Instagram : @peejburhan

busy n susah hati.

rasa takda mood je nak update.
sebab susah hati.
bila susah hati. satu kerja tak jalan.
tu problemnya.

tabita untuk batch last week ada yang tak lepas lagi custom clearance.
harap by this week settle.
so selagi tak deliver. selagi tu rasa tak best.
lama kan orang tunggu.
tu pun ada yang mintak refund. ok je.
tapi adalah pening. kerana katanya dah beli kot barang.
dah bayar. so refund adalah tak kelakar.
tu pun nasib ramai yang understanding n dont mind tunggu lama.
sebab dah biasa ngan aku.
hish susah. oleh itu. di maklumkan.
ni last aku buat. kasi settle semua orang punya.
lepas ni no more ye.
kasi lepas diri sendiri n family je.
senang takyah pening.
reason until now aku tak reply segala email order yang masuk.
semua kasi hold.
kasi settle masalah dulu.

tapi if nak ephyra ada.
yang tu aku jual.
harga rm228.
if nak u can email me.

tapi hidup harus di teruskan.
plan kan bulan ni pindah.
so dalam takda duit.
kita korek gak sana sini.
kata nak masuk rumah. nak taknak kena la kasi lengkap kan. :)

so last week slow-slow settle.
kan aku mencari meja untuk tv cabinet kan.
plan nak modern la apa.
takda makna. tak jadi.
sebab aku round cari. yang aku nak takda yang berkenan.
if ada pun tak lawa. macam tak apa design.
then kat kedai tu ada jugak meja kayu.
mahal n quality tah apa-apa.
then fikir, dpd beli yang tah apa-apa macam tu.
baik aku beli kedai yang aku dah recce n nak dpd dulu tu kan.

so ke kedai itu.
meja yang aku berkenan dulu masih ada. heheh.
so amik tu je.
satu set ngan coffee table.
sebab if amik 1-1 lagi mahal.
amik dedua murah. masa dulu dia bagi lagi mahal.
tapi kali ni dapat discount lagi rm100. wah suka.

dorang kata jumaat boleh hantar.
so malam tu pergi beli tv pulak.
pun kelabu mata.
tv yang aku nak rm1550 je.
tapi tv 3D rm1850.
helloo beza sikit je.
so setelah di fikirkan. amik yang 3d. heheh.
ada duit nanti kita beli home theater dia pulak.
tu tunggu dulu.
sebab ada tv 3d pun. takda player 3d. takleh tengok jugak.
unless kat astro ada main apa2 3d. then boleh la guna.
takpa. ok sila sabar.

settle part tu.
esoknya ajak Mr.B pergi register unifi pulak.
ye la. if takda semua tu. apa aku nak buat kat rumah kan.
aku ni kerja pakai internet.
kang takda macam mana nak buat kerja.

so jumaat hari untuk penghantaran perabot n tv.
kedai perabot aku beli ni.
barang adalah super cantik n wuality terbaik.
tapiiiiiiiiiiiiiii delivery dia haram jadah gila babs ok.
benci gila.
kita orang dah biasa beli. everytime pun problem.
kena maki baru bergerak.

so malam khamis aku dah call.
suruh dia hantar awal. sebab tv aku sampai petang.
takkan tv sampai dulu dia kemudian.
dia kata akan call pagi.
takda maknanya. tengah hari aku call.
dia pulak boleh tanya siapa yang janji nak hantar today. e eh kauuuu.
pastu aku kata hantar before 4pm.
dia kata nanti dia akan call.
kul 3ish aku call. takda gak.
dia kata otw. lori dpd shah alam. cibai tak.

takpa la tunggu.
sekali memang pun. pukul 4ish tv sampai.
last setting atas lantai je dulu.
nate beruk mu.

then tunggu lagi.
kul 5ish takda gak.
aku dah bising.
dia kata lori from shah alam.
hello dah 2 jam kot.
me : saya tau la. lama saya tunggu. u asyik kata otw. daripada shah alam je pun. bukan daripada johor. apa yang lama sangat. u selalu delivery teruk.

pastu dia pulak macam nak hangin ngan aku.
dia kata nanti lori gerak dia call la aku.
tau la. tapi kul berapaaaaaaaaaaa???

Mr.B nak cakap.
aku tak bagi. bukan betul laki aku ni.
dia kata susah sangat pergi kedai amik balik duit. tak payah meja tu.
hello. tu tak menyelesaikan masalah.
aku suka meja tu. n jadi kerja aku nak kena mencari meja lain pulak.

sangap kot. bukan ada apa rumah tu.
Mr.B n papa berkemas apa tah.
aku n mama tertidur. haha.
terjaga around 7pm still tak ada.
call ke apa pun takda.
so memang aku serah kat Mr.B buat call.
padan muka mu kena maki.
terus boleh bagi time ok sampai kul berapa.
dia kata kul 7.40pm sampai.
Mr.B memang tunggu je.
takda siap la kau.
sekali kul 7.40pm tepat call masuk ok.
kata otw. n confirmkan alamat.
elok 5 minit muncul depan gate dah.
gagagaggagaga. syabas.
kiwok kan dorang. if perempuan cakap dia buat bodoh je.
bila ngan laki tau lak takut.

so akhirnya sampai. weeee suka.
yang Mr.B suka abis. senyum simpul je dia.
dia kata like casa impian. hahaha.
oh time aku beli dia takda.
dia kan kerja je.
so beli tu ngan noy. tu dia memang tak tau.
bila tengok suka la.
papa n mama pun suka.
oh time tu papa n mama teman aku sekali. :)
tumpang excited dorang. mama pun kata lawa.


sorry malas nak transfer pic from camera.
so amik yang dpd phone je.
yang aku upload kat fb.
amik design ni sebab kiri kanan tu ada lubang.
so membayangkan nanti kekucing suka santai situ. :D

sorry tak bukak lagi pelekat2 tv tu. lantak la ye. heheh.
bunga pulak mama gubahkan.
bunga dpd hantaran kawin aku.
yang Mr.B bg aku. kata aku gubah kan.
sebatang rm30+ nok. beli kat ssf. lawa sangat.
mama tak kasi potong.
dia kata sayang. nanti abis boleh guna again.
so tak potong la. happy. boleh guna again. :)


coffee table.
ruang tamu tak besar sangat.
ingat tak perlu. tapi dah beli tu kan.
so susunan sofa jadi macam ni la. supaya tak sempit.
mama kata macam tempat karaoke je.
lantak la kan. aku sukaaa je. boleh baring.
sofa tu noy punya.
dia tak guna n takda ruang pun nak letak kat rumah mama n papa.
so dia bagi aku. <3
murah rezeki iolls. beli sikit2 je.


frame tu noy bagi.
dia beli masa dia pergi koh samui.
siap cakap. atas pic Mr.B.
bawah pic aku. tengah tu pic dia. tetiba je. tak malu.
buat masa ni takda pic lagi.
biarkan je pics koh samui situ.

meja pulak mama punya.
mama tu apa benda dia taknak. semua dia hantar rumah aku.
apa-apa je la.
ku terima je.

belah kiri tu bilik.
nak buat office nanti situ.
takda la office pun.
letak pc n barang meniaga semua situ.
blind tu orang sewa lama tu tinggalkan.
since tengah tak berapa nak kayo sekarang ni.
kita guna je la kan.
katil single bed tu pulak adalah arwah maktok punya dulu :(
still elok n all. so kita guna je kan.
buat apa baziaq.

dalam camera ada pic ruang lain.
tapi malas transfer.
ala lelama nanti ada la kan.

semalam pergi beli computer.
noy bagi hadiah wedding gift.
dia tanya nak dia bagi present komputer ke tv?
aku kata computer la.
komputer lagi mahai. hahaha. ;p
amik basic je. aku bukan kaki game lagi kan.
dulu ye. apa-apa pun kena make sure boleh main apa jua game.
sekarang no more.
nak main game apanya. asyik kena layan laki je.


tadi Mr.B call.
katanya orang unifi dah call.
dia akan pasang internet this rabu pagi. yeay.
aku plan semalam dah nak pindah.
noy tak bagi. dia kata buat apa cepat.
malam selasa pergi la.
baiklah. tapi sedang elok je kan elok rabu internet masuk. yeay.

ni tunggu bila astro pulak nak install la.
katanya 7-10 hari.
takpa la. janji internet ada ok la kan.
semua pun dah boleh tengok kat situ.

oh last weekend aku pergi saloon.
sebab memula nak buat postage.
elok sampai post office tutup!
rupanya sabtu minggu pertama.
tu terus ke saloon.
Mr.B pun nak potong rambut.
aku pun tumpang. kata aku dah rimas kan.
so memang chop abis la.
noy marah je. dia kata tak lawa la apa.
ala takpa la. rambut boleh panjang.
janji dah tak rimas.
rasa ringan. n tak nampak rosak lagi dah.



ok la kan?
takda la terus sangat. ;p

then beli barang dapur.
ye la kata nak pindah dah.
tinggal sikit2 je lagi nak beli before esok gerak.
sebab ada yang aku malas nak beli kat supermarket lain.
sebab kena pilih2.
so nak ke giant je. senang semua dia dah siap pack kan.
ye pemalas sangat kan.

penat rasa tak cukup rehat.
sebab ke sana ke mari kan.
nasib ada Ephyra tu. kira penat n malas kau. kau tetap ada tenaga hayun badan kasi settle semua.
wah matiklah sempat promote.
tapi betul ok. ada customer pun cakap yang sama.
1st thing about ephyra yang kau akan notice yang tenaga tu.

oh semalam sebelum beli pc, sempat pergi rumah mertua.
tapi tak dapat duduk lama sebab banyak tempat nak pergi kan.
takpa nanti rumah dah ok. ajak dorang pulak datang rumah aku. :D

ok la tu je.
nanti rajin n hati dah senang sikit.
kita update lagi.

14 Comments:

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

peej, your tv cabinet cantik ok...
feeling jepun pun ada gak.
lbey2 lagi ada bunga kat tepi tv tu kan.
dh terbayang sakura uols...
hehehehehe~

btw,klu nk beli brg elektrik brand SHARP boleh la recce harga with me. staff price gitu...hehehehe

NorMala @ KakakSatu said... [Reply to Comments]

Nice.. Cabinet lawa.. Sofa lawa.. X sbr nak tgk pc baru..

linda said... [Reply to Comments]

Owh suke lobang2 utk kekucing lepak tu ;)

linda said... [Reply to Comments]

Suke lobang utk kekucing bersantai tu ;)

Reena Kamarudin said... [Reply to Comments]

Kak, taknak jual tabita dah? Saya bru berangan nak beli kat akak bila duit dah ada. Sobs. Huhu.

Cantik rumah akak. Sofa tu paling best. Huhuhu

Azza Azman said... [Reply to Comments]

heheh yess... update jugak peej, tunggu dari semalam kowt.... anyway bagusnya beli kabinet pikir pasal kucing lagi haha.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

bestnya ada rumah sendiri then boleh masukkan brg2 semua. ala2 main the sims kan. skrg ko takyah da main the sims, ko ada the sims sendiri xD haha ye la, betul jugak mama ko cakap sofa tu susunan macam kat karaoke. nanti boleh la nyanyi2 sambil baring2 kat situ.. ekekes :P

peej said... [Reply to Comments]

szasza - suka kannnn. jepun ke. haha ok la kot. n bunga tu lawa kan. ssf bunga semua lawa tp tu la mahal nak pitams. ala lambat cakap. dah beli pun. takpa if ada nak beli apa2 akan ku hantui dirimu. hahha.

normala - thank u. pc sama je la macam pc lain kot. takda istimewa. cea padahal sendiri tak tengok lagi. still dalam kotak :)

linda - kebetulan. n selalu kucing mesti suka lepak situ. mesti comel nanti.

reena - masih memikirkannya. sofa noy tu. memang best. ramai boleh duduk n sangat la syok untuk tidur.

azza - takda mood la. sbb bila hati susah. apa pun tak jalan. bukan beli semata pasal kucing. tapi kebetulan pulak n. tau mesti nanti kucing suka lepak situ.

wani - tu la kan. tapi main the sims boleh pakai cheat. motheload terus kaya. ni takleh. kena slow2 kumpul duit. heheh.

Anne mahli said... [Reply to Comments]

cantik la sofa u..sukaaa! mcm tmpat karaoke,kelas uolls! ;)

♥My Perfect High Heels ♥ said... [Reply to Comments]

peej jgn tk jual nnt tktau dh nk beli kt sapa plssss

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Cantik sangat cabinet tv dan meja yang mama bagi tu aunty berkenan sangat.

Selamat berpindah kerumah baru, kesian pulak dengan Noy lepas ni dah tak ada geng gaduh dalam bilek,hihihi.

farra8979 said... [Reply to Comments]

cantiknya rumah... jeles betul. dah la mr. b super rajin... ^^

yatie chomeyl said... [Reply to Comments]

peej, org preggy leh ke minum ephyra tu?

catz said... [Reply to Comments]

peej,
jgn stop jual tabita.
sobsss...
kawan-kawan i baru puji2..they said i look different. ramai nak tau n i ckp i pakai tabita.
ramai nak beli..
m derang ada yg dah e-mail u.
jgn stop ok..nanti i dah x tau nak beli dgn sapa..
sobsss

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...