Instagram : @peejburhan

wedding gift. suka. suka. sukaaaaa.

Alhamdulillah banyak jugak la wedding gift dapat the other day.
campur semua ada dekat 50 la.
ada yang from the wedding itself. ada yang courier. ada pulak kemudian dapat.
sebab tak dapat datang time wedding. so datang later n bawak hadiah. :)
yang later tu mostly kawan-kawan papa n mama la. sweetttt.

bila watermark pics tadi.
rasanya ada gambar yang tertinggal la.
sebab ada few benda yang aku perasan ada. tapi kat pics ni takda pulak.
jangan salahkan aku. salahkan noy.
tugas dia amik pic. heheh.
tapi takleh gak. sebab sambil amik pic. dia tulis sekali.
siapa bagi hadiah n hadiah apa.
ramai jugak yang anonymous.
maknanya bagi hadiah tapi takda card. gitu la.
oh tulis tu dalam buku papa.
aku malas nak amik. so ni tepek pic je la yea.
takyah tulis daripada siapa.
if aku ingat aku mention sekali dpd siapa.
if lupa jangan berkecil hati yea. ;p

patut malam wedding dorang dah suruh bukak.
tapi penat kot kan.
then tunga ke esok.
tak boleh sebab time tu Mr.B takda.
dia kan tidur rumah parents dia. sebab rumah aku penuh.
so takkan nak bukak tanpa dia. tak baik.
plus time tu aku still tak hilang pun penat.
so nanti-nanti la kan.

isnin tu ramai dah balik.
aku tak bukak sebab time tu aku pergi rumah in laws.
bawak cake kawin, n makanan, goodies, pahar n macam-macam la.
so balik settle semua baru la session bukak hadiah.
time tu tinggal family pak sapi aku je. n pak pian.
pak sofi stay back sebab esoknya dia nak ke nilai 3.
pak pian memang stay lama. papa mintak dia stay lama tolong kemas-kemas after majlis kan.
takpa. pak pian single. takyah risau. dia pun meniaga kedai sendiri.
so suka hati la.
sebulan jugak kat sini. last week baru balik.
tu pun balik sebab orang kampung dah bising sebulan dia cuti.
dorang kata if dia tak bukak kedai. dorang nak bakar kedai dia. haha. funny.

so sesama sendiri je kita.
lepas makan KFC zeity belanja.
session bukak hadiah.
lewat dah pun.
sebab Mr.B tu sibuk berkemas dapur.
cuci periuk semua. susun tapai dalam fridge la apa.
mama siap dah tidur. tapi kejut dia.
sebab dia nak tengok.
tapi halfway dia mintak diri nak sambung tidur. cehhh.

:: over tak papa. siap bentang saprah untuk bukak hadiah. excuse rumah yang sepah macam kena bom. baru abis kenduri uoll ::


:: haha over tak siap kena sanding tepi banner. over sangat papa n noy ni. idea dorang la tu. layankan aje ::





rasa nak tumbuk muka sendiri. aku tak sure apesal aku buat macam tu. bodoh sangat tau.
oh ok ingat. sebab tetiba dorang suruh snap pic ngan setiap hadiah. aku dah macam. perlu ke?
so tu yang muka gitu.
ni hadiah daripada uncle aku pak eeber n aunty z.
so semua request suruh bukak hadiah tok sidang dulu. :)

:: from my in laws. sukaaa. sebab ingat nampak benda ni kat rumah jonet dulu. rasa macam wah so lawa n gempak. sekali dapat. harus la suka. takyah sesusah beli sendiri. ;p  ::

:: from blog reader - elyana. comel sangat. ada ngan cawan dia pun set. lupa nak snap pic la tu ::

:: dpd pak eeber. patut pic ni atas pic yang muka aku mintak penumbuk tu. tapi tah kenapa bila upload dia turun ke bawah. malas aku nak betulkan ::


:: from blogger viruspadu. pun sukaaa. senang takyah beli. heheh. ::

:: tak tau dpd siapa. tapi dapat kain ela, brooch, n purse kecik utk duit syiling. pelik tapi benar. 1st time kan dapat hadiah macam ni. best jugak. edited: ok fine this is not for me. rupanya ni utk mama. lilred belikan kat vietnam for her.  ::

:: oh ni la set mug dpd teapot yang elyana bagi tu. ada pic rupanya. dia balut asing. tu yang bukak tak serentak. terpisah. heheh ::

:: the audience. pak pian tukang bacakan balik siapa bagi supaya noy boleh tulis ::

:: tukang tulis n tukang amik pic. if dia ingat ::






:: tak sure dpd siapa. tapi cantik kan color dia. aku bukak slow gila. so aku suruh Mr.B tolong. kalau tak dia duduk relax je. suruh aku buat semua. hello banyak kot. edited: this is from mimie khalid ::

:: tea set lagi. daripada siapa yea? ok aku rasa baik aku amik buku tu la. jap. ok dah amik buku. yang ni takda nama. so tak tau dpd siapa. edited. ok ni sebenarnya adalah dpd iz yahya. dia bg tau td. :D  ::

:: from lord zara ::


:: from sza sza siap ada art deco tu. if time tu dia dah tau nama Mr.B mesti lagi comel.::

:: standing lamp ikea tu takda nama jugak. painting ni pulak dpd kawan mama, Narimah ::

:: frame khat n place mat ni pun tak tau dpd siapa. takda nama jugak ::

:: from ceera ::

:: dpd lin joe. kawan mrsm. almost the same macam ceera punya. beza sikit je. takpa. pic kawin nanti banyak boleh masukkan. :) ::

:: if i'm not mistaken. this is from Nad Singapore. sebab tengok datang ngan courier :) tapi carik nama kat balutan tak nampak. alamat pun tak nampak. tapi rasanya mmg Nad bagi. mordern khat. sangat sukaaaaa. ::

:: from kawan KAC crew noy. wai yee n fun yee. nice. takyah beli vacuum. save duit iolls ::

:: from peter n kawan-kawan kerja malam Mr.B. perfume. sedap pulak bau yang Mr.B punya tu. pagi dia pergi kerja spray. then dia keluar. bila aku masuk bilik nak ambik barang ke apa. bau tinggal. wangi sangat. terus rasa rindu. wah over tak. hahhaa ::

:: casserole from Kak Nor . pun sangat suka. ::


:: edited : dah tau. effortless chopping ni adalah hadiah dpd lilred. pun suka. boleh mak feeling chop bahan buat ikan 3 rasa. hahah ::

:: mana yang takda caption maknanya semua takda nama. tak tau siapa bagi. glass wear pun tak tau siapa bagi. yang body gel, body shop pulak dpd kawan mrsm, lyna aris. noy siap paw aku satu. pedennnkiii ::


:: from ai. nice. ini semua berguna ni ::

:: from zeity, ayol n sofea. tea set ::

:: from kawan crew noy jugak. bff dia, Ivy n wai ming ::

:: from elia & erin. haha abaikan latar belakang tu yea. papa dah terlentuk tidur. sian penat majlis kawin ::

:: 3 tier cupcake stand dpd ib ::

:: buku resepi from zara zainudin::

hamagadddddddddddddd.
punya la Mr.B suka hadiah ni.
mengkagumi abis. dia pulak tu yang bukak.

Mr.B : bagusnyaaaa. i suka. ini la hadiah yang sebenarnya yang perlu bagi untuk wedding. 
me : bagus la.
Mr.B : yang lain tak penting. ni paling berguna. siapa yang bagi ni ja? bagus la dia ni. pandai dia.
me : kawan blogger. amboi over u suka. ok u amik buku tu. lain semua i amik.
Mr.B : amik la. i tak kisah. i suka ni. boleh belajar masak macam-macam.
me : ok. memang bagus. sayang belajar masak yea. untuk isteri tercinta.
Mr.B : boleh. takda masalah.

over sangat kan. 
tapi aku pun suka. heheh.
tengok la tu pic dia. over sangat siap buat tanda bagus.
T___T

:: from hazey. king size cadar. love. ingat dpt banyak. dpt satu je. mattress sangat berguna jugak kan ::

:: pink blander yang aku syak adalah pemberian iz yahya. sebab dia kata gift dia n card terpisah. mama pulak kata mama tau mana satu pembalut dia. comel ada bunga ke apa. gitu la. tapi time bukak ni mama dah tido! aku rasa ye la tu kot. adakah benar?  satu lagi tea set tu pulak dpd cousin aku, kak eyna. edited: ok bukan iz bagi. iz bagi lain. so tak tau la ni siapa bagi. haha kesian penghadiah blender pink. pepenat belikan. iz yang dapat nama. hampun ::

:: mug set from filla. pun suka. few days before kawin keluar jalan. noy sibuk suruh aku beli mugs. aku kata tunggu la kawin. tengok orang bagi hadiah apa. if takda baru beli. sekali memang dapat. haaa kau. 8 terus. dah la mug besar. fav tu. sebab aku mana reti minum air sikit2 ni ::

:: from zulida. tak sure siapa. kawan mama n papa kot. ke reader aku. tapi tak familiar pulak nama ni ::

:: siap bagi paper untuk 29hb tu. comel je. kira aku akan tau apa berlaku sekeliling aku time aku kawin tu. tapi depan tu pic jejai n fasha. nyampahs. me not loike ::



:: from ice n huda ::

my top is from Stanza Styliska
siapa plus size n suka shopping online boleh visit facebook page atas ni.


:: noy takda kerja. papa tidur. dia sempat snap ni. dia kata sebab bentuk kaki dorang sama. haha tapi memang sama kan. kelakar pulak ::

:: tengok fb pics kawin yang orang tag ::


:: tengok tv. second pic ayol besarkan lubang hidung. gilo ::



ni pulak hari lain.
pergi jenguk rumah.
hadiah fridge from officemate Mr.B.
tak pulak pics yang dah bukak. later letak.

ok sekian entry hadiah kawin. :)
mostly dalam kotak lagi.
sebab takda tempat nak simpan if bukak semua.
yang dah guna just sudip2 dpa viruspadu tu.
n fram semua dah gantung.
standing lamp dah pasang.
jam duduk tu dah guna.
kira baru 10% je kot guna. nanti dah officially pindah n dah ada segala almari ke rak ke apa.
baru ku guna keseluruhan.
suka suka suka

15 Comments:

Iz said... [Reply to Comments]

Aku bagi tea set yg ko tak tahu dari siapa tu. Pembalut pink ada gambar wedding cake tuuuuu. Hehehe. Bungkus kat kedai. Sampai rumah tulis card, takde selotep pulak. Belasah laaaa.. Hahaha

nqr said... [Reply to Comments]

tekaan ko adiah drpd izzy tu aku rasa mcm salah sbb izzy whtsapp aku adiah korang punya pembalut.hahahah. aku rasa mcm dia nak beli bnda lain. wei. size korang jgn lupa bg wei..

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

Meriah nyer hadiah dia.. Ritu poyo je sy mintak dm address kan.. ingt x dpt dtg. last minit, ade gak rezki nak g reception peej.

MR.B sukenyer.. Saya pun baru kawen buln 1 arituh.. belum setahun kan. so smangat nak masak utk hubs. Hubs yg cadangkan beli buku tuh.. lelaki lebih faham jiwa lelaki kot. saya pun dapat jugak. tp still pemalash...

Nad.is.me. said... [Reply to Comments]

Ahhh betul betul betul! Hahah. Dah lepas wedding kau tu aku siap mengigau kau tak suka wedding gift tu. T_T

Padah baca blog kau sebelum tido.. Lololols.

linda said... [Reply to Comments]

Kita pun ada buku resepi yg Ben suke tu. My untie bagi. Suke jgk, sbb bila blur apa nk masak bole belek2 cari idea :D

nor elyana said... [Reply to Comments]

sorry peeja, bungkusan kotak tuh dah herot..beli sebelum balik mesia harituh..dia ada set dgn bowl sebenarnya..bowl x jumpa dok bungkus dlm kotak mana..sedih..nanti dah jumpa boleh kasi so bley bekpes makan cereal dua2an dgn MR.Ben..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

waa best2 tgk org buka membuka hadiah ni xD

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

haha saja belikan ko mug besar.. mcm ko cakap.. senang tak yah nak bangun duduk amik air. tuang satu kali cukup ngeh ngeh ngeh..

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Bestnya hadiah sis...gempak2 dapat..peti ais tu yang tak menahan...memang boleh cuci kaki masuk rumah sebab semua dpt bila kwin...syoknye kwin...hehehe..dpt hadiah mcm2...

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Banyak nya hadiah, mak malu sebab tak sempat beli hadiah, baru sampai dari JB sebab sedara meninggal terus pergi weeding, aunty cuma sempat hulur duit je kat mama.

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

bestkan kawin? sbb boleh dpt byk hadiah. hahahaha. yg KC rasa paling best ialah sbb Peej dpt barang yg sume nya boleh dpakai dan glass set tu .. alahai .. yg KC dpt masa kawin dulu ada yng masih bertahan sampai sekrg. 18 tahun dah.

s.z.a_s.z.a said... [Reply to Comments]

peej, tq ada jugak pic hadiah from me.
hahahahah~
mule2 nk tulis nama MR.B tp kang salah bengang lak suami kn...
hahahahahah~ :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

SOrry kalau hadiah ku tak seberapa Peej. Beg penuh dengan buku, hadiah tu aku siap jeling2 pada penumpang dalam bas yang pandang pelik.

Hahaha. :D

shuweet said... [Reply to Comments]

glad u like it peeja :-)

shuweet said... [Reply to Comments]

glad u like it peeja :-)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...