Instagram : @peejburhan

Perhentian May2012 - day 2.

malam pertama kat sana sempat la gaduh ngan Mr.B.
pergaduhan pertama after kawin.
kan kita orang tak keluar malam tu.
so harus la sangap gilaaaaaaaa.
apa je kau boleh buat kan.
yang Mr.B taknak keluar.
yang aku hati rasa nak sangat berjimba.
so masam muka la.
aku tidur awal. haha lantak.

since tidur awal.
kul 6.30am dah bangun.
sana sunrise macam awal lak rasa.
terang awal aku rasa.
sebab kat KL 6.30am still gelap kan.
sini dah terang.




sarapan.
kalau travel ni benda yang harus bawak. sedappp.
berapa kali kena tahan time scan bag.
sebab katanya ada metal/aluminium ke apa tah dalam bag.
aku dah cuak kata mana ada. takdaaaa.
sekali kastam cakap, ke awak bawak tuna?
hahahhaa ye saya bawak.
mesti orang tu kata aku dasar kuat makan kan.
dah la beli tak sikit2.

so makan n menikmati pagi sendiri.
sambil dengar burung berkicau.
tengok orang-orang pulau pagi2 dah bangun buat kerja.
sambil tengok komodo (biawak besar) tu bangun n mencari makan sana sini.

elok kul 8ish am aku kejut Mr.B
kata aku lapar nak sarapan kat depan.
dia nak ikut ke tak. taknak aku gerak sorang.
wah sentap sangat la tu kan.
elok dia bangun n siap.
so breakfast la sama.
berjam jugak lepak situ.

nak pukul 10 balik bilik again.
nak tidur.
beli tikar. tidur kat balcony supaya dapat angin.
bagi yang tak tau. pulau tu mostly chalet pakai generator je.
so electric ada dpd pukul 7pm sampai 7am je.
lepas tu merasa la kau panas hazabbbbbb.
ada la kot yang 24hrs electric tapi yang mahal2 n belah lain kot.
gituh.

tapi aku ni dah memang tak kan boleh tidur bila tak selesa.
rasanya 1/2 hour je kot aku lena.
aku jenis takleh la kalau dah berpeluh n melekit ni.
pastu Mr.B ni kan suka rapat-rapat.
so bila dah melekit badan memasing. aku rimas.
so aku bangun n melangok je.
Mr.B tidur macam takda masalah apa. syabas.

yang lain tak bangun.
sebab dorang tidur lewat. gitu la.
dah tengah hari baru memasing bangun sebab tak tahan panas. heheh.
yeay. memang itu yang ku tunggu pun.

lepas tu terus siap n nak pergi makan.
pukul 2ish pm nak snorkelling.





Day 2 plan dia adalah untuk snorkelling.
kesian tengok Mr.B yang resah gelisah.
ye la dia kan takut air. hahah.
dia kata biar dia duduk kat chalet je. takyah ikut.
loh macam tu pulak. takkan aku tinggal dia kan.
gila bosan nanti.
ikut je la kan. duduk dalam boat.
dia kata nanti panas. T___T
tapi memang ye la kan.
kat pantai ni. kalau kau panas.
kau kena masuk laut. terus rasa uhhh sejuknyaaa. best.
last dia ikut jugak. setelah semua orang paksa.





susah nak carik surfer pants untuk dia ni.
sebab dia tinggi n pinggang besar. jenuh ok.
aku nak beli yang mahal dia tak bagi. dia kata bazir.
aku tak rasa bazir sebab benda ni kau pakai sekali sekala.
so tahan 5 thn akan dtg pun.
jumpa ni satu je size dia n kain ok.
pakai la kot sepanjang kat sana. hahah.

aku pack kan dia banyak t-shirt.
tp sana panas. tak sanggup dia.
so ni aku bg pakai baju aku.
hahah merasa ketat.
beli kat bali hari tu. memang design lelaki aku beli pun.
sebab aku ni mana boleh pakai cutting pompuan pun. semua halus.
so bagi la dia pakai baju ni.
ketat uolls. lantakkkkkkk.


:: noy suruh jonet buatkan fishtail braids ::



sana panas pantai kau tau la.
minummmmmmmm je la kerjanya.
sekali minum 2-3 gelas.
sana air mahal. fresh juice rm10.
tapiiii aku rasa sangat berbaloi sebab mmg pure juice la.
takda campur air ke apa. terbaik ok.
if rasa nak jimat. then amik blended. lebih 2-3 ringgit.
tapi dia tahan lama. sebab kau minum slow kan.
sejukkkkk.

kita orang gerak around 3pm.
sebab makanan lambat sampai. heheh.
nasib budak boat tu ok je takda masalah.




muka Mr.B yang cemas boat laju n melambung-lambung.
again cecepat dia mintak life jacket.

memula pergi tempat yang dpd pantai.
so maknanya kau turun tempat cetek.
then kau berenang la ke tengah.
memula Mr.B taknak turun. kesian gila.
pastu aku turun n berdiri. air paras pingang je. baru dia turun.
so teman la dia . nasib ada ikan banyak.
aku ajak ke tengah dia taknak.
bila tak sampai kaki je dia cuak.

aku kata takda apa. pakai life jacket.
takkan tenggelam.
dia kata tenggelam. dia try tenggelam.
aku kata sebab kau kelam kabut. memang la terombak2 rasa.
cuba relax. takda apa.
tetap la dia taknak.
suka kau la. main la di tepian. aku pergi jauh.

hamagaddd lawanya coral kat perhentian.
sebab semua hidup lagi.
macam aku pergi thailang tu semua dah mati. tinggal batu karang je.
ni tak. elok cantik semua. soooo pretty.
siap ada tiram.
cantik nak mampuih tiram tu kan. siap ada renda-renda.
pastu macam2 color. ada orange hitam, biru hitam, fuschia semua ada la.
ikan toksah cakap la. memang lawa melampau.
siap aku nampak satu ikan tu kan. color dia macam dia tengah pakai suits ok.
atas putih, ada lining silver. tetiba warna hitam yang lain.

then lepas-lepas tu semua turun kat tengah laut.
so Mr.B tak turun la.
dia duduk dalam boat je.
amikkan gambar.
suruh banyak kali pun dia taknak turun.
takut bebenor.







kita orang pergi 5 tempat. ada la nama2 dia.
2 coral, 1 turtle bay, 1 shark point. satu lagi apa eyh? lupa.
yang kat turtle bay tu.
tunduk bawah tak nampak apa.
takda ikan. takda coral. takda apa.
pasirrrr je.
aku dah macam. nak tengok apa ni?
then only nampak turtle yang super besarrrr.
berenang sebelah kau semua. scaryyyyyyy.
nak pegang takut. hahahah.
tapi katanya takleh pun.
sebab Mr.B duduk atas boat.
dia kata turtle tu naik n jenguk. nak pegang je terus berdesup laju dia berenang turun ke dasar.


then turun lagi snorkelling tengok ikan n coral lagi.
aku tak suka kot if baling roti.
sebab boat2 tepi ada baling roti.
banyakkkk sangat ikan.
pastu nanti dia kerumun kau n gigit nanti.
not loike. aku suka tengok. tp if dekat2 adalah takut.








aku memanjang kena tinggal.
sebab aku akan make sure Mr.B ok semua baru aku masuk dalam.
pastu jenuh la mengejar dorang.
tapi kejar noy je la mampu.
sebab jonet n puteri tu bukan pakai life jacket.
so berenang gila laju pergi tak kemana mana.













:: excited dia. dia kata takyah turun boatpun nampak banyak ikan. ye la. tp ikan ni je. kat bawah tu lg banyak yang lawa2. ::







:: aku ni balik2 tepi boat je. sebab nanti kejap2 jenguk laki lambai. sian if jauh sangat. ::








then ke shark point.
yang ni seram.
sebab air super dalam.
kau masuk je kau rasa betapa sejuknya air dia.
sesuai sangat mood tu. suspen2 sejuk. hahaha.

budak boat : sini shark point.
us : eh takut la. shark betul ke?
BB : betul la. tapi takpa. dia tak kacau orang n tak makan orang.
me : if la tiba2 dia nampak saya menyelerakan. pastu dia makan. ada insuran ke?
BB : hahah takda.
me : haaaaaaaaa. awak pun tak sure kan.

yang Mr. B tak bagi aku turun.
tapi gila rugi tak turun kan.
so turun la jugak.

before turun tu tengok boat sebelah.
eh ada pierre andre la.
dia datang ngan gf dia n kwn2 dia.
so sembang ngan dia kejap.

tu takpa. rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa pierre andre pun penakut laut macam Mr.B ok.
semua dok paksa dia turun. dia taknak. dia takut.
then aku turun.
tengah swim nampak dia turun jugak.
aku dah macam. ok fine. dia takda la penakut melampau macam Mr.B.
sekaliii. dia bergayut kat tangga je ok.
tau2 dia dah naik balik atas boat. lawak je.

shark point tu tak tahan la.
dah la air sejuk. ombak gila kuat.
nak berenang susah nak mampus ok.
aku n noy berenang jauh nak kejar jonet n all.
tak larat sebab dorang dah superrrr jauh.
tengah berenang tu.
tetiba noy jerit kata dia nampak shark. bawah kita orang je.
besarrrrrrrrrrr gila n dia takut.
dia dah cuak.
aku jenguk ke bawah tak nampak apa.
yang noy dah sibuk nak naik boat.
dia takut. aku pun takut.
terus aku rasa tak tengok pun takpa.
so berenang laju-laju naik balik boat. haha dasar penakut.
ye la. buatnya memang tetiba shark tu nampak aku macam KFC ke apa.
lalu makan. tak ke takut tu.





then ada pergi satu tempat ni.
ada mata air kot kat pulau tu.
best gila air super sejuk. sukaaaaaaaaaaaa.
ingat nak pergi lagi buat aktiviti terjun dpd rumah ap.
tapi dia belah satu lagi.
if pergi sana. kena turun situ n berjalan ke long beach. jungle tracking.
boat tak pusing balik nak hantar sebab jauh.
so kata takyah la. balik je.
dah penat pun.

sampai pun dah 6pm masa tu.
ingat nak mandi laut.
tapi kepenatan.
so just mandi, siap2 n pergi makan dinner.















:: abe mat. owner chalet kita orang tu ::














sepanjang kat sana memang tak pergi sangat kedai lain.
sarapan, lunch pun kat sini.
sampai budak tu dah kenal kita orang.
mana tak nya. sebab sekali order je terus air 2. then tambah lagi. gila.


try bbq set kat sini pulak.
aku rasa lagi mewah n berbaloi.
cuma dia masak tu ikan, ayam, sotong ke apa semua tu bukan grill sesajo.
dia siap ada bbq sauce dia. manis sikit. situ je slack.
tapi dah lapar tu semua kau bedal kan. ;p

lepas dinner balik bilik.
sembang apa bagai.
then malam ni Mr.B kata jom la ikut dorang lepak tepi pantai tu.
so ok je. harus la teruja.
sebab dia tau kot malam sebelum tu memang bosan.
tapi lepas segala aktiviti ni. terus dia kata sangat best.
siap berkali2 kata kat aku bila nak pergi lagi.
aku kata nanti hujung sept monsoon.
by march baru boleh pergi.
dah dia bising ajak jom la pergi before monsoon.
tengok macam mana.
sebab tempat ni pergi reramai best.
bukan senang nak semua cuti kan.
if setakat pergi 2-3 orang buhsan la kan.

























tak ada pun.
seronok tengok orang menari je.
esp orang2 pulau tu semua.
the last time aku datang.
dorang semua naive gila.
orang2 KL ni sibuk ajar dorang menari n shuffle ke apa bagai.
tapi sekarangggggggggg...
dpd pakcik sampai ke yang muda semua kemain menari non stop ok.
panjat meja semua. macam buat show dah aku tengok.
funny.










:: tetiba keluar lagu poco-poco semua yang tau menari reramai. seronok tengok. yang tak reti ni dengki. buat cho choo train pastu rempuh yang tengah menari poco-poco tu. heheh ::



tak stay lama pun.
around 1ish am macam tu aku ngan Mr.B dah gerak balik bilik.
ciri-ciri wanita berkahwin sangat.
takleh henjoy. :p

ok tu je.
nanti sambung lagi.
ta-ta

9 Comments:

sweethOneY said... [Reply to Comments]

bestnyaaaaaa terus rasa nak pegi jugak !!

aku rasa mr b tu penakut air mcm aku jugak kot. last time pergi snorkeling, 20 minit kot turun duk tepi boat je, dan kena paut dekat husband tak boleh lepas. Kalau lepas nnt aku panik. Haha tak enjoy betul. tapi teringin nak cuba, tu yang gagah turun jugak walaupun takut

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

peej, cantik kan coral die...
sumpah best..
EH, redang pn best tau.
semua tmpt peej pg tu zaza pg gak...
mandi air gunung tu pn syiok wooo...
bln10 ni kalau jadi nk g tioman...
before pulau tutup la kira...
murah sikit...

A.I said... [Reply to Comments]

Giler lawak bila kau kenangkan shark tu nampak kau mcm kepsi. haha...pija gilo! wahhhh, kemain lagi mr B kau. Ada geng takuit. Dgn retis lak tu ;)

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

aku tak takut kalau setakat berendam

tapi aku ialah selamophobic (aku reka sendiri ni) kalau menyelam ja dan dan aku glabah rasa macam lapang gila depan belakang aku dan terus gelabah. jadi tindakan terakhir aku ialah mengelupur tahap gaban sampai aku nampak langit balik.

oh aku discover aku ialah selamophobic ialah masa aku try pakai gogle adik aku pastu aku selam dalam kolah bilik ayaq rumah tok aku.

bukan kat lautan dalam. sekian.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

giler happening.. tapi betul lah kena gi ramai2.. len kali pegi ko ajak aku yeh? muahahahhahahahaah.. kepsi tu kelaka la.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha Ben ni lawak lah, tapi rasanya aunty dengan Ben ni perangai lebih kurang sama lah aunty pun tak berapa minat dengan aktiviti yang ada air lah walaupun pandai berenang

Azza Azman said... [Reply to Comments]

waaaa... party habis ye malam tu. mesti funn. tapi kalau saya tak leh la mau kena marah dgn mama papa kalau tau.

nanti saya pulak nak g pulau kapas kat ganu, tak tau lah ada apa sana, lets see.... tapi kalau ada shart macam tu seronoknya!!!!

Azza Azman said... [Reply to Comments]

anyway kalau shark tu terliur kat peej sbb macam kepsi, saya pulak tak risau sgt sbb sy macam kepsi basi je... ~~ T___T

peej said... [Reply to Comments]

sweethoney - memula mmg macam tu. aku pun 1st time panic. pastu syiok. nanti next time ok la kot. aku nak ajar Mr.B supaya dia tak takut. so that nanti boleh dia enjoy snorkelling kan.

szasza- cantik kan. ye ke. tak pergi pun pulau lain. Insyallah nanti nak try jugak. :)

a.i - we never know ok. mana tau dia berselero. hahhaa.

rye - hahahha bangang ok. aku beriya baca n suspen. rupanya kolam je. pffttt.

filla - ok aje. set. nanti if plan nak pergi aku roger kau ye. :)

aunty - dia bukan tak minat. tapi takut tu lebih.

azza - ala takda party apa pun. duduk tepi pantai tengok orang lain yang party. heheh

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...