Instagram : @peejburhan

Saat akhir Miss Peej.

malam before nikah tu.
tidur lewat melampau. ada kul 4ish am baru terlena kot.
dah la penat terlampau memacam kena buat.
terlari sana sini sangat.
n last minute buat hantaran.
takda apa pun la. last buat hantaran untuk dulang buah-buahan n dulang cupcake.
oh n dulang bunga rampai. segala banker's cheque, mas kawin semua tu.
n cincin2 n barang kemas.

kan aku buat untuk both side. memang pitam.
dah la the dulang2 terakhir tu.
rumah aku dah penuh orang. ngan takda ruang nak buat.
buat kat meja makan je tu.
ngan bila dah ramai semua la nak bagi idea T___T
stress rasa nak nangis.
last fed up aku cakap, " saya dah penat. saya nak ikat ribbon macam ni je. siapa rasa nak tambah. tambah sendiri".
terus naik atas tenangkan hati.
time tu dah kul berapa kot. mak penat hokeyh.

setelah plan ngan mama.
malas nak susahkan diri.
kata hantaran semua biarkan je kat rumah aku.
takyah nak hangkut sana sini.
pergi masjid pun just bawak dulang-dulang penting aje.
so belah Mr.B aku bagi 3 dulang - dulang sirih junjung, dulang mas kahwin hantaran n bunga rampai, satu lagi dulang barang kemas.
aku pulak bawak dua dulang je rasanya. dulang cincin n bunga rampai, n dulang sirih junjung. tu je la.
lain tinggal rumah. tok kadi bukan nak tengok pun.
plus later semua akan ke rumah untuk makan2. so nak tatap. tatap la kan. gituh.
bagus. tak susah kan. i like.

oh malam tu pedd lepak rumah.
tapi tak dapat nak melayan sangat pun. aku membusy.
thanks for coming sweetness. dapat menenangkan aku jugak.
yang time tu rasa tak percaya betul ke aku nak kawin.
n since dia datang. aku mintak tolong ambilkan hand bouquet aku.
sebab pick up point kat area curve. since pedd from that area. so mintak tolong dia.
:)


hand bouquet adalah daripada Mas from Shutterholic Wedding Photography
asalnya mas email approach regarding photog la.
but tarikh aku tu rupanya dia dah ada event lain.
tengah browse album kat fb dorang.
nampak ada hand bouquet. 
malas nak carik lain. terus aku kata aku nak hand bouquet dpd dia.
n Mas is nice enough kata dia akan charge untuk satu bunga je.
satu lagi dia bagi as a wedding gift. <3
oh yang belah kiri for nikah. yang kanan for reception.
tapi reception tu aku tak jadi guna.
sebab malam before reception tu, time buat pelamin.
hairi kata dorang buatkan aku bunga tangan. setema ngan pelamin gituh. tu cerita lain kali.
kalau nak tengok bunya tu ngan lebih clear. boleh check out fb page Shutterholic Wedding Photography tu.
ada album hand bouquet tu. :)
try la mintak macam mana nak. Insyallah Mas boleh buat n seriously aku masa bg pic simple je. tapi Mas buat lagi lawa dpd tu. 

sorry aku takda pic proper.
sebab katanya macam aku ada masa nak snap sana sini kan.
so semua pic ni aku amik dpd camera noy je. :)

:: lil pop yang not so lil anymore ::

:: faressa doing her thang ::



oh lupa bagi tau.
aku takda bilik pengantin pun hokey. hahaha.
sebabnya malas. aku kata buat hape pun.
plus motif agak bengong nanti if ada bilik.
dah la semua orang sibuk nak tengok bilik. tah apa-apa.
so aku kata kat mama, tak payah. aku ok je.
plus lepas kawin ke apa semua tu. aku tidur ngan noy.
Mr.B pun balik rumah dia. so tak perlu.
rumah aku pun penuh sedara mara. penuh as in ada dekat 40 orang kot kat rumah tu.
kalau satu bilik aku dah sibuk nak buat bilik pengantin bagai. mana dorang nak menyelit kan?

kelakar. photog aku datang awal.
noy angkat phone. noy kata pija kata takyah amik pic make up.
so photog aku gerak n gi breakfast.
again after settle dorang datang ketuk pintu nak masuk amik pic. aku kata takyah.
sebab dah la bilik horror.
celah mana kau nak ambik angle pun kan.
dengan aku sesuka hati make up tak pakai seluar.
pakai baju labuh je. gagagag. lantak. ;p

segala sumbat situ.
malam tu aku, noy, jonet, zeity n sofea tidur reramai. ;p
nak berjalan pun takda ruang ok. lagi mau amik pic. tak payah uol.
ye aku simple n malas pening.
yang penting nikah je pun. khennnnn.

:: baju nikah ::

baju nikah is sponsored by tessa.
tessa adalah kakak kepada faressa.
my childhood friend.
akan buat special entry about this later.
sangat suka baju ni. super selesa n the beadings sangat la halus n details. suka sangat.
tessa present kat aku baju ni. 
terkedu aku.
tapi after the wedding. aku sms dia kata aku nak pulangkan.
sebab aku kata aku simpan pun buat apa. aku bukan akan pakai lagi.
buruk perangai kan tetiba nak pakai putih gi sana sini. kau ingat kau pengantin lagiii? 
aku kata baju ni kaftan n besar. so baik dia amik balik.
atleast orang boleh sewa ke. or maybe some people dia suka. dia akan beli. :)
kan kan kan.
oh baju ni sekali ngan tudung n veil.
again takda proper pic sebab bukan aku yang snap pic kan.
but boleh tengok pic kat blog faressa.
if korang berminat nak buat baju or nak beading works ke apa.
boleh email tessa at nina_natessa@yahoo.com
boleh tengok tessa n faressa fb page.
ada banyak hasil kerja dorang. :) NINAS





:: haha. i hate my face. ::

serious aku tak suka almost semua pic before nikah ni.
saat-saat akhir masa masih Miss lagi.
sebab muka ketara nervous ke apa.
macam buruk bebenor la rupa aku.
aku try vain amik pic pakai hp nak mobile upload or tweet pun semua tak jadi. sebab buruk gilaaaaaaaa.
dah la tetiba nak vain tak reti. teriba muka separuh la. senget la.
gagagaga.
so harap maklum if muka mokcik horror ye uolls.
matiklah salahkan nervous kan. padahal mmg muka mmg gaya tu je pun selama ni. ;p


:: me n my lobster ::


haha time ni lawak.
dah siap semua terus turun bawah la.
dah tiba masa nak pergi masjid.
turun bawah ramaiiiiiiiii gila orang.
berderet je duduk mengadap tv.
then turun ngan tak pandang siapa.
tercegat tak tau nak buat apa.
dah la semua pandang. maluuuuu. tak sukaaaaaa.
yang jonet sediakan kerusi. bebetul depan deretan orang duduk semua tu.
agak-agak. takkan la aku nak duduk situ feeling kan.
terus aku laju je menyorok kat area dapur.
haha wtf sangat perangai.
time tu nervous, sega, malu, inferiority complex semua la rasa. ;p

:: abang2 bersiap ::

:: hantaran. again takda pics. takda sorang pun yang amik pic satu2.  harap kat pic official photog nanti la jawabnya. :) ::

:: me n my maid of honour, me lovely Dr J. oh iklan kejap. ahad ni jangan lupa tengok nona. jonet masuk nona uolls. farah fauzana tweet kata last week. aku beriya tengok. last2 takda. rupanya this week baru keluar. sampai hati mainkan perasaan kitew ::



:: me n me mommy ::


pergi masjid ngan noy. :)
matiklah masjid tak sampai berapa meter tapi nak kereta.
hover sangat khennn.

ok la. dah panjang sangat dah entry ni.
nanti sambung entry lain ye uolls. :)
ta-ta. 

12 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

walaupon masjid dekat mmg kena la naik kereta...nnt berjalan2 panas semua mau berpeluh pulak karang..haha

NorMala @ KaKakSaTu said... [Reply to Comments]

Noy nampak betul ketara macam baru lepas nangis. Mesti dia sedih kakak dia nak kawen. seronok baca pengalaman adik sblm nikah. teringat lak pengalaman akk 7 thn lps.. huhuhu..

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Paling best n nebes bila nak nikah kat masjid la... Serba putih, n nampak ayu jer..

Rain said... [Reply to Comments]

hehehehe..sonok bace org neves nak kawen..dh lama tgk muke si lil popia..still cute..:)

kardina73 said... [Reply to Comments]

ur baju is so cantik..
if not too late selamat pengantin baru.. moga berbahagia hingga ke syurga..amin

regards,
misha

shuweet said... [Reply to Comments]

aku suke baju nikah ko peej. ngan baju noy..lawaaaaaaaaaaaa

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

nmpk sweet je pakai baju tu. anddd kalau nak kahwin rumah dkt mn pun dgn masjid.. kena naik kereta! haha. baru special kan :P

Hunny Kitty said... [Reply to Comments]

tahniah...cantik hb..cantik orgnya...semua pun cantik

aNNe bOo said... [Reply to Comments]

Hye peej im ur new reader heeee jumpe blog u kt page ceeramoon. Nway sronok bc blog u bout ur pre solemnization n wedding. :)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Peeja aunty suka peeja buat hantaran memang cantik, dulu ada entry pasal orang suruh peeja buat hantaran, i loike simpe je pun and baju mama pakai ni pun cantik.

Ok ahad ni gerenti duduk depan tv nak tengok Capt.Dr. Jonet dalam NONA.

lily lotus said... [Reply to Comments]

eh ok jer all the pics, hehe...

Preloved Shop said... [Reply to Comments]

peej, kira u and tina ni berbiras la kan? kenapa xde pic tina ye?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...