Instagram : @peejburhan

Menu hari minggu.

bangun tadi cara menggelupur.
sebab tetiba Mr.B kata cousin dia datang.
aku tidur kat ruang tamu. situ sejuk sikit la.
tak kelakar ok bagi tau last minute macam tu.
dah la pakai baju tak semenggah.
melompat angkat segala bantal n comforter semua.

duduk kejap.
then call poslaju pick up service tu. kasi pick up parcel tabita n ephyra.
sementara tunggu datang tu.
terus masak. kesian Mr.B lapar.

menu biasa je n masak sikit je pun.
sebab berdua kan.
kang masak banyak tak abis sayang pulak.
tapi simple n sikit pun sejam kat dapur.
tah bila nak express tah.

so menu hari ini ialah.

:: kurma daging n kentang ::

:: hati goreng berlada ::

ye laki den orang minang.
kalau boleh hari2 dia nak makan sambal macam ni.
tapi gila apa jemu la kan.
selang sehari ok la.
kelmarin aku masak ayam goreng berlada.
semalam buat asam pedas.
mama kata, "bukan laki kau tak makan ke macam ni. kenapa tak buat sambal untuk dia?"
me, "argghh mengada. makan je la apa orang masak. kena la belajar makan masakan lain. kasi adjust la."
tapi nampak semalam ok je dia makan. :)


:: sayur campur ::

ikutkan aku nak masak dua lauk tu je.
penat laaaaaa.
n aku ada perangai yang suka makan sayur tapi malas gilaa masak sayur.
dulu selalu if masak. part sayur aku suruh noy je buat.
ni dah takda. kena la buat sendiri.
oh ni pun decide masak sebab memikirkan kat fridge masak sayur.
tak masak kang rosak lak.
n keji gila makan dua lauk tu je kan.
patut boleh goreng telur dadar. tapi dah malas. hahah.
tapi takpa. telur takleh makan hari2. kolestrol tinggi.
ewah kolestrol konon. badan rupa macam kilang kolestrol banyak cerita pulak kan. kahhh.

:: asam pedas ayam ::

semalam punya. still elok.
aku jenis tak makan lauk semalam. haha keji kan.
tapi Mr.B ok. so syabas. :D

filla mintak resepi asam pedas ayam ni.
nanti aku rajin buat.
aku bukan reti nak bagi term proper.
nanti asal faham je la yea. ;p

Alhamdulillah kenyang makan.
tapi rasa kelakar.
macam masak. pastu makan berdua.
hahaha 'suami isteri' sangatttttttt. hahahha.

rasa nak kemas rumah la.
tapi malas.
bukan kemas apa pun la.
nak vacuum rumah.
n mintak tolong Mr.B mop kan ke apa.
tp macam malas.
takpa la. mandi n berehat je la.

ok tu je.
ta-ta

6 Comments:

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

wah! dik.. laki akk pun org minang.. ben org mana? huhuhu.. tah2 sedara.. ttg kolestrol tu kan.. org beso x semestinya kolestrol tggi tau.. akk hari tu buat yearly MC.. kolestrol rendah dari normal.. siap ada part2 yg bwh border.. hahaha.. smpi doctor ckp kena makan itu ini untuk normalkan paras.. ko tau jelahkan.. akk pun x caye.. akk kan lemari tiga pintu.. huhuhu..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku nk resepi kurma daging tu jua....hehehhe!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja asam pedas ayam orang Johor kan taruk sikit daun kesom dan bunga kantan, masa tumis lada tu kan letak kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang tak payah banyak agak agaklah kayu manis sebatang je, pelaga dalam tiga biji, cengkih 4 biji dan bunga lawang 2, cubalah sedap aunty bagitahu ikhlas ni.

Azza Azman said... [Reply to Comments]

ayam masak pedas tu sama ke dengan ayam masak merah ek? tapi peej punya macam letak santan sikit.

Nanie@NMS said... [Reply to Comments]

Salam anakku,

Sambal goreng hari2 pun tak jemu sebab memang sedap.
Varietieskan masakan dgn sambal goreng..
Ikan, ayam, hati, daging, bilis, kentang, terung dan banyak lagi..hihihihihi
mama sendiri pun tak jemu..sedapppp

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kan ko dulu ada buat resipi asam pedas ikan yg supersedap itu. haa readers boleh la rujuk resipi yg tu kan. sedapppp :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...