments]

huhu...seram gak pengalaman tu.. ayo..penah gak la kalo mimpi bukan2 sebelum bangun nak masak sahur, terus gigih la kejut somi teman. dia tido kat ruang tamu pun takpe,janji nampak/dapat tengok dari dapur.. hehe.. kat rumah plak bile masak suka bukak tingkat (tingkap nako tu).. selalu dok pikir jangan la ada benda bukan-bukan intai time masak kat tingkat tu...*uwaa..terus rasa takut nak bangun masak sahur lepas ni..sebab kul 3 tu laa mmg time aku bangun masak sahur*

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tak sure jgk perkara apakah itu. may be jin, may be qarin, may be ujian Allah.. wallahualam. dulu time puasa pun kat hostel pagi2 pas solat subuh tu kta tdo balik, ada pulak lembaga mana berdiri depan kaki katil tu.. cuit kaki kta kejut bangun. apakah!! (ni kat kolej lain pulak sebab time degree tukar kolej kediaman). jadi masih menjadi teka-teki.

tapi rumah kitorg kat shah alam tu meriah.. adik-adik dgn bapak selalu tdo lewat. tengok movie la main game la, jadi kalau malam-malam or tengah pagi pun tak de perasaan ketakutan sebab meriah org xtido. lol. tapi takyah takut, sebab tu semua mainan perasaan. even if benda mistik tu ada, kalau kita xsupertakut or xlemah semangat, insyaAllah dia tak kacau. apa-apa hal baca ayat kursi dgn 3qul sebelum tido :) aight!

Melora said... [Reply to Comments]

Selalu nya bulan puasa yang banyak kejadian pelik.. saya pernah dengar bunyi perempuan ketawa macam mengilai pukul 4 pagi.. pernah lalu atas benda yang macam rambut .. semua kejadian tu berlaku bulan puasa.. I siap pegi harun Din kat bangi lagi .. ingatkan kena guna-guna..

Melora said... [Reply to Comments]

Selalu nya bulan puasa yang banyak kejadian pelik.. saya pernah dengar bunyi perempuan ketawa macam mengilai pukul 4 pagi.. pernah lalu atas benda yang macam rambut .. semua kejadian tu berlaku bulan puasa.. I siap pegi harun Din kat bangi lagi .. ingatkan kena guna-guna..

Leena said... [Reply to Comments]

Jin islam kot. dah muncul time pose je

Leena said... [Reply to Comments]

Jin Islam kot. asal muncul je bulan pose. haa.. dah baca kat blog kak rye haritu, tapi tak boleh comment plak. hihihi

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Serius memang takut lah nasib bulan puasa otomatik je ketakutan berkurangan.

AZIZAN & HAFIZAH said... [Reply to Comments]

Sy rasa penah baca pasal gangguan di bulan ramadhan ni...tp xtau nk ckp betul ke tak...actually yg kena ikat adalah setan...syaitan maksudnya yg jahat...bukan semua jin adalah syaitan sbb ada jin islam....jin islam xdiikat pada bulan ramadan....tp jin islam ni nakal sikit....suka mengusik....yg jahat rasuk org pun ada...mcm yg org ckp sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia....

shuweet said... [Reply to Comments]

huhu; serious seram giler...tapi aku rasa jin kot...yang kene ikat bulan puasa is iblis...tapi jin tak kene ikat...

h- Zinnirah said... [Reply to Comments]

err.. apa2 pun memang wujud semua tu. kuat x kuat, percaya atau x, kita berkongsi bumi yg sama

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...