Instagram : @peejburhan

haih la lelaki.

semalam ke JJ.
plan asal nak beli washing machine.
dah tak sanggup aku nak membasuh manually.
boss Mr.B kata nak bg. sampai la ni sepi. aku pun tak kosser nak harap.

last week. aku ada basuh. super banyak satu bakul besar.
tapi since asyik hujan. sampai 3 hari tak kering.
lalu bau hapak.
nak basuh again memang la aku tak kosser. penat woihhh.
so bawak gi umah mama tumpang basuh.

semalam pun ada banyak. bawak la.
sekali boleh tak washing machine umah mama buat hal.
kukeciwa.
then decide nak beli je la. so by today dah ada kan.

so ke JJ. nak beli. tapi tak banyak pilihan.
aku taknak beli kecik sangat. nanti nak basuh benda2 besar macam cadar, langsir semua susah.
taknak la besar sangat macam umah mama ke apa. kita orang berdua je pun kan.
aku nak yang 9-10kg. budget 1k je.
tapi takdok. mostly kecik 6kg punya je. tak pun besar sampai 14kg. pastu mahal la yang besar tu.
takpa. hari ni kita try carik kat kedai electric.
mana sesuai? pergi kedai electric biasa? or sen heng ke apa semua tu.
dorang amik masa lama ke hantar?
ke esoknya dah dapat?

but nway, dah tak jadi beli tu.
pusing la area tu.
sekali nampak ada tombol pintu macam yang aku nak.
buat ganti yang sedia ada.
sebab tombol sekarang ni kunci nya pun dah tak ada.
ye la. dah kat berapa ramai pulak yang sewa kan.
tiap kali aku kata nak tukar. Mr.B kata dia tak reti.
ok fine. tapi aku tengok macam senang n aku boleh buat.
so takpa. beli je.

then ada la pergi makan.
n beli 2-3 benda lagi.
aku suruh Mr.B beli seluar kerja hitam.
dia suka pakai cerah. pastu comot sana sini.
aku yang menangis nak menyental tu.
nasib jumpa.
tp satu je la pun. sebab takda size.
kelakar ok. aku ada pilihkan 2-3 untuk dia try.
dpd dlm fitting room dia kata tak boleh, tak boleh.
aku kata nak tengok la. sekali mmg lawak ok.
seluar tu senteng sampai betis. kah kah kah.
maknanya dia memang kena tempah.
tu takpa kat sales assistant semua dia ngadu kata dulu pinggang dia sekian.
sekarang rupanya dah naik. sebab lepas kawin dia dah naik badan.
e ehhhhhhh. nak salahkan aku lettew. padahal time kawin pun perut tu tinggi.
tp aku rasa mmg sekarang dia lagi besar la.
aku cakap dia tak pernah dengar, so semalam dah try seluar baru sedar.
pagi semalam kul 1am tu aku lapar kembali.
so kata aku nak goreng nugget ke apa makan.
terus taknak ok. sebab dia kata dia dah gemuk. hahah.
so dia taknak makan. aku pun cancel.
pastu padan muka sampai sekarang iolls lapar ni.

eh aku ni suka cerita ke tempat lain kan.
nak cerita lain sebenarnya.
ok macam ni.
balik je semalam.
terus aku mengadap tombol tu la.
tengah aku bukak skru tombol lama.
dia sibuk kata biar dia buat.
aku bising la. aku kata jangan sibuk.
takkkk. dia nak buat jugak.
dah la tools tak cukup.
yang ada basic je. n tak sesuai screw driver tu ngan skru.
end up skru bunga kita orang pakai philip punya. hahha.

memula dia buat aku duduk la tepi.
beria weyh marah aku. suruh tepi la apa.
sebab konon kacau la apa.
lama ok dia ketung tang kat pintu tu.
aku sentap. aku gi main game.

ye after 2 jam lebih.
dia panggil aku. kata siap.
tapi dpd dlm boleh lock. dpd luar takleh.
sakit tak hati kau?
aku marah la. aku kata atleast biar la dpd luar yang boleh kan.
pastu dia suruh aku kemas.
ok fine. sambil nak kemas tu. tak puas hati.
aku bukak n check la. n try pasang balik.
dia dok sibuk itu ini.
aku rimas. aku lak halau dia. suruh dia main game. sentap mamat tu.
lantak kau la.
n u know what??? 10 minit lepas tu. elok aku buat pintu tu boleh lock dpd luar n dalam.
panggil la dia. terus dia kata, ' i dah kata i memang tak reti nak buat.'
abis tu yang time aku buat awal tu, kau sibuk kenapa kan?
dia kata kesian tengok aku nak bukak skru tu.
hamagaddddddddddd. skru je kot. aku takda la insan yang lemah sangat.
setakat skru. almari ikea 3 pintu pun aku leh pasang la.
aku rasa aku inherit kemahiran mama.
mama pulak inherit dpd arwah atuk. atuk mekanik. apa je takleh buat.
sampai mama tensi kadang2. asal apa benda yang ala-ala mcgyver je dia kena buat.
sekarang mama dah sakit. papa suka suruh aku.

pintu memang boleh lock dpd luar n dalam.
tp ada masalah lain pulak.
slot tepi bingkai tu tinggi.
so bila kau lock xleh masuk la.
kata umah lama kan. lobang pun dah haus. pintu pun silap2 dah lari alignment dia.
takpa la. tu nanti boleh besarkan lubang tu n kasi tukar position benda tu.
ye la kan. nak tukar pintu baru tak mampu lagi.
so kita usahakan la tukar tombol ni je.

sebenarnya ada lagi benda nak type.
tapi perut lapar. hidup jadi tak keruan.
haha gila drama.

6 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja washing machine aunty pun rosak lah minggu lepas so gigih lah membeli yang baru, aunty beli Electrolux 7.5kg harganya ialah RM1,750.00 kira ok lah tu. Aunty share kat sini bukan apa saje je supaya peeja boleh lah beza kan dengan washing machine yang lain, kalau murah boleh lah beli kan.

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Hahahah... Penah rasa zaman study dulu basuh pakai tangan..ya Allah segala otot ni nak tanggal...

FaznFaz said... [Reply to Comments]

peej, try pegi hsl. dekat area selayang ada 1, sho block kt depan selayang mall. agak ok laaa harga barang kat situ. aku pernah beli washing machine, tgh offer, dlm 900 utk 10kg.

yg best, boleh tawar menawar, x mcm seng heng harga mati! kira kitorang selalu survey, harga, pastu dtg situ beli, ok laaa dpt murah sikit.

some more, dia suka bg hadiah, kettle laa, toaster laa....

suka!!!!

CPI said... [Reply to Comments]

aku memula kwen dulu gitu la... asal tgk bakul baju jek, menanges. stress

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

kt hlk ke hsl lbih kurg la bunyikny kt wangsa maju sederet dgn speedmart dkt brj.tahun lepas iols bli mesin basuh 7.5kg 400++.murah brganda2 sebab masa tu dh puas pusing jj,sen heng and others kedai letrik lain2.

Shahrizat said... [Reply to Comments]

pergi beli mesin basuh kat kedai eletrik biasa je lagi bagus .sebab dah lah delivery free pastu boleh tawar lagi. warranty tetap sama. kat area setapak banyak...good luck

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...