Instagram : @peejburhan

apa pun tak boleh

bila dah start main game ni blog pun lupa. hahahhaa
ok tak kelakar. tau.
ok takda la sebab game je.
tapi dua hari ni busy sikit.
sebab semalam postage day.
so minggu ni uruskan emails customer n all.
pack barang la apa semua.
letih ok. semua buat sorang.
before ni ada la noy tolong.
walaupun takda la apa sangat dia tolong.
tapi bila aku dah bising2 tu dia tolong jugak la tulis nama kat sampul ke.
tolong sellotape ke. apa je la.
ni semua buat sendiri.
dah la bukan sikit2. phewwww.

oh again aku bagi tau.
siapa nak order tabita ke apa.
sila email ke email tabita yea.
bukan kat personal email aku.

btw. ni tak tidur lagi ni.
sebab lepas settle kerja.
tersangkut main game. ;p
kronik.

lagi satu aku macam tak tau nak cerita apa dah la kat blog.
sebab semua benda tak rasa nak cerita.
bukan la yang taknak cerita tu kontroversi ke apa.
tapi cerita biasa pun tak kuasa.
tambah lagi sekarang aku memang dah tak pegang camera.
lagi la tak tau nak share apa.
i mean serious dah 6 tahun aku blogging weyh.
apa aje nak cerita pun.
makan pun pusing2 tempat sama.
aktiviti pun sama.
lain la tetiba duit jatuh dpd langit. kaya raya terus.
terus aku buat entry ke sana ke mari.
ewahhhh. mmg takkan la. ;p

serious tak tau nak cerita apa.
everyday pun benda sama.
lepak pun dah jarang.
asyik berdua je pun. tu pun gi makan.
takda lagi keluar jalan-jalan ke apa.
sobs.
weekend ni busy la.
sebab ada banyak majlis to attend.
n akan balik melaka.
cousin tunang.

oh twitter pun aku dah tak hadap.
sekali sekala je.
sampai orang tanya kenapa aku tak tweet dah.
entah. tak tau nak tweet apa kot.

tah la aku rasa kawin ni penat kan.
macam segala benda nak kena buat kot.
macam tak berkesudahan je.
tu pun kira ok Mr.B quite rajin.
yang dia adalah menyapu, mop, gardening.
benda-benda mengemas la.
so aku save situ. tapi lelaki tetap lelaki.
air pun nak isteri amikkan.
dah la sejam 3 kali kot nak air.
aku nak bancuh dalam jug besar taknak.
yang tak tahan tu.
dia ke hulur ke hilir ke dapur ke apa.
tetap carik aku, "ja nak air ja"
sabarrrr je la.
nanti kejap, "ja kenapa x dgr sound pc ni?"
kena la aku dpd tgh baring tengok tv, pergi tengok. rupanya dia tak on suis.. grrrrrr.
"ja, stokin i mana?"
" ja charge kan hp i"
padahal sebelah dia charger tu. *hantuk kepala sendiri kat dinding*

wah matiklah banyak bunyi.
padahal dia kalau buat kerja takda bising.
kalau aku tertidur. tetiba terjaga. terus dia amik air bagi.
awww sweetttt.

aku ada kerja kena buat ni.
takpa esok buat. kejap je tu. ok la dah subuh.
later nak tidur.
ta-ta.

12 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Ja update belog regularly plissss *pangggg* ahahahaha

ayen =D said... [Reply to Comments]

haha.. ja.. ja.. ja... baca2, seram nak kawin.. ale2 ada part sweet lepas tu... semoga kesabaran dihadiahkan kebahagian =)

Nanie@NMS said... [Reply to Comments]

Ja, tingkap2 tuh jgn lupa lap, berabuk tuh..

Ja, ari ni buat sambal ayam..hahahaha

Ja, kuih petang tak ada ker?..hahahahah

Itulah dia perkahwinan Ja..tapi yg nikmatnya kita ada suami utk teman tidur..

Panjang lagi perjalanan hidup..
Moga bahagia ke akhir hayat

si cokelattte said... [Reply to Comments]

ko tak de pape nk cite pon kan da siap satu n3... heheheeheh...

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Romanticnya husband sis? Bangun2 dpt air Dah... Takpelah sis baru lagi masih gak dapat nak adapt lg.. Slowly.. N Ada jugak org yg dh berkahwin bertahun2 pun still Ada tak ngam lagi or tak kenal lagi pasangan masing2...

kisskiut said... [Reply to Comments]

ja bawak sabar ja....
ja? sweet nye..
tapi lam masa sama ...
xmau la kawen kalo penat hahahha

Hazey said... [Reply to Comments]

Sweeeettt nya Mr. B panggil Ja, aah Ja sama dengan Linda update blog mcm biasa.. Tu namanya dia nak sentuhan seorang isteri.. buat je dapat pahala tu.

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

dia nk bermanja ngn ko la..hehe...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Hahaha, baru tau perangai lelaki bila kawin kan, aunty dah 29 tahun kawin tapi uncle kalau nak minum tak pernah ambik sendiri, kadang dia pergi dapur entah apa yang dia cari pun aunty tak tahu pastu pergi kat living room terus cakap ' dah nak air' tak ke tension aku di buatnya, tapi apa nak buat dah nama nya suami layan je lah.

Nanti kalau ada anak lagi sibuk peeja, mana nak masak, nak mandikan anak, nak bagi makan bunyi nya scary kan jangan risau bila sampai waktu nya otomatik pandai je kita manage masa kita,percaya lah.

Lady RaRa said... [Reply to Comments]

jaaaa nak air ja.

A.I said... [Reply to Comments]

Kau tu ok lagi. cuba kau bayangkan aku kt umah camne..

"yang, nape FB abg jadi camni?"
"mama, nak tu.."
"mama, nak ni.."
"mamaaaaaa..dia buat!"

"mama, mama, mama, mama, mama..
"yang, yang, yang, yangggggggggg

*___* pitam iolls!

Choco Fountain by SHEMA said... [Reply to Comments]

hi peej..all this while im ur silent reader... mmg jarang giler comment... since dh ada blog ni boleh la komen2... fyi.. i shema.. the one yg temankan kakchik dtg wedding u tu.. ms kakchik nak ajak pi wedding u..i dh melompat katak dah... syiok giler rs.. terujaaa.. kat wedding mata terbeliak sane ni.. sapa2 yg u slalu citer dlm blog sumer i kenal.. sampai kakchik pun mushkil, ni wedding kawan dia ke kawan i... hahaha...

anyway.. glad dpt jumpa u... coz ur entry sgt sempoi.. if u free...jenguk2 la blog chocofountain i.. i've just started my business.. if i start awal.. confirm i nak sponsor wedding u jugak... keep on writing peej coz ur writing really cheer my day...

rgds,
Shema

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...