Instagram : @peejburhan

blur...

rasa itu datang lagi.
iaitu tak tau nak blog pasal apa.
tapi rasa nak update.
macam mana tu?

hari ni relax sikit.
takda kerja sangat.
so penuhkan hari ngan bermalasan je.

plan nak keluar malam tadi.
pergi mall ke apa.
makan best-best ke.
dah nak puasa kan. kang nak raya baru dapat makan.
sebab aku malas sikit berbuka luar ni.
rimas kena book tempat la apa.

tapi takda maknanya
elok lepas maghrib tertidur depan tv.
pastu terjaga bengang sebab tak tau ending CSI yang aku tengok time tu. ;p
terjaga pun tah dah pukul berapa.
tengok Mr.B pun tertidur kat sofa.
hampeh betul.

ni dia terjaga.
suruh gorengkan telur mata.
then dia makan.
aku tak makan lagi.
later la kot.
goreng nugget ke burger ke. dap. (rasa nak lempang tak baca aku tulis 'dap'. gedik gila)

ni duduk depan pc,
dapat baca blog orang.
seronok pulak.
macam-macam cerita ada.
details n all.
aku dah lama tak update macam tu.
sebab serious tak tau nak cerita apa. or amik pic apa.
malam semalam aku amik camera aku.
nak snap few pictures.
dah snap tetiba tak rasa nak transfer n blog about it.
tu takpa. aku tengok pic last yang ada dalam camera tu masa izza tunang tu.
which is awal bulan. lama gila dah kan.
nampak sangat dah lamaaaaaaa gila tak amik pic.
padahal ada je aktiviti itu ini aku buat.

bila tah nak rajin macam dulu.
ni nak puasa dah.
selalu everyday aku akan amik pic menu ramadhan kan.
ramai je suka sebab inspirasi katanya.
tahun ni tah la ada ke tak.
berdua je pun. if rajin maybe berbuka kat rumah mama or in law. tengok macam mana.
if berbuka ramai meriah la kot.
ni takat berdua. agaknya masak pun cincai je.

baju raya pun tak tempah.
ada je kain masa hantaran hari tu.
macam tak sempat je pun tempah.
takpa. ada rezeki lebih. kita beli ready made je kan.
orang nak raya semangat lebih kan.
aku belum mari lagi rasa tu.
macam seram pun ada nak mengadap raya.

sebab bayangkan la if ada orang datang beraya.
aku nak jamu apa? kuih je ke?
macam mama. dpd time sihat. even now sakit.
if ada orang datang. mesti dia akan make sure orang tu makan.
tak kisah la even mihun or mee goreng.
if sihat lebih. siap buat nasi ayam la. nasi minyak ke.
meriah sangat.

aku? aku boleh la masak.
tapi aku ni lembeb. belum tahap masterchef lagi.
pastu ratu peluh. kang siap semua. aku pun masam.
seram kan?
dah la Mr.B kata nanti raya nak ajak officemate bagai.
over kan. pastu aku nak masak sorang. amboih.
kosser ok.
tengok la macam mana. dah sampai masa nanti kita fikirkan.

eh tetiba memacam pulak aku nak cerita kan.
kata blur. heheh.
tak maksud blur tu.
aku pelik kenapa aku dah tak rasa nak amik pic untuk update macam dulu.
entah kadang rasa macam perlu ke?
benda yang sama je pun kan.
hujung july ni masuk 6 thn aku blogging kot.
bosan gila kot benda sama je kan. ;p
end up tu yang takda apa nak update tu.
tapi tadi aku blog hop.
baca blog yang dah lama aku baca.
yang lebih kurang sama lamanya ngan aku blogging.
ok je. rasa happy je.

agaknya kita sendiri yang rasa bosan kan.
orang ok je.

eh dah la.
rajin iolls update lagi.
tata.

6 Comments:

mamasuri said... [Reply to Comments]

entry ni xnampak cam blur pun....hehehe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ko update psl mknn byk kali pun xpe. ai suka. hahaha

susumanis said... [Reply to Comments]

peej tulis pe pun best je bacee..:)

susumanis said... [Reply to Comments]

peej tulis pe pun best je bacee..:)

Iz said... [Reply to Comments]

Aku lepas kahwin je, dah tatau nak blog pasal apa. Tu yang sekarang blog pasal kucing je hahahaha. Dulu2 boleh la cerita pasal anak sedara, makan-makan. Now macam dah takde inspirasi. Hehee

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Entry santai2 macam yang peeja tulis ni pun dah ok apa, eh lupa nak ucapkan selamat berpuasa untuk peeja dan ben ya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...