Instagram : @peejburhan

Expose mistik: Dah kena dah

Hi peej, saya nak share cerita yang tak takut pun, tapi nak cerita juga! pasal office saya ni.. 

saya ni baru je 2-3 bulan kerja dengan government & posting kat KL.. office saya ni merupakan bangunan lama yang dibina lepas merdeka kata orang lama lah. 17-storey building.. macam-macam 'cerita' pasal bangunan ni dari orang lama..

tersebutlah kisah, pada satu pagi, saya tersampai sejam awal kat office.. department saya kat level 1 & takde orang.. tiba-tiba pulak, rasa sakit perut terlampau, saya campak bag kat bilik saya di wing paling hujung & laju-laju masuk toilet dekat tengah2 wing aka lift area. 

nak masuk toilet tu ada 2 kali pintu, & arm door closer dia yang jenis pintu slow tutup bila dah buka & berbunyi annoying... so dalam toilet pun takde orang & terus lah saya menuju ke dalam toilet cubicle...

start je saya mencangkung, saya dengar macam ada 'orang' masuk  toilet sebab ada bunyi pintu annoying & 'orang' tu buka air paip kat sink luar.. agak laju & kuat bunyi air keluar dari paip sink luar tu.. so, rasa macam biasa je, saya pun concentrate berry.. 

saya rasa lebih kurang 4-5 mins jugaklah saya dah nak 'settle', barulah saya terfikir! eh, bunyi air sink kat luar still ada meaning air paip sink terbuka...laju bunyinya macam sengaja dibiarkan buka je... 

tiba-tiba...

by the time saya flush, air paip sink laju kat luar takde bunyi dah.....

saya pun sangat curious, saya buka pintu toilet cubicle saya tu & terus lompat keluar.. surprisingly, takde siapa kat sink.. infact,takde movement pintu terbuka tertutup & bunyi pintu..
 
cepat-cepat saya keluar toilet 2 pintu tu nak kejar siapa gerangan orang tersebut, alangkah meremang roma, tiada siapa pun kat luar toilet..

seperti detektif saya masuk balik toilet sambil-sambil nak cuci tangan, saya try test buka sink, analyse bunyi air keluar dari sink sama ke tak apa yang saya dengar tadi.. of course sama.. saya pun pastu terus buat biasa je lah..

bila dah start office hour, saya pun cerita kat assistant saya & kerani yang dah lama kerja kat office tu, & jawab mereka dengan selambanya.....

'Haa, dah start kena dah tu....'





-saya yang masih ada 3 tahun untuk berkerja di bangunan itu-

4 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha dalam pada takut tu berani pulak dia nak tengok siapa bukak air tu kalau aunty tak cukup kaki-tangan aku lari.

Rina277 said... [Reply to Comments]

moral of the story : lenkali berry puas2 kat umah dulu yer..huhu..tapi klu dh nk kene kat opis what to do la kan..hehe..

afzalsukasuki said... [Reply to Comments]

tandas opis aku pon cenggitu.ahgaknya antu2 tu ada masalah salah makan dan kencing tak lawas kot..asyik ke tandas je

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sila tabahkan hati! kawan sy pun time wataniah (kat kem), masuk bilik air yg byk shower room tu.. benda tu siap tegur "dah habis mandi ke belum?" padahal bilik shower lain kosong ok. xde org. ngeri!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...