Instagram : @peejburhan

exceed limit.

baru sempat nak baca few blogs.
sebab busy tak hengat ni berapa hari. aaaaaaa.

hari ni pun busy melampau ni. dah la aku tak sempat email customer tracking number lagi ni.
silap2 ada yang dah dapat barang dah kot.
untuk siapa yang beli ephyra tu. semalam aku dah post yea.
jap lagi nak restock lagi.
tapi takleh keluar now.
sebab depan rumah ada bulldozer.
nak keluarkan kereta pun takleh. pffftt.

pepagi dah buat keroje krok krek grong greng depan rumah.
boleh tahan bising melampau la.
aku ingat rumah depan ni reno biasa je belah belakang.
sebab mmg la ada kerja n all. tapi tak nampak buat apa.
agaknya belakang dah siap. ni buat depan lak.
tah apa dia pecahkan tah ngan bulldozer tu.
terbangun tidur terus aku. syabas.
tu takpa. rumah berabuk n berpasir toksah cakap la.
baru vacuum kelmarin. ni berjalan dah rasa pasir sana sini.
hitam kaki iolls.

eh nak cerita lain sebenarnya.
aku ada terbaca entry filla. read here.
pasal picture exceed limit tu.
yang kau sedap nak update blog.
tetiba takleh nak upload pic.
sebab dia kata kau dah lebih limit.
pastu kau terus rasa bengang n nak tumbuk blogspot. eh tetiba.
tapi ye la. terus malas kot.
dah la konon nak settlekan masalah kena beli apa tah.
supaya tambah quota kau la kiranya.

aku pernah kena benda ni.
rasanya 2 tahun lepas kot.
haha gila kan. aku punya bertahun limit.
katanya dulu kalau ada 50 gambar. semua nak masukkan dalam satu entry. ;p
time tu memang bengang la.
memacam cara la orang ajar.
semua tak best.
ada yang suruh buat email lain n masukkan email tu sebagai author tambahan kat blog ni.
sebab tu kalau kau tengok about me tu ada dua nama aku kan.
ok memang masalah selesai.
sebab 'authur baru' tu ada quota sendiri la untuk pics.
tapi aku rasa jadi sangat payah sebab sepuluh kali aku kena log in n log out tukar2 email.
sangat emo n still rasa tak best la.

then tetiba dapat email dpd along.
sebab time tu dia pun tengah mengalami masalah yang sama.
tu yang memasing asyik beremail kalau ada cara-cara nak hadap benda ni.
so dengan ini. mari ajar korang pulak.
caranya ialah.

kan everytime buat entry baru.
kau tekan new post. terus keluar page kosong tu kan.
kat atas tu ada edit html n compose.
perasan tak?
so if new post automatic dia kat compose tu.
kau try la upload takleh kan.
so caranya ialah kau tekan kat edit html tu.
so kau upload pic dpd situ.
kau upload la 100 pic pun takkan ada masalah.
dia memang keluar coding je.
takpa. uoload je semua.
dia tak dapat la kau nak upload banyak sekali gus. kau kena upload max 5. then 5 lagi. then 5 lagi.
settle semua. tekan balik compose tu.
lepas tu update la blog korang macam biasa.

faham ke tak ni?
tak faham sila fahamkan.
aku malas nak snap pic tunjuk betul-betul ke apa.
ala kalau dah exceed limit tu maknanya korang pun dah lama la jadi blogger.
kalau tak tau selok blogspot ni lagi memang saje je la tu.

so untuk yang alami masalah exceed limit ni.
sila la try yea.
apa-apa pun. thanks to along sebab kongsi benda ni ngan aku.
dah 2 tahun elok je update blog macam biasa. :D.

9 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ha a betul2.. upload gmbr dlm html mode tu sama macam kita upload gmbr zmn2 dahulukala :P

kukukata.blogspot.com said... [Reply to Comments]

blog green apple dlu ada post pasal axceed limit tuh, dia kata bayar 15 hengget jer....

marinahunny said... [Reply to Comments]

guna photobucket pun boleh jg . akak dulu jd mcm tu jg terus rs nk beli domain tp mcm x berbaloi plak. rupanya blh update kat photobucket dulu pastu bila nk update blog just lalu kan kursor kat gambar yg dah di upload kat photobucket tu. pastu kat blooger tu paste kat add url

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Nasib lah aunty tak ada blog, kalau tak mau pening nak belajar benda benda macam ni.

mamyharraz said... [Reply to Comments]

TQ peej share info berguna ni :D
ok,lepas ni taklah gelabah kalau jd benda tu kt blog sy ;)

Afasz said... [Reply to Comments]

tq for the tips..... sy pon alami benda yg sama...tq..

salam pekenalan...

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

tgh bermasalah dgn exceed limit ni. tah apa2 tah cik google. dah la KC hantu uplod gmbr. thnks share ye Peej. OTW utk mencuba.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

peej, ila dah try buat tapi tak jadi tetapkuar yg bagitau exedd limit tue.. haiyaaaaaaaaaa..

liaamalia said... [Reply to Comments]

peej rsnyer br jer bc entry nie last month and now kene kat aku plak...da try buat mcm yg d ajar 2 tp still xbleh gak...eeee~geram sungguh la~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...