Instagram : @peejburhan

Nikah Video

Dah ala-ala tak pengantin baru, baru reti nak masukkan. hahah.
sebab video ni ice amik.
so nak jumpa tu memasing busy. tu tak transfer tu.
hari tu baru dapat la.
yang jumpa last time tu.
tapi baru upload. so boleh la share sini ye.

actually ada few video lagi.
ada satu tu. sebelum nak nikahkan.
papa sempat toleh kat aku, pastu muka sedih dia lambai.
haih. saje bagi orang emosi tau.
satu lagi ada time taklik ke apa namanya tu.
Mr.B membaca tu. tah apa dia sedih sangat.
siap sebak n nangis.
aku tak berapa dengar. so aku tak rasa apa la.
dia yang emo lebih.
aku kat belakang tu siap sembang n tak sabar nak kasi sarung cincin. hahah.
dasarrrrrrrrrr.
oh btw, aku malas nak upload video2 lain tu. ;p

aku selalu tak faham kenapa orang nak emo time nikah.
patut happy la kan.
sekaliiiiiiiiii. aku pun sama.

bukan apa.
sebab papa tak pernah cakap dia nak nikahkan.
lepas kena stroke 2 kali. percakapan tak lancar sangat la.
ada yang tak jelas n all.
n kadang2 tersedak la apa.
so dia kata tak pa lah. tak payah.
sekali time hari tu. papa yang nak nikahkan.
so terkejut la kan.




tapi bukan aku je yang bergenang air mata n sebak
almost semua kat situ pun sama.
sebab time nikahkan tu. papa mpunya suara sebak n siap muka cembeng lagi.
tak pasal semua pun emo situ.

mama ada cerita.
rupanya before kahwin.
few times papa duduk berdua ngan Mr.B sembang.
cakap pasal kahwin n all.
siap cerita dia jaga aku dpd kecik sampai la sebesor ni. heheh.
mama kata dah la session dua-dua menangis. 
aku dikelilingi lelaki-lelaki sensetip. ;p

apa-apa pun semua selamat ngan sekali lafaz.
in few days time genap 2 bulan kawin.
baru 2 bulan? long way to go ni.
oh gambar dah dpt from official photog.
tapi tertinggal lak kat rumah papa n mama album n cd.
nanti dah amik aku upload bila rajin. :)

ok tu je.
selamat hari jumaat semua.

16 Comments:

Rinah said... [Reply to Comments]

Ya Allah, nyesal aku tengok video nikah tue.
Tak pasal2 nangis sorang2 kat opis =.='

susumanis said... [Reply to Comments]

syahdunyerr, besst nanti anak cucu leh tgk precious moments nih, kl gegadoh tgk balik sure tangkap sayu, every annnivesary leh la tgk balik kan peej, teman x do ni, gamba je ado,huhuhu

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Betul tu kan.. Dulu pun mcm pelik apa yg sedihnya? Kan nak kawin.. Sekali time ko nikah, baru ko tau knp sedih.. Hehhee..

Anne mahli said... [Reply to Comments]

touching la peej.. :')

Taty Hasbi said... [Reply to Comments]

x dpt tengok,tp nk tgk jgk...Teringin sgt nti klu kawen nk suh bapa yg nikahkan..msti lg syahdu kan...hikhikhik...

Anonymous said... [Reply to Comments]

huaaa sedih! aku pon ayah yg nikah kan sedih sgt lebih2 lg kat jhr ada penyerahan taklik antara mak dan anak..huaaa yg tu lg sedih sbb ada dialog dia "ibu halal kan susu bdn ibu selama ni"..huaaa!
*(terpksa smbnyi sebalik pc takut mber opis nmpk aku nanges)

Fieza a.k.a ibu Azwar Qaiszar dan Maria Dayana said... [Reply to Comments]

sedihnye..w.pon tgk tapi tak dengar suara (sbb pc takde speaker) tapi terasa kesehannye tu..huhuhuhu

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

may be sebab perasaan nk melepaskan anak tu yg buatkan sebak kan. tp lepas kahwin insyaAllah dapat jumpa lagi :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam p, aku terus nangis bilatgk video nih. suara dah cembeng nk nangis..

dia ckp dgn ben tu slow talk fr one man to other. meaning aku jaga anak aku yg terbaik sebesar tu til now. so i expect you take over n do better n never to harm her ..indirect but for sensitip person shld know la...

Aracy Flavia said... [Reply to Comments]

So much emotions! Haih. Berlinangan air mata sudah aku.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Dua dua lelaki sensitip yang baik hati dan rajin,bertuahnya badan.

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej terharu tengok video ni. Sedih dah la saya tak de ayah nak nikahkan kalau saya nak kahwin nanti. Anyway tahniah kat awak sekali lagi.
Saya yang bernama Noorghafura :))

Azza Azman said... [Reply to Comments]

peej pakai tudung putih tu macam nora danish dalam tentang dhea... peej sgt cantik anggun bila pakai macamni..

saya pun nak papa saya nikahkan!!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Serius sebakkk...tp aku pelik gak sbb ms adik bradik aku kawin mmg aku sebak gini...tp bila turn aku senyum memanjanggg...happy gilerr or rather gatal gilerr nk menikohh..

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

MMG GITU PEEJ
hana dulu pun berpikiran sama
ehh nak kawen pun nangis kah?
patut happy senyum ma

sekali bila kena turn sendiri mmg sebak..
ayah kita sedih sebab nnt kita buka tanggungan dia dah..
ibarat serah anak pada suamikan
ayah hana nangis masa nak sign surat nikah
woii sedih oii

shuweet said... [Reply to Comments]

aku lum upload lagi gambo masa g wedding ko..hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...