Instagram : @peejburhan

dah ok dah.

amat busy la.
sebab ke sana ke mari je.
n ada je tempat nak kena pergi.
ada je barang nak kena beli.

sabtu malam jonet datang rumah.
lepak kejap je.
tapi noy tidur kat rumah aku. sukaaa.
sembang sampai pukul berapa pagi tah.

then ahad pulak ke rumah mama.
sebab lilred datang. ada benda nak bincang.
then lepas tu sembang bagai.
gelak sakan dia melayan macam-macam kerenah.
rumah sana kan meriah.
dia kata now dia faham kenapa aku macam emosi kata sunyi la apa.
sebab selama ni memang super meriah.

then after dia gerak me n Mr.B pergi carrefour.
ada few barang nak beli.
tapi punya la ramaiiiiiii manusia. rasa taknak jejak kaki lagi.
dah la memula tu takda trolley.
lama gila kot tunggu.
aku kata takpa la. beli 1-2 barang sudah.
tapi gila berat n besar barang nak beli tu.
suruh gak Mr.B carik trolley.
lama dia hilang. datang bawak bakul yang boleh tarik tu. hampeh betul. hahaha.
tapi lepas tu tah macam mana tetiba dia dapat trolley biasa tu.
dia kata dia kibab je orang punya.
orang tu leka beli. lama gila tinggalkan trolley kosong tu.
slow2 dia amik. hahha keji gila.

tapi tak sempat nak beli apa sangat.
sebab rushing gila.
dah la Mr.B tipu aku.
dia kata dah pukul sekian. dia nak pergi kerja.
punya la laju n ala kadar je aku beli barang.
rupanya sampai kaunter. masih ada sejam lebih lagi dpd time yang dia bg tau tu.
keji gila kan.

dah la lepas tu nak ajak makan pun dia kata tak sempat.
lapar okeyh.
teringin nak tomyam. dah lama tak makan.
pastu semalam kemain la aku bukak buku resepi yang dapat hadiah kawin tu.
dah la terseksa perut kreok kreok. lapar gila.
banyak menarik. tapi tengok bahan2 kecewa. dah tentu tak cukup bahan.
last2. pukul 10ish dah lapar melampau. aku buat maggi tomyam je.



puas hatiiiiiii. tak dapat tomyam biasa tu. maggi tomyam pun sodap.
letak ayam, kacang buncis, cili pagi n pecah telur. terbaik weyh.
makan sampai berpeluh, mulut pijau n meleleh air hidung. pedang berdesing.
air letak sikit je supaya kuah pekat n pedas.
air if lebih tak best jadi kuah dia.
n maggi pulak takyah lama. jangan sampai kembang. tak best.
dia sedang tu best. kenyal. fuhhhh.

tadi siang takda apa.
ada ke 1-2 tempat je beli barang sikit.
then singgah makan nasi daun pisang sesorang.
sedih betul la. selalu ada je noy. ni sekarang kena pepandai la sendiri.
then takda apa. duduk rumah online sikit.
main game balik.
ye start main game sims social balik. tapi macam malas pun ye.
sebab macam makin complicated je.
tengok tak lama lagi keluar game simcity social pulak.
wah tak sabar. terhibur sikit kan.

penat mengadap pc.
pergi depan ingat nak tengok tv.
sebelum tu check hp.
tau-tau dah tertidur pun. haha hampeh.
terjaga sebab berpeluh sakan. panas bebenor.
n papa call kata cina yang buat door bell dah otw nak datang.

yang papa pass phone kat mama.
mama cakap la macam mana dia nak orang tu buat wiring.
siap suruh aku mengadap orang tu buat kerja.
e ehhh. kosser ok. dah la panas terik.
dia kata rumah dia tak panas.
aku kata datang la sini. suruh dia yang mengadap orang tu buat kerja.
tau-tau je papa n mama sampai. weeeeeee.

so until now dorang ada tu. heheh suka.
tidak kesunyian sangat.
mama dah terlena tu.
yang papa tengah tengok bola tu kat tv.

rasanya sekarang dah ok sikit.
aku dah boleh adjust la duduk sendiri.
aku ok sorang. sebab rasa bebas.
bukan la bebas apa pun. aku bukan merayap ke apa.
tapi suka kau la nak pakai apa kan.
rasa panas sangat lantak kau la berjalan dalam rumah pakai undies je.
lantak. harap takda la orang ternampak ke apa.
dah rupa orang asli sangat. hahahha.
cuma aku rindu nak sembang tu la.
sembang ngan mama, sembang ngan noy.
even boleh bbm ngan noy. fb ngan mama.
tapi tak sama kan.
so bila dorang datang tu teruja la rasa. :)

ok la.
tu je.
ada kerja sikit nak buat.
oh untuk customer tabita yang dah bayar lama n tunggu lama tu.
good news. barang akan dapat soon.
sorry sangat untuk the longgggggggg delay.
ni untuk yang dah bayar ye.
yang baru place order ke apa nanti dulu.
buat masa ni aku stop semua.
settle semua baru tengok macam mana ye.
thank u bebeh.

ta-ta

8 Comments:

nurul ain nordin said... [Reply to Comments]

grrrr..tergoda la plak tgk MAggie tomyam tu..sedapppnya...

nurul ain nordin said... [Reply to Comments]

sedapnya..grrrr..tergoda la plak ngan maggie tomyam tuh..bikin lapar ajerk tgh2 malam ni..

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

aku pn suka megi air x byk and kenyal2 githew...

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

mula2 memang tak biasa makan sorang2, nanti lama2 u will be fine... :)

ladyhermanas said... [Reply to Comments]

sian u peej, takpalah dah kawin kena belajar jadi suri rumah tangga:) takpun boleh kawan ngan pakcik kilauan emas poliden rumah sebelah tu ehhehe.

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Nasib baik kak Nani dan Abang Bob rajin datang rumah peeja tak lah kesunyian sangat kan, untung juga ya kalau rumah emak dan anak tak jauh, macam aunty ni jauh juga lah nak kerumah anak, kalau masak sedap2 pun nak hantar ada lah dlam 40 minit perjalanan kesian wan kadang2 dia masak sendiri, jemu makan kat kedai lah tu.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

terbaik weh maggi tomyam ko! xD~ lagi satu tu mee ruski tomyam yang baru tu. sedapnyaaaa. meleleh la pulak bila teringat ni.. hahaha

weh kta pun ada buku masakan macam ko tu! kwn bagi hadiah kawen jugak hahaha kelakar je. tp setakat ni tak mempraktikkan apa2 pun dalam buku *dasar malas membaca T_T*

haa kalau pakai undies dalam rumah tu hati2 nnti ada amah jiran yg suka stalk tu.. ekekes

Anne mahli said... [Reply to Comments]

nape tak bawak kucing ke kat rumah..tak la kesunyian terlampau kalau sorg2.. ;)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...