Instagram : @peejburhan

Perhentian day 3.

yang email masuk order.
nanti aku reply yea.
sebab aku takda kat rumah sekarang ni.
buku semua tinggal rumah aku.
aku tidur kat rumah papa n mama.
noy nak pergi tinggalkan kita orang sebulan lebih.
so dia suruh aku tidur sini. over sangat kan.

but anyway, boleh tak aku terlupa nak pasal entry yang ni.
perhentian day 3.
takda apa pun sebenarnya.
tapi dah ada pic tu kita share je la yea.

konon pagi nak tengok sun rise bagai.
takda makna. tidur lebih.
tapi jonet pergi sorang siap amik pic.
tapi kecewa dia kata tak nampak pun.
sebab ada awan besar lindung.







hehe sian.
tapi suka lak tengok permandangan pagi ni.
sebab tenang je tak ramai orang.












aku kejut Mr.B bangun awal.
aroung 8pm macam tu.
sarapan sandwich kat  bilik je.
lepas tu mandi laut.
ye la dah nak balik dah.
n konon nak tan la kulit.
tak best la pergi pantai tak tanned.
so berjemurlah.
tapi tak panas sangat pun.
yang dotdot mandi kejap je.
lepas tu tidur kat tikar. heheh.

jahat betul la dia tu.
kat situ kan banyak biawak yang macam komodo tu.
pastu aku main2 bergerak macam komodo dalam air.
dia ikut.
aku kata aku nak dia bergerak macam tu keluar laut sampai ke tikar tu.
sekali dia buat betul2 ok.
dah la time tu ada orang baru balik dpd dive ramai.
dah macam apa orang semua berjalan air paras lutut macam tu.
yang laki aku macam komodo tepi tu. hahahha. tak sukaaaaa.
terus suruh dia bangun macam biasa sebelum dia memalukan diri sendiri ngan lebih teruk.
haih laki sapaaaa la tu.

dah mandi tu.
harus lapar.
merasa kul 11am carik nasik ok. gilo.










time tengah duduk tu nampak 3 orang.
dua lelaki sorang perempuan.
melayu la. yang Mr.B terus, "sayang tengok tu. kira dia pakai macam tu dia kat australia la tu"
haha mulut puaka. perempuan tu pakai topi besar gila n sun glass besar la.
siap pareo bagai. over gak la. tapi lantak la kan.

sekali mmg gen itu poyo.
tetiba salah sorang lelaki tu datang kat perempuan2 atas ni cakap, "do u mind i take a picture with u?"
dah la suara kuat n gaya rasa macam nak tumbuk je budak tu.
pastu terus dia datang kat perempuan tu berdiri sebelah.
kawan laki dia lagi sorang dah ready nak amik pic.
pompuan tu tolak dia, sebab dah jawab earlier yang yes i do mind.
dia tak dengar kot. so again dia cakap.
kalau aku dah malu lets terjun laut.
tapi budak tu tak. kerek gila.
dia berdiri tak jauh.
dia coverline amik pic ngan kawan laki dia tu.
sambil perli2 n cakap kat kawan dia, "do u mind i take a picture with u?" kawan dia jawab, "no i dont mind"
pastu amik la pic berdua.
pastu dia amik ngan kwn perempuan dia pulak.
yang perempuan kemain posing kaki naik kat pinggang laki tu.
badan mcm terbaring siap jelir lidah.
wtf sangat.
pompuan2 omputeh tu pun geleng kepala.
sepuluh kali dorang ulang yang "do u mind i take a picture with u" tu.
kuat2 lak tu. eee saiko.




habis makan sambung mandi laut. hehehe.
cuaca pulak elok time tu.
tak terik langsung. matahari terlindung ngan awan besar semua.
oh suka.
sampai ke sudah yang lelain tak join.
bangun lambats dorang tu.
kul 12pm gerak n kejut dorang.
so bersiap n packing semua.
kul 2pm macam tu pergi makan lagi.











aku tak makan dah.
minum je. dorang makan la.
aku just order onion rings yang super sedap tu je.
then kul 3ish tu gerak.
sebab boat amik kul 4pm.
















sampai jetty kul 4ish pm.
bestnya gerak petang rasa relax.
tak bestnya mostly kedai kat jetty dah tutup.
nasib ada kedai tutup lambat sikit.
so berjam la makan n minum situ.
then gerak ke bas stand.
ada pulak pakcik naik motor kata siapa nak keropok lekor dia boleh bawak.
so ok la. beli keropok lekor.
duduk situ.
bas kul 8pm.
naik memang tidur je ok.
tau bangun makan sekali.
then tau2 subuh dah sampai putra.

kemain ramai abang teksi.
dah la nak charge rm30. padahal tak jauh.
pastu kata kena amik 2 teksi. sebab beg tak muat la apa.
amboi kau over sampai rm60. kosser ok.
so tunggu until 6ish am.
berjalan ke luar dpd hentian putra tu.
amik teksi kat luar tu.
elok pakai meter. tak sampai sepuluh hengget pun ok.
n elok je muat naik teksi ngan semua bag n 4 orang.

hari tu ada ramai email mintak cost ke sana la apa.
aku dah pernah buat dulu masa pergi dulu.
so siapa nak tengok ni CLICK HERE.

aku baca balik the other day.
aku rasa mostly sama je.
takda beza apa.
mcm bilik tambah la lg 5-10 ringgit.
makan minum pulak maybe naik 1-2 ringgit.
lain mostly sama.
snorkeling pulak untuk 5 tempat, charge dia sorang rm30 sahaja.
ok la kan.

serious rasa nak pergi lagi.
tengok la if ramai cuti.
kita pergi lagi yek.
:)


7 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

pasir pantai dia kan halus mulus...

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Seronoknya jalan2 sambil2 tan kan kulit... Tapi memang kuong ajo teksi2 yg main letak harga je...

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

nak ikot pergi lagi peej.
hahahahahahha~
:)

nasaoji said... [Reply to Comments]

haha..peej, baru macam nak mintak cos sgala, skali dah kamu tulis daaa...

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Baru nak tanya budget dah terjawab dah rupanya. Anw,kalau tak silap last 2 week mcm nampak Mr. B dkt LHDN. tak lar gergasi mcm u salu cakap.hehe.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronok nya peeja jalan gi pantai2 ni, uncle kalau kita ajak memang tak nak langsung, dia memang tak berapa suka laut laut ni. Kalau pergi cuti dia suka ke tempat shopping2 je nyampah.

Pengguna Concern said... [Reply to Comments]

http://arizona-1506.blogspot.com/2012/04/blog-post.html

Betul ke?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...