Instagram : @peejburhan

Perhentian May2012 - day 1.

ikutkan malas je nak update cerita ni.
sebab malas nak transfer pics ke apa.
ni pun tak watermark n resize ke apa. lantak la ye.

last month aku plan honeymoon.
ok takda la honeymoon sangat pun. more to holiday la.
best pulak sebab ramai nak join.
plan asal aku, Mr.B, noy n jonet je.
tapi ada kawan2 noy nak ikut. nak dive la apa.
so ok je. lagi ramai lagi best kan.
bukan senang semua nak dapat cuti reramai kan.

memang dah plan nak naik bas.
aku suka naik bas sebab dapat naik boat pagi.
terus sampai jeti kuala best tu kan.
so 2 minggu sebelum tu dah beli tiket.
noy nak naik bas dua tingkat. layankan je.

bas kul 10.
patut sampai around subuh macam tu.
last time aku pergi gitu la.

memula Mr.B tak berkenan ngan plan aku.
sebab dia tak suka laut.
bukan apa. sebab dia adalah tak reti berenang. so dia takut.
Lamar Odom sangat tau. tinggi bagai tapi tak pandai berenang.
tak pandai tu ok je. tapi tang penakut tu takleh tahan. kelakar gila ok.

nway. malam tu pergi ke bus station putra.
bas on time.
so bergerak la kami.
oh lupa. pics adalah daripada various camera.
so ada some susunan tak berapa betul.
tapi semua dalam day 1 ni la.





pitam ok ngan dia ni.
kita orang mengharapkan dia akan jaga kita orang.
ni aku yang kena jaga dia ok.
macam budak nakal. siap lipat lengan.
sebab panas berpeluh dah.
pastu 10 kali dia ulang alik kedai. beli jajan, keropok segala. beli air je berkali-kali.
aku kata ada yang abis duit sebelum sampai pulau ni.







naik bas dua tingkat aku rasa gayat n ngeri.
sebab kau tinggi. kau nampak macam kereta sebelah tu dekatttt sangat.
dah la tau la jalan kampung ke jalan dalam macam tu. dia 1 lane je. so bertentang je kau ngan sebelah.

banyak kali jugak la bas ni berhenti.
so aku rasa penyebab lambat gak ni.
aku lak takleh tidur sangat. sikit-sikit terjaga.
aku jenis takleh la tidur if tak selesa ni.
pffffttt. rasa macam lambatnyaaaaaa masa berlalu.
rupanya memang ye.
aku rasa sebab dia 2 tingkat. so dia tak laju macam bas biasa.
end up kita orang sampai sana around 7ish.
terlepas boat 1st batch untuk ke pulau.
kena tunggu next batch which is aroung 9ish.



:: kesian ngan Mr.B kaki panjang. so tak selesa dia. next time beli ticket kena duduk depan supaya lepas kaki dia. dia kata lain kali naik flight pulak. aku kta seat besor macam ni kau tersepit. naik air asia lagi la hazab kan. ::


sementara tunggu boat
makan kat kedai area jetty.
foxy farah yang suruh makan situ. sedap katanya.
memang sedapppp pun.
terus teringat nasi dagang mak jonet.
mak jonet punya best lagi sebab pedas. banyak cili api. nya.
tapi ni rasa dah tak lari pun. tetap sedap.
aku makan nasi dagang.
lain ada yang makan laksam.
macam best. tapi dah kenyang sangat.





lawak gak situ.
sebab dorang kan cakap kelantan mostly.
so noy tak faham. dia kan blur. aku dapat la tangkap sesikit. tp tak faham gak kekadang.
aku ingat dorang cakap terengganu. mana tau kelantan rupanya.
jonet kata dulu besut ni kelantan punya.
tapi jatuh kat tangan terengganu sebab sultan dia kalah time laga ayam.
oh gituhhh. mana la nak tau. sejarah tak berapa nak terel.












Mr.B masa naik boat ni super takut ok.
muka pucat gilaaaaa.
punya la ketat dia pakai life jacket tu.
dah la memula naik tak pakai.
dia yang mintak orang tu life jacket.
pastu bila aku cakap perjalanan berapa lama. stress dia.
tak suka betul la dia.


:: kuat gila weyh dia grip boat ni. tak lepas ::


:: haha muka takleh blah ketakutan. tangan kiri kanan tak lepas tu ::


:: bukti Mr.B dalam ketakutan. heheh sian dia ::



















then dpd boat besar tukar ke boat kecik. taxi boat
lagi cemas dia.
suruh senyum pun senget2 je.

him : ish sayang. yang ni takda life jacket ke? jatuh nanti macam mana. i tak reti berenang.
me : tak jatuh la. ok je. duduk diam2. tak jauh pun la. sikit je depan tu.
him: takut i.
me : orang boat ni semua pandai berenang la. u jatuh dorang tolong. takda nak biarkan.

sampai je terus ke tempat abang mat.
malas nak carik lain.
dah selesa ngan dia.
kalau tak dorang suruh aku duduk tempat lain.
sebab honeymoon bagai. dont wanttttttttt. nak ramai2.
so aku duduk kat tempat sama.
cuma aku amik jauh punya.
aku amik yang bungalow. dorang amik long house.
bungalow la sangat. hahah tak langsung.

masuk je terus mandi semua.
panassssssss.
sekali dah siap. dengar noy jerit dpd rumah dia suruh keluar.
rupanya ada benda ini. hamagaddddddddddddddd besar.

:: rumah yang belah kanan tu kami punya. nampak tak kaki kami. ;p ::





pic dont do justice.
besar ok. dah rupa buaya aku tengok.
yang MrB paranoid. dia takut masuk rumah.
pastu kata dia fikirkan aku.
masalah aku ok je. dia yang cuak lebih.
macam la benda ni boleh panjat tangga. hahaha.
last time datang takda la banyak macam ni.
tapi this time banyakkkkkkkkk gila. bersepah ok.
siap nampak dorang fight semua la.
then nampak dia berak. hahah scary. macam muntah alien je cara dia berak.



sementara tunggu yang lain siap.
lembab bebenor.
so aku ngan mr.B gerak dulu.
dahagaaaaa.
panas terik. padahal baru kul 10ish rasanya. ;p







:: snickers shake ::

:: onion rings yang super duper sedap. sepanjang kat situ tah berapa kali order. tiap kali lepak kedai tu la. ::


















lepas minum ke makan semua balik bilik again.
nak mandi pun panas sangat kan.
semua tidur except for me.
ye aku ni memang hampeh.
kalau panas berlebihan ni aku takleh tidur.
so aku macam tak tau nak buat apa.
tengok jam je.
elok kul 4pm macam tu kejut semua orang ajak gi laut. ;p



:: noy candid pic kami. yang kelakar tu. jonet mesti ada. pengapit yang menjalankan tugas sampai time honeymoon. hahaha ::




nyampah mandi ngan mr B ni.
dia penakut.
dah la main kat cetek je.
aku pergi dalam sikit dia tak bagi.
tak abis2 kata. dalam tu ja. dalam tu.

me : u ni kenapa? tak dalam la. kalau u berdiri silap baru sampai pinggang u je.

memang betul ok. aaa stress i ols.

:: comel gila. mat salleh ni siap bawak playpen ok. gigih gila. dia letak anak dia situ. dorang sun bathing ke. mandi laut ke. nice kan ::


:: koko & cream ::














towards petang maghrib tu hujan.
then gi makan kat panorama.
sambil tengok movie kat big screen situ.








malam tu dorang pesta.
aku tak dapat join.
Mr.B kata dah kawin takleh join.
kena honeymoon.
sobs.

nanti aku sambung lagi.
ni nak balik rumah papa n mama sat.
nak amik barang aku.
ta-ta

10 Comments:

ceera said... [Reply to Comments]

Ben dah mcm aku, ko mcm ciput. Aku klu mandi laut pun cam ben ah.mandi kt cetek2, kahkah

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

kesian peej.
stress sgt eh?
kalau snorkeling n skin dive lgla mr.B xbg kan?
hahahahhaha~

A.I said... [Reply to Comments]

Aku bleh bayangkan perasaan takuit si ben tu. sebabnya aku pon super penakot giler naik bot! rasa mcm kecut2 jubo! grrrrrrrr...

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Biasanya orang lelaki memang gitu...penakut nye...ingat dia lelaki dialah tolong jagakan kite, ini kite pulak tolong jaga dia...boleh??.hahaha...saya rasa sis, confirm time sis beranak dia tak berani masuk teman...agaknya la...sbb my husband takut dgn darah...darah pun nak takut...pitam ai...

NorMala @ KakakSatu said... [Reply to Comments]

Huhuhu...adik berhunny bunny bwk bodyguard... alolo....sian die kena kepit dgn mr. b.. dia cyg awk tu....

Anne mahli said... [Reply to Comments]

kalau out of 5 stars,brapa stars u vote for pulau prhentian?saje nak tau je ni..hehehe.. cantek lah pantai tu,tempat makan yg tepi pantai tu pun sempoi2 je,best :)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha Ben Ben kelakar betul lah. Jonet kan kesayangan peeja sebab tu lah kat mana ada peeja kat situ ada dia, bab bab honeymoon tu ade jojet kesah, tak kesah kan jonet, u rock lah jonet suka ai tau.

shuweet said... [Reply to Comments]

bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kenapa kat pulau mesti ada biawak eh.. mmg habitat kegemaran diorang kah. *tgh byg mcm mn ko ckp biawak berak macam alien tu.. keh3*

peej said... [Reply to Comments]

ceera - tensi ok. dia nak cetek suka dia la kan. tapi tetiba aku pun dia tak bagi.

szasza - hari tu dia bagi. tapi tak kasi pergi jauh. hampeh sangat.

a.i - sian tengok dia ok. muka pucat ok n tak lepas pegang boat. kelakar gila.

moon - entah la. tapi hari tu dia luka. darah banyak. memang dia panik melampau. drama sangat.

normala - tah la rasa best sikit kot. sebab meriah sikit kan. :)

anne - i give it 5 star. sebab i love perhentian. everything about it. cuma tak tahan sebab panas takda electric tu la. but if u have the $$ to spend. ada je resort yang 24/7 a/c. so lagi best la. :)

aunty - dia memang kesayangan sangat.

shuweet - best sangat. :D

wani - entah la. pelik gak. besar lak tu. gembira betul.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...