Instagram : @peejburhan

makcik tingkap.

masa duduk rumah papa n mama.
aku n noy kan kuat merayap.
tak kira masa.
kadang-kadang keluar tu, nampak la ada some jiran yang selak langsir tengok.
paling over maid depan rumah ni.
dia sukaaaaaa gila tengok kita orang.
jaga anak sambil tgk kita orang, sapu sambil sikit2 tengok, jemur baju ke.
rimas gila.

tapi tapi tapi. sekarang aku dah jadi macam tu. hahaha.
bunyi sikit aku jenguk tingkap.
sebab pc. aku letak dekat ngan tingkap.
bukak sikit je. ada bunyi aku selak blind tengok. hahaha.
aku dah menjadi makcik tingkap ok.
boleh geng ngan abang wilcha sebelah. ;p

malam kelmarin tetiba dengar bunyi gate bergegar.
ingat jiran. sekali jenguk tengok papa, mama n cousin aku ariya datang.
happy gila time tu.
hilang segala kesunyian.
day 1 tu serious aku depress ok.
siap nangis sebab home sick.
bukan home sick la. tapi rasa sepi sangat.
sebab dah biasa meriah. 
bangun tidur online. then turun bawah akan nampak mama main laptop dia.
pastu senyum suruh makan masakan dia.
makan sambil dia teman kat meja makan n sembang.
then if ada movie best tengok sesama.
papa pulak jenis banyak cakap. ada je dia nak cerita.
ngan suara kuat dia.
pastu kacau noy la apa. kena maki ngan noy.
meriah sangat.
ni kau sorang. tu rasa nak pitam tu.

so dorang datang tu. sembang la apa.
tapi kejap mama kata dia ngantuk. terus masuk bilik tidur.
sembang ngan papa je la.
later noy lak dtg. kejap tu papa pulak tertidur.
then ariya. wah suka.
walaupun dorang kata tidur kejap.
tapi aku biarkan je. biar la nak tidur lama mana pun. happy sebab rumah ada orang.
then later Mr.B balik dpd kerja.
sembang ngan noy.
noy je gerak. pun dah lewat tah pukul berapa pagi.
dia taknak tidur rumah aku sebab panas gila.
memang panas pun. if tidur confirm mandi peluh.
takpa ada duit nanti letak a/c :D

sampai esoknya dorang stay rumah aku.
macam-macam la dorang buat. oh suka.
then semalam sepi balik.
tapi ok dah kot. boleh adjust dah.

tapi tu la malas je nak buat itu ini.
especially masak.
sebab rasa takda mood nak masak takat aku ngan Mr.B je nak makan.
dia pun akan makan sekali je time petang.
lain dia makan tempat kerja.
ikut aku maggi pun ok je.
tak pun order apa-apa.

ni dpd pagi aku tak makan apa lagi ni.
makan roti je baru.
tu pun sebab takut perut angin. ;p
rasa nak makan maggi je.
tapi cakap kat phone tadi Mr.B suara macam emo je iol taknak masak.
fineeeeee.
terus masak nasi tadi.
lauk tak masak lagi ni.
sat lagi la.
tak sure nak masak apa.
aaaaaaaa malasnya.
tapi tak masak aku jugak yang lapar sat lagi.

lepas masak n makan nak buat apa eyh?
nak kemas rumah takda apa nak kemas dah.
elok semua dah teratur.
vacuum sudah. mop pun dah.
mama suruh aku develop hobby.
gardening ke. buat cake ke.
merepek. buat cake pun takat berdua nak makan buat hape.
gardening aku tak reti. takat siram bunga aku reti la. garden aku pun penuh sebab mama tanam macam2. heheh.

astro pun tah apa cerita je ada.
aku rasa cerita kat hypp tv lagi best n latest dpd astro la.
tapi tu la. astro ni aku suka channel E n astro warna tu.
if boleh amik 2 channel tu aku dah amik dah. save duit.

ok la. tu je bebel dpd perempuan kesepian.
nak masak now.
ta-ta


11 Comments:

~BEE~ said... [Reply to Comments]

Peej,maybe ada betulnye apa yg mama Peej ckp tu...maybe mula2 hobby buat & deco cake lps tu tiba2 bleh la hobby tu jd business...mana ler tau kan...:)

JembalCastle said... [Reply to Comments]

hai peej...dulu pun i rasa macam tuu masa mula-mula kawin..bila tinggal sorang rasanyee lain macam, so memang kena sibukkan diri..buat laa apa-apa. bila kita tak buat apa-apa macam-macam fikir...tapi dah lama-lama ok laa, dah lama sikit ok lah tuuu..

JembalCastle said... [Reply to Comments]

hai peej...dulu pun i rasa macam tuu masa mula-mula kawin..bila tinggal sorang rasanyee lain macam, so memang kena sibukkan diri..buat laa apa-apa. bila kita tak buat apa-apa macam-macam fikir...tapi dah lama-lama ok laa, dah lama sikit ok lah tuuu..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kta rs maid jiran ko tu baca blog ko la.. jd dia suka stalk2 ni.. HAHAHA. tu la kan, bila da biasa ada family meriah2 ni mesti rasa kepelikan bila dok rumah sendiri. tak pe nanti esok2 ko dah ada family sendiri mesti meriah jugak u'olls. lolx

cik penyu said... [Reply to Comments]

Ai.. sy silent reader..Errr kak..xnk try bce novel ker?

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja ingat kan aunty je meroyan siap nangis rindu anak2 semua rupa nya peeja pun macam tu.. Memang bila kesunyian tu kalau dah tahap melampau siap boleh sendu sedan ok.
Tapi kita kan wanita2 kuat yang terpileh melalui hidup macam ni so kita redha je lah. Kalau macam aunty ni anak anak siber dan kawan2 siber banyak bagi semangat so terhibur lah hati ini tak banyak sikit pun jadilah.

NorMala @ KakakSatu said... [Reply to Comments]

Adik cuba cari hobi yg boleh jd duit.. Means.. Mcm menjahit baju ker.. Jahit labuci.. Menggubah hantaran.. Apa2 yg mendatang kan duit.. Dan paling penting membunuh kebosanan.. Kah2.. Membunuh la sgt.. Hehehe..

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

kalau aku

aku tido. hahahaha.

Nanie@NMS said... [Reply to Comments]

Malas masak? Jgn gitu, masakkan air tangan isteri membuatkan erat kasih sayang, so do not malas2 hokay

Azza Azman said... [Reply to Comments]

hmm kalau macam tu amik je kelas tarian ke fitness ke. tak pun buat depan laptop. ce tai Zumba kat youtube, best wo goyang buntuitt. kalau nak kelas proper kat UIA gombak ada kelas, orang luar ramai join.

tapi memang bosan pun masak setakat untuk sorang. dah la kita tak leh makan byk kannnn... ish boring gak duk sensorang ni. tak motivasi nak buat apa pun.

peej said... [Reply to Comments]

bee - tu la kan. tengok macam mana. buat masa ni macam malas je. hahaha.

jembal - tu la kan. ni pun tengah adjusting. dah start ok n boleh terima kenyataan. heheh.

wani - tu la kan. nanti2 ok la kan.

penyu - dah lama tgglkan dunia novel since baca blogs je. takpa nanti akan try balik. banyak je novel tak berbaca tu.

aunty - time ramai update ok la. if takda tu yang sangap tu.

normala - ada plan jugak. but kena pergi kelas semua tu. so nanti2 la kan.

rye - tu la pun yang aku buat pun. sampai dah takleh nak tidur. keh keh.

mama - baik boss.

azza- ok gak tu kan. banyak sangat masa terluang ni. akan check out. :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...