Instagram : @peejburhan

malas pulak nak bergerak.

ikut plan weekend nak lepak rumah mama.
tapi ni dah pukul 3pm still melekat kat rumah.
semalam tidur lewat.
after subuh baru tidur.
sebab Mr.B balik kerja lapar pulak.
haiyoh. padahal boleh je makan kat tempat kerja tu kan.
lauk memang ada. tapi nasi takda dah.
kata periuk kecik uol.
so pepagi masak nasik.
masak lebih plan sarapan boleh buat nasi goreng.

takda makna nya.
tadi dua-dua bangun dah nak tengah hari.
aku tidur kat living hall je.
sebab situ tak panas macam dalam bilik.
redup pulak cuaca. tu yang best je tidur kan.

eh dah berapa hari tak hujan kan KL ni?
ke tempat lain hujan. area rumah aku je tak hujan.
pagi semalam ada la hujan sikit. renyai je. n tak sampai 10 minit kot.
pftttt. membayangkan hujan lebat terlampau. baru sejuk sikit rasa kan.

nway, dah selamat masak nasi goreng pun.
nasib Mr.B tak cerewet. dia makan je.
memang fav dia pun nasi goreng kampung. kemain bertambah makan.
lepas makan je cepat2 chop kata nak guna pc. heheh
kalau dia guna nanti lama kena tunggu.
dia suka main game.
ni sambil guna pc, jenguk ke luar. dia tengah mop porch depan.
rajin tak bertempat. motip porch pun nak mop kan. ;p

nak kena keluar sebenarnya.
sebab ada few benda nak beli untuk rumah.
ala takda apa. macam benda-benda yang lupa beli.
nak tambah tong sampah sana sini.
nak beli plastik sampah, nak beli pemegang periuk tu, berus dawai nak cuci periuk.
beli ubat nyamuk ke. gitu2 la.
sikit2. kena tulis la nanti aku lupa.
lain yang beli.

malam kang jonet kata nak datang singgah.
tak tau la jadi ke tak.
sepi je aku tengok.
ke minggu depan dia nak datang? entah.
apa-apa la. selagi takda apa ni kita relax je la kan.
kalau bosan karang baru gerak. :D

ok tu je.
ta-ta. nak mandi la.
ye tak mandi lagi. hahah.

8 Comments:

cekodok said... [Reply to Comments]

cambest je hidup berkahwin ni...bestnya.bestnya.nak kawen jgk.

Ibu Ilyanie(s) said... [Reply to Comments]

hi pija... jemput g blog saya.. n folo :D...thanks in advance!

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Jap lagi sampai lah Jonet tu, bawak bertenang.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

nasi goreng la sedap. i laf nasi goreng!! xD

Azza Azman said... [Reply to Comments]

nanti tak nak bagi boring suruh husband beli buku motivasi Aku Terima Nikahnya.
popular buku tu, saya tak kawen lagi dah baca *wink wink* sbb best dan kelakar. lets try!

peej said... [Reply to Comments]

cekodok - best ke? best sebab ada orang yang sayang seadanya la. but tak best bila terpisah from family. tsk.

ibu ilyanie - thanks for the invite. Insyallah.

aunty - kesepian tu yang tak bertenang tu.

wani - senang n sedap. ehhehhe.

azza- sejak ada dunia blog. dah lama tak baca novel ke apa semua tu. tak tau la still rajin ke tak.

Azza Azman said... [Reply to Comments]

huhu saya pun sama lah gak... main tenet je manjang, pastu lagi teruk TV pun tak layan dahhh... mistik sungguh.

cekodok said... [Reply to Comments]

best la..sy kat sini..kesayangan jauh.family jauh..cakap dgn dinding sajork...tgk bola pon loncat sorang2.sedih.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...