Instagram : @peejburhan

ok takda scary sangat la.

tadi siang pergi rumah papa n mama.
sebab nak uruskan hal tabita.
tapi tak settle lagi. hope by tomorrow semua clear.

since tak dapat buat apa.
tadi aku pergi hardware shop.
beli barang dapur sikit.
sebab aku tak beli lagi segala rak ke apa.
so meja yang ada sempit semacam.
so tadi pergi beli la rak plastik 3 tingkat tu. jadi la. kurang semak meja.
then beli tempat letak pinggan stainless steel tu. proper sikit aku susun pinggan.
then beli la kuali, penyepit, pembuka tin susu tu.
ye la takda proper barang ni kau nak masak pun rasa tersekat ok.
hari tu bantai goreng ayam pakai pan ikea je.
ayam pun tak tenggelam mana. sedih betul haha.
apa lagi beli tah ada la few.
then ingat nak pergi giant pulak beli barang sikit.
tak sempat pun. sebab mata ngantuk.
tidur lambat bangun awal. ;p

then around 8pm jumpa ice n huda kat klcc.
nak jumpa sebelum huda deliver.
tunggu hari je dia tu.
tak silap now dia dah 9 bulan seminggu kot.
wah excited.
dia kata berat naik banyak.
aku rasa sama je dia tu. berut je besar. lain semua sama.
takpa tu cerita lain kali.

nway, bergerak tu dua kereta.
noy suruh aku drive sendiri.
sebab dia tak suka pergi ngan aku.
dia kata aku nanti nak gerak awal la apa.
so suruh aku gi sendiri. keji gila.
abis lepak ajak dia datang rumah aku dia takmo.
sobs.

so bergerak la sendiri.
time tu around 11pm kot.
scary je nak balik. rasa jauh la pulak.
padahal tak pun. tapi bila sorang ni mula la awan terpilu sangat kan.
sambil drive sambil fikir.
ish balik karang mesti rumah gelap.
sebab tadi gerak siang. ni dah lewat.
lepas tu kena stop kereta. bukak padlock kat gate.
masuk kereta. then kunci balik.
mesti sunyi. takutnya if jadi apa.
pastu terfikir berapa eyh nak pasang automatic gate?
hahahha over tak. rumah sekangkang kera tetiba nak automatic gate bagai.
untuk keselamatan diri.

dah la sebelum balik Mr.B menakutkan aku.
dia kata jangan balik.
tunggu dia balik kerja baru aku pun gerak.
hoih kosser aku.
dia kata risau dia baca kes pecah rumah la apa.
aku sorang. eeeeeee. elok tak berapa takut jadi takut gila ok.

tapi takpa. gagahkan diri.
elok sampai rumah berhenti depan gate.
tengok rumah depan ramai gila orang.
keluar je dpd kereta terkejut.
tengok semua pandang atas.
tengok atas rupanya ada musang tengah jalan atas cable telefon.
bebetul atas kepala aku. tepi sikit je.
bukak je gate. alah takda apa kan.
tengok dia turun kat wayar telefon yang ke rumah tu.
nasib lepas tu dia turun kat bumbung rumah sebelah.
phewwww.

sambil bukak gate sambil dengar rumah sebelah abang wilcha karaoke lagu melayu asli.
jeling tengok.
tersenyum.
atleast dengan adanya abang wilcha.
aku takda la rasa area ni sepi sangat kan.
rumah dia terang. bukak sliding door semua.
meriah karaoke bagai.

ni tengah online dpd tadi ni.
bising kat depan.
jenguk kat tingkap (ye aku sekarang makcik tingkap sangat) tengok ramai student cina main badminton kat jalan depan rumah. nice.

tapi dah after 12 ni sepi balik.
dah la tadi baca blog green apple.
boleh pulak dia cerita mistik.
tak berapa nak kelakar la rasa. pfffttt.
pastu aku terdengar2 lak ada something kat porch ni.
jenguk takda apa. paranoid dah ni.
not loike.
maybe musang or kucing kan.
ye. mari fikir positif.

kena tidur awal ni.
sebab esok nak kena bangun awal.
macam la boleh tidur awal pun.
tapi ada nasi tu. macam nak buat nasi goreng.
tapi aku takda la lapar pun.
but if goreng mesti Mr.B suka je nak makan.
takpa tengok macam mana.
tunggu dia balik. if dia nak. lets la masak tetengah pagi ke apa.
sementara lets tengok tv pastu tertidur.

ta-ta.

5 Comments:

cekodok said... [Reply to Comments]

peej..satu tips.dulu pon selalu balik lambat..if mampu,letak je gate elektronik tu..keselamatan lg penting..tp kalau letak pon kena hati2 jugak..masa masuk kereta tu, tgk dari mirror kereta if anyone follow masuk diam2 ke..and jgn keluar dari kereta selagi gate x tutup balik. if x pasang gate elektronik pulak, matikan enjin kereta, lock, then baru keluar bukak gate. takut nnt orang masuk curik kereta senang2 je..handbag jangan tinggal dalam kereta.bahaya.kena selalu hati2 walaupon leceh.better leceh dari menyesal.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha kitorg pun dok kwsn perumahan biasa rumah teres je.. tp jiran seblah tu ada gate automatik :DD kitorg ni je yg bukak cara manual. dah la pagar tu selalu jatuh sebelah. kalau jatuh sebelah, nak masukkan kereta xdapat sebab pagarnya bergerak. kena la sendal pasu bunga pulakk.. lolx.

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku setuju dgn cekodok punya komen tu. memang kena sll aware..sekarang ni mana2 pon x selamat. agaknya tu la org sekarang ade prefer beli kondo/apartment even umah takde tanah at least ade security tp tu pon still kena hati- hati jugak...

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Macam2 sekarang ni kan...so hati2 ye sis...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja kalau takut buat apa yang perlu, jangan jadi aunty dah kena baru nak pasang alarm bagai, nak buat tak kira rumah besar ke, kecik ke yang penting keselamatan diri.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...