Instagram : @peejburhan

hola peeps.

saje nak bebel pagi hari.
semangat aku 1st day sahur tu masak apa bagai.
elok tengah hari tetiba takleh puasa. tsk.
tapi nama je takleh puasa.
aku bukan makan apa pun.
aku just makan roti sekeping n telan panadol.
kali ni period pain teruk pulak.
sampai day 3 aku still sakit.
time masak untuk berbuka tu siap rasa nak pitam.
benci gila.

day 1 aku berbuku rumah mama.
meriah sangat.
then day 2 tu berbuka kat rumah mertua pulak.
lagi la meriah.
sepuluh kali mak suruh aku makan.
aku saje bagi semua makan dulu.
sebab aku bukan puasa pun.
plus dah kenyang.
sebab siang aku dah makan nasi ngan rendang daging yang mama bekalkan. hahah.

time tu kelakar.
elok aku keluar dpd dapur.

Mr.B : i rasa i sakit perut la sayang.
me : abis tu?
Mr.B : kena makan la.
me : u nak makan? boleh. tapi karang petang takyah pergi rumah mak. sebab u tak puasa. buat apa nak berbuka puasa kat rumah mak.
Mr.B : eleh dia ni. *jeling*

hahaha tau takut kena ugut.
elok pun puasa. mengada lebih.
time tu dah kul 3 kot.
plus bukan aku makan depan dia.
dengar pintu dapur pun tak tentu arah.
laki sapa la tu.

tadi berbuka rumah sendiri.
tak kemana.
plus hari ni ramai datang rumah amik barang.
so takleh la nak kemana-mana.

plan asal aku nak masak sambal tumis sotong brown, hati n pedal goreng sambal (Mr.B request), masak lemak su un n telur dadar.
baru masak 2 lauk aku dah tak larat.
sebab period pain datang lagi. benci gila.
so aku cakap kat Mr.B beli lauk. tapi 2 je n sikit.
masa balik kerja dia ada bawak balik bungkusan.
aku tanya apa. dia kata kuih. ok.
sekali boleh tak nak berbuka tu aku check. itu adalah lauk!
ada dua.
n dia beli lagi 3 lauk. banyak lak tu.
rupanya sebab dah petang. orang bagi lebih.
but stillllllllll. sampai 5 lauk. gila hape.
so lepas ni kosser aku nak masak dah.
dah suka sangat beli kan.
dia kalau beli suka melampau.
dia lupa agaknya dia tinggal berdua je.
dulu boleh la, rumah dia memang ramai orang.
ni aku n dia je.
aku ni dah la tak suka lauk sembarangan.
asal manis je kembang tekak aku. terus aku tak sentuh.
dah bazir kan. hishhhhhhhhh.

tapi dalam menyampah tu.
dia tu baik gila la.
tadi lepas teman dia makan berbuka tu.
aku telan panadol.
lepas je orang datang amik tabita.
terus aku tertidur.
dpd kul 9ish sampai la 12ish macam tu.

tengok Mr.B dah jemurkan baju.
pastu dia kemaskan dapur semua.
then aku terjaga. lapar. makan.
dia join.
pastu dia sambung vacuum.
pastu keluarkan box ephyra masuk dalam rumah semua.
aku? ye aku main game kat fb. hahaha.
kesian. dapat bini agak pemalash. haha.

tapi ada gak la benda yang dia buat aku takleh terima.
but takpa la. tahan je.
sebab of coz. dia pun mesti ada benda yang aku buat dia takleh terima kan.
so give n take.
kira ok sangat la tu dia rajin.
kalau semua aku buat sorang.
akan aku lari laju-laju lalu terjun kat belakang rumah. haha. drama gila.

sat lagi dia kata takyah sahur dah.
tapi aku nak kejut gak.
atleast dia minum kan.
n nak suruh dia makan ubat.
tadi pegang badan dia panas. demam.
aku suruh MC esok taknak.
kagum aku. demam pun rajin buat kerja umah n gigih nak gi kerja.
aku yang period pain ni je pun nak tidur je 24/7.
kah kah kah.

eh haus la pulak.
ok la bye.
nak gi minum ayaq wata coolaarr.

5 Comments:

rosealley said... [Reply to Comments]

wah sweeet jek:)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sy rs tau la salah satu punca period pain tu.. iaitu sebelum period tu minum air sejuk @ ais. sbb experience sendiri la ni kalau minum memang sakit yang super sakit lepas tu. jadi everytime rasa-rasa nak period, ambik air suam je la.. tsk T_Tv

rajin ok Mr B! ko sangat beruntung! and mmg macam tu.. org rajin mesti bersama-sama dgn org kurang rajin *cheeky grin* sebab sy pun sama! haha. sama la mcm ko suka masak semua tapi kemas-kemas tu husband lagi rajin. jadi sgt setuju dgn statement ko pasal give & take tu. ok selamat menyambut ramadhan!! xD

bvlgarigirl @ Arianna said... [Reply to Comments]

peej, mana diari ramadhan? tiap tahun wajib nak tengok sini lauk berbuka day 01 sampai day 30 ye siap gambar sekali ok. request ni. =P

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

kahwin memang mcm tu..
give and take
bila ada yang tak boleh give and take maka jadilah mcm i... what to do...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Macam tu lah bagus peeja ada sikap toleransi, kalau dah kawin baru lah kita nampak keburukan pasangan kita dan pasangan kita pun nampak juga keburukan kita.

Hari ini aunty pun nak masak hati dan pedal goreng berlada, mengidam dari semalam.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...