Instagram : @peejburhan

express meet up.

tangguh dulu cerita honeymoon.
sebab malas gila nak transfer pic yang banyak gila tu.
nak watermark semua.
so tu later.
ala bukan ada apa sangat nak tunjuk pun kan.
tak tengok pun takpa kot.
macam tak perlu je update. ;p

nway. minggu yang honeymoon tu.
aku dapat fb msg daripada kawan aku murshida.
siapa baca blog aku lama tau la kot.
murshida memang jarang masuk blog ni.
tapi dia adalah kawan baik daripada aku sekolah rendah.
lama gila kan.
time dulu dia jiran belakang rumah aku.
so petang-petang mesti pergi rumah dia main barbie doll.
lepas tu naik basikal ke sana ke sini.
then main roller blade sesama.

then sekolah sesama masuk ampang girls.
sebab dua-dua pun even dapat 4A masa upsr. tapi malas apply masuk sekolah ok.
so masuk je la mana boleh. heheh.
rupanya dalam diam papa apply suruh aku masuk mrsm.
so march aku masuk mrsm. tinggal la dia kat ampang girls.
tapi dia rajin bagi surat kat aku masa mrsm dulu.
so dia cakap la dia n family akan migrate ke UK. so may dia pergi.
so kita orang berutus surat je la.
kawan-kawan mrsm aku pun dah tau if dia bagi surat.
mesti daripada pintu depan sepanjang corridor jerit kata murshida bagi surattttt.
dua tahun sekali mesti dia akan balik if kat sana cuti sekolah.

sekarang je kurang. sebab dah kerja kan.
if balik pun mesti kejap sangat.
sekarang dia duduk brussel, belgium.
before this kat spain.
dia kata by next year dia nak balik ke spain.
sebab spain lagi best.

daripada kecik jugak la dia dok ajak aku pergi jumpa dia kata sana.
kat mana-mana la dia tengah ada.
tapi takdok duit ah. sebenarnya boleh je kumpul n pergi.
dah katanya pemboros.
takpa. ada rezeki one fine day nanti pergi la kan. ;p

nway sambung, dapat msg dpd dia.
kata dia akan datang KL.
on business trip. so takkan lama. dalam 3-4 hari macam tu je.
so dia nak ajak jumpa.
dia pulak tak bagi tau exact date.
so aku assume minggu aku pergi honeymoon tu.
aku kata aku free ahad je. so ajak dia breakfast or brunch je.
malam ahad tu dia nak balik.
so ok la.

sampai la ke hari tu.
aku sampai KL kul 7am.
buat itu ini. kul 10am tertidur.
leka itu ini. so tak jumpa la.
tengok dia pun takda msg or call ke apa.
so anggap takda rezeki nak jumpa je la.

then few days lepas tu.
tetiba noy kacau aku tidur.

noy : pijaaaaaaa. murshida ada la. dia baru balik la. kau kata minggu lepas. ni saya tengok ada kat fb. dia baru balik la.
me : huh?
noy : ye la. saya comment kat pic dia. dia siap cakap kita nak jumpa ahad ni.
me : ye ke? ok.

tidur balik. haha.
ingat mimpi.
rupanya memang ye.
yang aku pun assume dia balik minggu sebelum tu.
communication fail betul la. heheh.

so ahad tu plan jumpa.
jumpa kat curve sebab dekat area rumah dia.
senang dia nak balik.
sebab petang dah kena pergi airport.
janji breakfast or brunch la sangat.
takda makna ok. boleh ke aku bangun awal?
haha. last2 12ish baru jumpa dia.
marah je dia. sebab dia on a tight schedule.
kita orang boleh slow kan. heheh.

sebab lambat sebab papa suruh Mr.B ikut.
memula malas bawak dia. sebab nak gossip best sikit.
lelaki kan bosan benda-benda macam tu.
tapi dah papa kata pengantin baru kena la selalu sama.
n time ni la kenal ngan kawan-kawan masing-masing la apa.
so ok la. padahal dia dah kenal pun murshida sebelum ni.
but lupa la kot. time jumpa tu masa murshida balik back in 2005 tak silap.

so Mr.B ni sepuluh kali suruh tukar baju tapi tak gerak.
sibuk kemas depan n dapur.
tak habis-habis, "i sian kat mama. mama tu sakit. i tolong mama"
ok. baiklah. good for u.
kami semua agak pemalash. ;p

so pecut kereta. n nasib tak susah dapat parking.
so jumpa la murshida.
plan asal nak lepak chocolate. sebab noy nak fondue la apa.
tapi time tu nak dekat kul 1pm kan.
harus lapar.
so tukar plan ke waroeng penyet.



seronok la murshida makan.
suka dia ngan tempe. kelakar la perempuan tu.
dia ni duduk je luar negara bertahun.
tapi still boleh cakap melayu.
takda la slang ke apa.
tapi kadang-kadang salah la melayu dia tu. lawak.
ikut suka dia je nak cakap apa.

ingt lagi dulu.
dia dengar aku n noy cakap cibai.
dia gelak-gelak.

noy : awak tau ke cibai tu apa?
murshida : omg noyy. of coz i know.
me : a ah. cibai tu apa?
murshida : tau la. its like a chili right?
me : hahaha. suka hati kau je.
murshida : ye la. its chili. but bahasa kedah.
me : tu cabaiiii la.
noy : hahaha.
murshida : omg. no? i thought cili. then what is cibai?
us : cibai ni .........
murshida : hahahhahahaa. imagine i balik kampung i cakap to my wan, wan nak cibai? hahahhahaa

kelakar ok.
ada la banyak lagi.
tak ingat pulak.
hari tu pun ada jugak bahasa-bahasa pelik dia guna.


:: gambar post honeymoon. tan tak iols? dayang senandung sangat kan. kemain hari tu siap pakai tanning oil. kat sana rasa lawa. sebab pakai lotion bagai. balik sini. if tak make up horror ok. ok make up pun horror. sebab kelabu asap. sbb kata make up aku untuk kulit time cerah. ;p ::





:: rajin pulak Mr.B amikkan pic. orang suruh amik dua. dia tak stop-stop. layankan je ::

:: pic ni kelakar. patut candid. tapi last noy sorang je pandang lain. hahhaa. mcm sewel ::


tak lama pun kat sana.
rasanya sampai kul 3pm je.
then kena gerak sebab murshida dah nak kena gerak kan.
around 5pm dah nak ke klia.
so kita orang hantar dia ke rumah.
nasib aku tau la sikit-sikit area kota damansara.



tengok la tu. mr.B tak stop-stop amik pic.
siap nak turun escalator dia suruh pusing. kelakar ok.
dah la dia jenis cakap kuat, "ok 3, 2, 1......."
*segan*



:: nak jalan pun tak senang. dia jalan laju-laju kat depan amik pic lagi ::


:: noy n murshida suka je. aku kan kayu n pemalu. so buat biasa je konon. padan muka rupa batu belah batu bertangkup di situ ::

lepas hantar murshida nak terus balik.
sebab memasing letih pun.
tapi boleh lak salah masuk jalan berkali-kali.
kan jalan depan yang ada penchala link semua tu dah buat baru.
bersimpang siur.
salah masuk simpang terus kau tak dapat masuk.
so berpusing la.
elok nak pusing jalan jam gilaaaaaaa area ou tu.
noy terus kata jom gi ou la.
Mr.B ikutkan je.

noy bawak gi kedai apa tah.
barang rumah la.
dia ada beli bantal. super lawa bantal tu.
aku kata aku nak. but not now la.
perempuan pemaksa suruh jugak beli.
tapi ok la. sbb time tu tengah sale. so beli. :D
suka.


kesian tengok Mr.B ni.
kemain lagi. hhehehe.
noy semalam masuk kan dalam fb. siap tag aku.
dah la orang spekulasi aku dah pregnant.
no ok. no!
tapi Mr.B ni langsung tak coverline. bawak bertenang la sikit kan.
ada sekali tu aku keluar ngan dia. dia ajak masuk tengok barang baby.
aku dah macam, nak buat apaaa?
dia kata nanti kita ada baby. senang la.
terus bengang, hello mengandung pun tak. motip nak tengok barang baby kan.
time honeymoon pun macam tu.
aku takleh nak buat apa. nanti dia kata, "sayang mana boleh buat semua tu. saya kan pregnant"
e ehhhhh. bila masa pulak ni?






panjang gila dah rambut aku kan.
aku nak potong.
tapi noy n Mr.B tak bagi.
ikutkan nak pendek mcm murshida tu.
tapi kang horror pulak rupa aku.
so ingat nak trim bawah la.
dah tak elok pun rambut bawah tu.
dah la gugur. tak lama lagi takda langsung tinggal kang.
tengok la macam mana.
tengok kat pics atas ni nampak ok pulak rambut.
tapi bila tengok live rasa macam akar kayu je.

:: murshida bagi belgium chocolate. ::


ni pulak untuk rumah. 
hand lotion n hand wash.
kemain hand wash laura ashley.
macam sayang je guna. haha matiklah kedekuit kan.

rasa tak puas je jumpa.
takpa. next year kita orang suruh dia bagi tau awal bila dia balik malaysia.
so boleh plan bercuti sama-sama.
harap menjadi. kali ni suruh bawak boyfriend spanish dia sekali. gaagagaga.

in a way aku suka dia kat luar negara.
sebab aku rasa sebab ni la friendship kita orang bertahan.
aku rasa if dia kat malaysia, mesti dah tak kawan.
dia marah je aku cakap macam tu.
tapi ye la. dia macam upper class sikit. harus nanti kawan dia best-best je.
mak batu belah uolls. biasa aje kan.
ke aku yang emo lebih? ;p



10 Comments:

Norasiah Nasir said... [Reply to Comments]

peej comel...hehehhee..Peej beruntung ..murshidah sentiasa igt peej..

jgn emo2..nnt mr b bwk msuk kedai baby lagi kang..hahahaaa..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

kali ni dia bussines trip ye balik Mesia, baru verangan nk tgk bf spanish dia tu sbb aku igt dl ko ade ltk psl bf dia yg kental hot hot tuu...hehehehhe

susumanis said... [Reply to Comments]

best lps lunch heavy giler baca peej nyer posting yg super santai ni..tq peej

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Beruntung peeja ramai kawan setia, murshida ni nampak orang nya pun baik semuga berkekalan lah persahabatan ini.

Hahaha Ben ni kelakar lah maybee dia teringin sangat nak anak kot tu yang buat dia terlebih sikit, ok bagus lah tu.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

best la ada best friend yg stay best friend sampai kita besar, kan. ingat zaman belajar dulu2 pun zaman berutus2 surat dgn best friends. seronok la time tu. zaman ni tak de dah. semorg sibuk dok pakai fb :P

Nanie@NMS said... [Reply to Comments]

Salam Peeja,

huhuhuhu mama miss her so much, next visit please bring her home so that mama can hug her tight

mamasuri said... [Reply to Comments]

ibarat aku peej..bila chat fb ngankwn lama..mcm baik giler..bila jmp depan2 aku jadi blur..awat lah aku camtu..huhuhu...betulah..sekali sekala jmp ok..kalau selalu ..lain jadinya..

Noor Diana Tumpang said... [Reply to Comments]

heheheh lama tak jenguk blog nih, first time tgk pic mr b...senyuman u all sama

peej said... [Reply to Comments]

norasiah - tu la kan. boleh je if dia nak buat tak tau kan. ;p

buyui - hahha tu la. takpa. next year kot. mesti best. dah la cakap spanish kan. kelass.

susumanis - glad u enjoy reading.

aunty - tu la. ye dia memang jenis sweet n baik. mostly kawan2 saya macam tu. saya je ala2 garang. heheh.

wani - sama la. kita org pun dah tak bersurat semua ni. skrg pakai email n fb je.

mama - tu la. kena dia cuti lama. takpa if dia dtg akan ajak dia ke rumah.

mamasuri - aku if tak rapat pun macam ni. tapi yang mmg bff ni. even tak jumpa bertahun pun still mesra je.

diana - sama ke? ye la kot. heheh.

shuweet said... [Reply to Comments]

hehehe..si hubby mu tu cam hubby ku jua kene nak amik gambo kite je...sambil jalan pun sangguh die jalan laju2 depan nak snap gambo kite2 nih..hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...