Instagram : @peejburhan

wed prep @ kem wardieburn

lepas semua dah balik.
baru je placing nak tidur.
tetiba pintu bilik kena ketuk.
izza datang.
kong ajo time aku nikah dia tak datang.
sebab malam sebelum tu dia cover nikah fasha n jejai tu.
so buat editing for melodi sampai 5am.
lepas tu dia tidur terlajak.
syabas. so petang baru datang.

time ketuk tu drama gila.
aku taknak bukak pintu.
kata tak kenal dia. wah sentap abis la konon.
dia dah merayu. hahaha.

:: noy tidur lena gila. kita orang sembang pun dia tak bangun. jonet sibuk nak menjahit apa tah. ::




sembang-sembang.
tanya pasal wedding n all.
dia Insyallah nak tunang soon.
n tahun depan kawin. so tanya pasal prep ngan aku.
so aku suruh dia jimat abis la untuk tunang tu.
sebab serious time kawin banyak pakai duit.
macam aku la. aku dah budget after kawin aku ada simpanan dalam 7k mcm tu untuk masuk rumah.
ambil kau. last minute tah apa-apa benda keluar duit.
sekarang kayap. hak hak hak *sesak napas*
tu pun murah rezeki aku kawin ni banyak jugak la sponsor sana sini.
wedding gift n all. so lega.

lepas dia gerak petang tu.
terus aku tertidur lamaaaa gila.
sedar pun sebab mama naik atas kejut aku. dah malam.
dia kata suami kau kat bawah tu. pergi la bagi dia makan or minum.
baiklah. ada laki uoll.
time tu terlupa n tak ingat pulak dah kawin. heheh.

dah settle semua.
kemas barang aku ke kem wardieburn.
papa ada amik 3 bilik VIP kat tepi dewan tu.
nama je VIP. tapi hazab gila bilik.
jonet dah kata. kau jangan la percaya VIP sangat ni. ala kadar je.
if yang betul-betul lawa if Askar Melayu punya kor. dorang jaga standard.
yang lain hampeh. wah matiklah kutuk.
tapi takpa. janji senang tidur n bersiap situ.

3 bilik satu untuk me, noy n jonet.
satu lagi ayol, zeity n zara.
satu lagi bagi cousin aku jijah n family. sebab dia sarat mengandung.
so biar dia selesa. proper sikit la tidur. gituh.

so simpan barang situ.
terus ke dewan.
tengok hairi n bella siapkan pelamin n hias dewan.
mama, aunty lela, aunty bada buat last touch up.
susun bunga pahar, bunga manggar. center piece.
center piece tu mama buat sendiri. total 30+ rasanya.
gigih dia.

:: tengah bincang untuk agihan kerja for reception esoknya ::

:: mama yang sangat gigih. dalam tak sihat. sampai kul 2-3 pagi jugak la dia kat dewan tu ::

:: sempat vain. hahhaa. ;p  ::




:: bella, hairi n 'neelofa' buat persiapan pelamin. sambil di bantu abam2 A. suka dorang. haha. tapi bagus la budak-budak askar ni. buat kerja elok je. esoknya pun aku tengok macam tu. abis majlis pandai dia kemas balik semua. ::


:: pic kenangan depan pelamin with bella. baju nak sama kan. katanya baju tema rewang. hahah ::

time ni la hairi n 'neelofa' suruh aku pakai hand bouquet tu.
ala-ala sama tema pelamin jugak.
siap kata roses dah common. so pakai ni.
sama macam marion caunter la apa. over sangat kan.
aku menurut perintah aje. heheh.

time tengok dorang buat pelamin tu teruja je.
berapa kali kata thank u kat bella n hairi.
sebab tak sangka cantik sangat pelamin.
tak pernah sangka akan ada pelamin lawa macam tu pun.
ikutkan aku taknak pelamin pun remember.
sampai kat dorang hah. terus tak pasal aku siap pelamin bagai n kena sanding.

ni pulak pics daripada camera papa/mama. ;p
kasi cilok. aku kan tak amik pic banyak mana.
so tengok dorang ada kita amik yea. n tepek sini.

:: high table ::

:: VIP's table ::

:: aunty bada, papa n mama ::

:: zeity n lil pop ::

:: sarjan ismail, papa n mama. ::

sarjan ismail ni la yang uruskan dewan, catering semua. 
sedap gila makan. senang ngan dia. so time nikah pun amik ngan dia catering. 
ala aku takda la no phone dia. nanti aku mintak papa. aku kasi update kat blog. 
siapa yang suka masakan pedas n takda unsur gula n sedap nak mampuih. boleh la contact dia. 
tak silap dia jugak boleh jadi wedding planer.
papa n mama keji je. time memula jumpa dia siap cakap, "bakal menantu pun sama macam hang. kulit sebijik"
hahahahhaha. ok tak kelakar.



:: munga manggar. gold karrerr ::

:: me, bella, aunty bada, jonet, noy n hairi. bagi yang tak tau. hairi n bella la yang sponsor n buat baju reception aku n ben. oh n pelamin jugak. termasuk la walkway, arch semua tu. cantik sangat. sukaaa ::


:: papa pulak nak enter frame ::





lama gila.
aku gerak around 3ish am kot.
tu pun sebab kena halau. sebab pengantin kena rehat.
aku ni suka nervous lebih. tu tak reti tidur pun.
katanya sampai kul 5am dorang buat dewan.
rehat kejap. then pepagi datang again sebab buat last touch up.
letak hiasan for arch n walkway tu.

ok sekian entry kali ni.
nanti senang update lagi.
ta-ta.

4 Comments:

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Kami sekeluarga memang puji lah majlis peeja, makanan sedap sangat, pelamin dan setup meja makan pengantin simple tapi cantik berkenan sangat mata aunty memandang nya.

Tapi hari tu tak sempat pulak nak berkenalan dengan Captn Dr Jonet, frust juga lah.

NorMala @ KaKakSaTu said... [Reply to Comments]

huhuhu.. suke2..
pelamin sgt gojes.
x sangka ek.. preparation smpi pg.
x dpt dibayangkan penat mcm mana semua org.

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

aku paling suka pelamin ko tu... lawa gils.. simple dan kelas gitew... haishhh nasib la aku dah kawin..kalau takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..hahaha

A.I said... [Reply to Comments]

Mmg lauk pauk sedap2 belaka. dgn pelamin kau yg simple but glams tu, mmg aku tabik toing! toing!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...