Instagram : @peejburhan

hari ku yang boleh tahan penat.

busy sangat everyday.
ada je benda kena buat.
hari ni paling busy la.
nak jenguk apa pun tak sempat.
if ada masa terluang. mesti aku akan tertidur.
penat.

pagi terjaga.
masak n breakfast ngan mama n papa.
pastu sembang lama. pastu aku tertidur again. penat.
bangun 2 jam lepas tu.
terus start uruskan emails confirm payment orang la apa semua.
pastu start packing.

nak mengisi borang poslaju n packing paling penat rasanya.
kejung tangan nak tulis borang tu.
pastu packing pulak rasa nak tercabut pinggang.
if noy ada. ada jugak dia tolong sesikit.
ikut mood dia. kadang-kadang dia tolong teman je.
biadap sangat tau.

so tadi pack la semua.
ingat nak panggil pick up service.
tapi the last time tu aku jadi malas.
sebab aku takda acc.
so kena bayar cash la.
pastu dia boleh kata dia takda duit pecah.
aku kena bagi cukup2.
time tu 177 berapa sen tah.
aku ada semua rm50 punya note.
menangis nak carik 27 hengget tu.
korek syiling sana sini.
nasib teringat tabung aku. n ada dalam berapa tah.
serik aku. tak tau la budak tu yang masalah ke apa.
sebab selama ni ok je.
ok ayat macam selalu guna. tak pun baru 2-3 kali je aku guna pun.

ok sambung.
so since tak pakai pick up. plan nak ke post office la.
pergi before orang balik kerja.
if lewat. nanti panjang barisan. sebab orang yang kerja siang tu baru sibuk nak post bagai kot.

sekali aku tengok makin lama makin banyak email masuk.
pack-pack, bag ikea tu dah penuh.
ni bukan bag ikea biru tu yea. tu kecik sikit.
ni yang bercorak tu. lagi besar.
then dah pakai bag satu lagi.
if satu je. aku rasa boleh lagi aku angkat.
ye la. campur semua mau 30kg kot. ke lebih.
walaupun mesti huduh rupa. aku jalan terkangkang-kangkang nak angkat benda tu.
tapi pedulik. memang huduh pun, if hot mungkin akan kisah. ;p

so masa Mr.B call. aku kata aku nak dia teman pergi after dia balik kerja.
so elok dia balik.
papa n mama pun balik.
so kita orang gerak la ke post office.


ada 3 orang je depan kita orang. pheww.
tapi dua orang tu pun post barang jualan kot. kemain banyak jugak la.
tapi aku rasa makin melambatkan.
sebab ahkak depan aku ni terlebih peramah.
dia sibuk nak sembang ngan bebudak poslaju tu.
so bila sembang. harus la budak tu jadi terstop-stop buat kereja.
stress hoih.
aku ni dah la mana boleh kerja berat sikit. peluh macam kambing.

tu takpa.
then belakang aku ada sorang pompuan ni.
aku tengok dia ada 1 je parcel.
so aku kata takpa la buat dulu.
sebab nampak macam ahkak depan tu cepat.
sekali lembabs nak layan sembang.
ok la takpa. pastu settle dia.
akak 2nd tu buat. ok la.
by the time tu. belakang aku ada lagi 2 orang. 30+ sorang.
sorang lagi maybe 50 kot.
pun parcel sorang satu.

pastu Mr.B bagi abang belakang aku ni pintas jugak.
sebab parcel kita orang banyak.
ok la. lantak.
lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. boleh tak dia nak bagi pakcik belakang tu pulak pintas.
aku dah hangin.
hello. aku dah berdiri menunggu giliran mau dekat 15 minit kot.
aku dah tarik muka.
bukan apa. sebab belakang pakcik tu ada lagi orang.
semua pun parcel satu.
apa kau nak bagi semua orang pintas ke?
baik sangat hati tu.
abis dah bagi semua orang. bila masanya turn kita kan.

so tak hiraukan dia.
aku tarik semua parcel. aku susun.
Mr.B tau lettew. hahaha.sempat dia kata, bagi la pakcik tu. dia datang dulu.
memang dia datang dulu.
tapi dia baru sibuk nak isi borang bagai.
biar la orang tengok nampak Mr.B baik orangnya.
Mrs B pulak memang agak kiwok perangai.
hahahhaa.
tapi ye la. hati baik pun berpada-pada la kan.

tu takpa.
parcel banyak gila.
by the time settle.
aku nak balik tu.
belakang aku ada dekat 10 orang kot beratur.
hahah. mesti menyumpah dorang kan.
tak kisah. janji aku dah selamat. heheheh.
sebab aku pun pernah merasa yang orang depan aku post barang berpuluh.
tetap menanti ngan sabar. gituh.
poyo. padahal aku pun menyumpah.
padahal tak sedar diri. aku pun angkut berkoyan-koyan.

then ingat lepas tu nak jalan.
tanya Mr.B nak beli barang dapur ke?
nak tengok perabut?
haha loser kan. kan aku kata. itu je la pun dalam otak sekarang ni.
dia kata tak kisah.
aku decide nak gi tengok2 perabot.
elok redah jam. sampai tempat tu.
aku rasa taknak pergi.
macam penat. n setakat window shopping tak gemor.
so end up pusing n balik je. ;p

mengadap email bagi tracking number semua.
n confirm order yang masuk n all.
untuk yang order loose items.
nanti aku fikirkan.
aku memang ada ready stock. regular set la.
if loose aku terpaksa ceraikan.
memang boleh. tapi ramai selalu nak toner n cleanser je.
dah creams nanti berlebih.
mana lak aku nak campak kan?
so nanti. aku masih deal ngan this girl yang aku amik ni.
mana tau lepas ni boleh dapat loose ke tak.

oh aku ada received email.
concern repeat customer aku.
yang agak menkaji lebih.
dia kata dia risau ngan barang yang aku amik ni.
sebab amik dpd orang lain. so barang lain la apa la.
tapi usahlah anda risau. sebab even now aku amik dpd Msia.
tapi still, that girl amik dpd agent yang sama selama aku deal.

kenapa nampak lain?
kalau siapa dah pakai tabita few sets dah.
akan perasan. tabita ni sesuka hati tak consistent.
kejap kau warna ni. kejap warna lain.
aku pun dah kena banyak kali. tapi Alhamdulillah pakai still sama je.
ada la sekali tetiba peeling sikit. tp 1-2 hari je.
yang pasti kan hari tu stock lama takda.
so ni semua new production yang sampai.
sbb tu tak sama macam the last one.
tu teori aku la. keh keh.

nway, tadi barang sampai lagi.


banyak kannn.
oh happy day.
sebab tiada lagi kerisauan menunggu barang yang tak kunjung tiba.
now semua ready stock.
so sesiapa yang email nak order.
make sure korang dah sedia nak bayar terus.
bukan order n kata bulan depan baru nak ke apa yea.
sebab aku akan bg prioritize kat yang dah bayar.
if stock banyak then ok la.
but if dah limited. n lamaaaa je aku menunggu takda kabar berita.
maaf. terpaksa let go yea. :)

oh lagi satu.
sekarang aku dah bukak balik pick up method.
siapa nak pick up dah boleh.
tapi kat rumah aku sahaja.
bukan bagi tempat. n aku kena deliver ke apa.
tapi personally, aku rasa pakai post lagi best.
sbb tak lama. korang dpt barang.
sbb pick up ni nak set time macam payah je.

macam panjang lak entry aku ni.
takpa sambung.
lepas settle orang pick up barang.
n stock baru sampai.
terus ke giant beli barang putus.
then balik rumah papa n mama.
sebab petang tu papa call kata dia beli durian. yeay.
sebab makan durian ni if sorang tak syok. reramai baru best.
so balik makan durian n manggis.
pastu makan pulak pulut n serawa durian ni. nangis.


mama suruh bawak balik. tapi aku malas.
sebab takut nanti tak termakan pulak.
takpa. nak makan lagi. esok aku pergi la rumah mama kan.

tak lama pun duduk.
lepas makan balik.
balik mengadap nasi pulak.
sebab Mr.B bawak balik gulai tempoyak adik dia masak. :)

now aku tak tido.
sebab rasa relax sikit.
esok takda benda nak kena buat.
ok ada la kerja. tapi rasanya tak perlu keluar rumah. aahhh bestnya rasa.
kalau tak ada je benda kena buat n pergi sana sini.

untuk yang email bg testimonial, tanya soalan itu ini.
sorry tak sempat nak reply lagi.
email yang masuk banyak.
aku baca. tapi nak reply tak sempat.
nanti kena check balik satu-satu. tah bila ada masa tah.

eh tadi kan. pergi nak amik camera kat handbag aku.
Mr.B tidur. tetiba aku terkejut sebab sebelah aku macam ada something besar.
aku ingat apa la.
rupanya entah-entah dia ngigau ke apa. dia duduk. pastu tidur.
ye tidur duduk atas katil.
scary ok. tak kelakar.
cecepat suruh dia baring. kasi hilang terkejut iolls.
tak suka tau. sesuka hati nak expose mistikkan kita.

4 Comments:

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Susah jugak jadi org bisnes ni kan? Tapi kdg2 rasa mcm best jugak sebab ade duit poket...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh busynya ko. best tak berniaga online? kalau best bolehlah jugak berniaga kan xD

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Amboi busy ya tapi kalau busy makna nya masyuuuuk kan, so kira oklah tu berniaga memang memenat kan tapi kalau bebaloi alhamdulillah lah.

susumanis said... [Reply to Comments]

lawak la mr B ngigau hihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...