Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : bilik fellow kejiness dan lain-lain yg kejiness di kolej kediaman

assalamualaikum. hi, peej! xD

ahha baru berkesempatan nak cerita pasal expose mistik yang melanda time belajar dulu. zaman sekolah ada jugak, tapi kali ni nak cerita time belajar kat univ.

masa tu kitorang semua first year students kena duduk kat kolej kediaman.. tp sy dari sem 1 sampai habis pun duduk hostel. haha (hujung minggu baru balik, siap kautim dgn lecturer mintak buat kelas hari khamis supaya jumaat dapat balik. lecturer memang awesome :D). sambung. time tu kira first time duduk hostel sebab selama ni pemalas lipas nak duduk boarding school semua. kat kolej tu, satu bilik 3 orang. dah tu, mula-mula masuk tu tengok-tengok tinggal sorang.. tak ada roomates. (roomates asalnya ada, tapi mungkin diorang tolak offer lantas pergi belajar kat tempat lain. keji je kan T_T)





sebelah bilik (kanan) tu adalah bilik senior, yang jugak fasilitator time minggu orientasi. dia tinggal sorang jugak. fine la ada kawan kat sebelah bilik (katanya). seblah lagi satu (kiri) tu bukan bilik student, tapi bilik fellow kolej. fellow ni macam pegawai yang jaga student, tapi bilik fellow sebelah bilik sy tu kosong.. tak ada orang. (org ckp dlm bilik tu sofa tv semua ada. jeles jeles bilik ai ada katil bujang dgn double-decker je haha)

time minggu orientasi tu tak de apa-apa. in fact tak tau pun kolej tu kolej paling lama, and blok tu blok paling keras (nasib baik tak tahu time tu kan). lepas minggu orientasi tu baru masuk roomates baru. dua orang. senior. sorg bdk fizik yg gila-gila, sorg bdk vet. time lepas roomates baru masuk tu la kejadian misteri berlaku.. (sbb lps tu baru roomate-senior tu cerita psl blok tu keras! cis!)

benda ni berlaku pukul 3 pagi. beberapa kali ok. bukan sekali je. so awal-awal kejadian, kalau terjaga pukul 3 pagi tu memang menyumpah habis la (dalam hati). sebab katil sy tepi dinding yg sebelahnya bilik fellow kosong tu kan. pukul 3, mulalah dengar bunyi org bukak tutup locker, bunyi kerusi kena tarik.. bising ok! dah la bilik fellow sebelah tu mmg berkunci tak de org! roomates tido mayat. senior siap mengigau (sah tdo nyenyak!). time tu sy akan pejam mata rapat-rapat sambil kelubung dlm selimut. tak habis sampai situ ok. pastu dgr pulak bunyi ayammmm (kejadah bunyi ayam pukul 3 pagi. tau kan pasal bunyi ayam ni?? tak tau xpe nanti sy cerita). bunyi ayam tu mula-mula dkt lps tu jauh. sambung menyumpah dlm hati.

org ckp, bunyi ayam tu sbnrnya bunyi ponti. sy no comment. senior la ni cerita. katanya kalau bunyi dkt maknanya dia jauh. kalau bunyi jauh maknanya dia makin dkt. kejiiiiiiiiii (tp sy xpercaya hantu-hantu, jin setan tu semua ye mmg ada). tp time tu still student lg, masih jahil segala. so selalu la byk gangguan-gangguan bodo mcm tu kn. haha (kat bilik tu jgk kalau tdo siang selalu kena tindih benciiii. lps bangun mamai tu telinga bunyi berdesing, rasa dahaga sgt. kejiiiii tak sukaaaa).

lps-lps tu la baru share cerita dgn members/seniors satu blok. hah. senior faci yg bilik sebelah tu pun kena kacau. rambut dia macam ada orang main time dia baring kat katil ok! (nasib baik kitorang kat bilik tu tak kena macam tu!). members bilik lain pulak dgr bunyi org memberus sabut kat atas siling. keji sgt niiiii. yg paling kesian, bilik tingkat G la (kitorg 1st floor). tingkat G ni mcm bwh tanah sebab kwsn bukit. so tingkat 1 mcm tingkat G, tingkat G mcm basement. bilik member senior tingkat G ni tingkapnya mengadap padang. bilik dia la super keras. selalu la nampak benda-benda kat tingkap. ish2 kental betul dia T_T
hah tak habis lg cerita psl bilik fellow. kalau waktu siang pun, time sy balik kuliah lalu dpn bilik tu nak sampai ke bilik sy, akan dgr bunyi org tgh shower. lps tu tgk pintu bilik, berkunci mangga siap bergrill!! waaaa. habis siapa yg mandi?!! kejikejikejiiii

ok lasssttt but not least. (byk ok kejadian kat kolej tu!! dah boleh buat drama dah T_T). waktu malam kitorang (my friends & i) biasa keluar ikut pintu belakang kolej, cross padang nak pergi kolej lain sebab nak dinner. kafe kolej kitorang tak sebest kafe kat kolej lain.. haha. so time balik dari makan, kitorang lalu la pintu belakang kolej kitorang tu macam biasa. tiba-tiba sy nampak benda putih kat atas pokok kelapa tepi pagar. tinggi gile pokok kelapa tu. sy siap tnya kawan-kawan.. "eh, kenapa ada plastik sampah putih kat atas pokok kelapa tu??" naif gile, dah la rabun!! hahaha

begitulah cerita expose mistik yang berlaku zaman belajar kat univ dulu. dah kebetulan dapat kolej kediaman lama yang keras, nak buat macam mana T_Tv kami redha dan menerimanya dgn tabah. eceyy. sori cerita pjg sikit. jgn biarkan hidup anda diselubungi.. misteri.... *asap bbq kepul-kepul keluar* lol. sekian.

-wani ezryl-

9 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Takuuut nya, budak2 U selalu ada dengar macam2 pasal bunyi misteri nya, alhamdulillah walaupun aunty duduk berdekatan dengan kubur so far belum lah lagi nampak atau tengok benda yang tak sepatut nya kita tengok syukur banyak2.

dila said... [Reply to Comments]

kenapa yang asik KEJI KEJI KEJI?
bahasa baru ke ni?
sebut sekali dua ok lagi, banyak kali trus confuse.hehe

tp org ckp kalo slalu dengar bunyi bising kat bilik yg tak berpenghuni, maknanya ada jin yg menghuni.

Taty Hasbi said... [Reply to Comments]

seraaaaammmmm giler bace sorg2 ni...awal pagi bukak blog baca cite ni mmg terase seram giler...adoooiii...

Alwanez said... [Reply to Comments]

bunyi ayam yang kejiiii

Anonymous said... [Reply to Comments]

kejiiiinyeee

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahahaha.... dari atas smpai bwh, yg aku pickup word keji aje. cerita seram x dpt pick up

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hahah wani ezryl crita die sntiasa best.blog pn best.thanks sb kongsi crita

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

keji tu saja je letak hahaha

Nor_Emylin said... [Reply to Comments]

Macam kat UKM jek......

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...