Instagram : @peejburhan

Rewang.

seminggu before aku kawin. tak silap 21st April time tu.
aku ajak few friends.
mama pun ajak few close friends.
untuk tolong rewang buat goodies bag.
ye la asyik orang tanya ada apa nak tolong ke.
kita orang kata takda apa.
takda apa la sangat. padahal banyak benda nak tolong kan.

bukan apa. rumah kecik. barang penuh.
kang reramai datang, takda tempat pulak nak buat segala benda kan.
so bila barang aku dah pindah kerumah.
rumah mama pun dah kemas bagi lapang.
baru boleh set time kan.
so mama kata suruh dorang datang 21st.
mama akan masak-masak sikit.
boleh la makan-makan sama. :)

goodies bag aku takda apa pun.
just coconut candy n letak mug je.

drama gila ok masa nak decide tu.
aku nak simple je. aku kata takyah fancy.
tapi papa tak puas hati. dia mana boleh simple-simple ni.
dia kata dia nak ada bag. tak kira bag apa pun.
tapi nak bag!
supaya senang orang nak pegang. ok layankan.

so masa buat kad kawin. tempah sekali bag.
aku buat kat LH creative. tak mahal pun. satu bag tu 50 sen je :)
dapat la bag.

then fikir nak letak apa.
mama buat kelakar kata nak letak buah oren n muffin.
aku dah macam pelik. tak pernah buat orang bagi oren.
mama kata biarla. orang tak buat. biar dia buat.
ok tang ni aku tak suka. hahaha
cea nak simple. tapi banyak komplen.

then ada sekali tu ayol balik dpd melaka.
dia bawak balik coconut candy.
beli 3 paker. rm10.
dalam 1 paket tu ada la beberapa ketul coconut candy.
makan. hmmm sedap. aku suka candy.

kat paket tu ada pelekat company tu.
mama kata apa kata order untuk nikah.
aku ok je. aku suka.
time tu plan dlm goodies bag nak letak apam polkadot tu.
then aku terfikir. apam bukan tahan lama. dah la some wedding aku pergi.
by the time balik rumah nak makan apam tu. dah masuk angin. kerasssss. so tak best.
aku kata apa kata untuk reception bagi candy.
candy tahan lama. tahan dalam 3-4 bulan.
mama kata ok.

so aku call la company tu.
company IKS kat simpang renggam.
sorry jangan tanya aku contact number.
tu papa pegang. aku malas nak turun bawah mintak. hahha.
tanya. harga sangat la murah.
dia kata 3 weeks before wedding boleh place order.
dia buat amik masa 3-4 hari je.
nak courier boleh.
tapi since cousin papa, uncle bor tinggal kat batu pahat.
n selalu ulang alik KL.
kita orang mintak tolong uncle bor je pick up.

so settle la part tu.
lepas dapat. few days later tu. aku n aunty bad start bungkus candy tu.
malam pertama siap 200 packs. :)




then esoknya aku turun bawah dah banyak gila mama masukkan candy dalam plastik tu.
tunggu aku nak stapler n buat kipas tu je.
penat hoihhhh.
mama ni tak padan sakit. kuat semangat ok.
aku dah rasa nak nangis sakit pingang buat.
dia tak stop-stop ok.
sedar-sedar untuk time tu. siap buat lagi 500 pack.
gila ok!

esoknya mama sakit badan.
2 hari tak sihat. pastu siap cakap tak tau sebab apa sakit.
aku dah macam, mau tak sakit. semalam kita buat tu 500 pack ok.
dia kata dia tak sedar. lepas tu baru insaf. hehe.
then balance tu siapkan hari lain. settle part tu.

then decide nak masukkan apa lagi selain candy.
yang papa kata nak bunga pahar.
aku n mama bising. buat apa.
jadi kerja nak kena rebus telur sampai ribu.
degil nak jugak.
aku kata takyah la.
yang mama ngan debate dia. dia kata pahar ni selalu orang merenjis je dapat.
bukan semua orang. papa dah muka ketat. hahahaha.
last noy kata, apa kata bagi mug. mug orang guna. orang tak buang.
papa ok.

so mission mencari mug.
tu yang ada entry aku kata pergi chow kit tu kan.
setelah persetujuan semua.
kita orang decide nak bagi mug minum teh tarik tu. :)
so dah order semua. 2 hari before 21st tu papa amik mug tu kat chow kit.

time tu rumah mmg horror la.
kotak sana sini. semak nak mampuihhhhhh.
meja makan penuh ngan plastik bag. ada dekat 20 bag kot.
semua aku place coconut candy yang dah pack tu.
kotak mug penuh tepi tv. ada dekat 20 kotak. 
ambilllll.

ok la. settle masalah.
then sampai la hari itu.
aunty juwita (jiran), aunty maz n anak dia ernie datang paling awal.
later join by aunty bada, wife uncle bor.

so kita orang start buat dulu.
datang papa yang cerewet. dia suruh ikat ribbon kat mug. 
ish sabar je la. over sangat. bapak sapa la ni.
so layankan la. kalau tak bertekak nanti.
so hari tu kerja ialah, lipat goodie bag, lap mug if berabuk, ikat ribbon kat mug, masukkan mug n coconut candy dalam goodies bag. n last kena susun pulak goodies bag dalam kotak. 
niceeeee.

busy buat kerja.
mama sibuk memasak kat dapur.
sorang-sorang je.
dorang kata takyah masak.
ada kata beli je.
mama kata mana boleh. kena la masak. penat buat kerja boleh makan.
plus if setakat beli. bila-bila pun boleh kan.
so biar dia masak.
lagi pun mama kata. dia duduk depan buat apa pun.
bukan dia boleh dengar orang sembang ke apa. ;p

later family uncle azmi datang. ngan anak-anak dia.
pun family fren. aunty yati bawak tapai banyak.
aunty juwita bawak sandwich yang super sedap n comel. suka.
mama pulak goreng instant karipap, cok badak, kuih kacang goreng.

anak aunty mas, sofea pun datang.
husband ernie datang.
later jonet n adik dia jielah datang,
nysya, ice n huda.
Mr.B pun datang.
n husband aunty maz, uncle zahir pun datang bawak kuih-kuih lagi.

aku lupa snap pic.
tapi mama masak, ayam masak karipulay yang sedap melampau.
semua orang suka. siap bertambah n ratah ayam lagi.
ada telur dadar kot. ada sambal belacan, ulam-ulam, ikan goreng.
apa lagi eyh. sedap la pastinya. sukaaaaaa.
lepas makan hari tu. terus ice jatuh cinta.
last week huda siap bbm tanya cara masak sbb ice suruh dia buat. heheheh.


bahagian susun goodies bag yang siap dalam kotak kerja lelaki.
husband ernir, shahril pergi dapatkan kotak.
dapat few la. still tak cukup.
so dia carik lagi.
tunggu lama, so uncle azmi pulak carik.
kelakar je cerita dia.

dia pergi giant area rumah aku.
dia kata dia tengok ada indian guy tengah amik kotak n susun.
nak amik lettew.
dia kata tengok baju bukan pekerja giant.
so dia pergi kat lelaki tu. dia amik kotak-kotak tu.
dia masukkan dalam kereta dia. T_____T
lelaki tu tengok je tak cakap apa.
terkebil-kebil je.
uncle azmi, "berani dia nak cakap apa. dia tengok uncle pakai seluar loreng n misai uncle tebal".
hahaha tak suka.
kesian mamat tu. penat kumpul kotak. ;p


jonet si ceria.
hari tu siap datang bawak sepapa telur grade A n buah nenas banyakkk.
serious besar nak mampuih telur yang dia bawak tu.
dah macam telur dinosour. ok tu tipu. hahhaa.

getik doh dia ni.
dah la orang semua buat kerja duduk bawah.
dia dpd ats kerusi.
siap cakap, 'aku tak suka duduk bawah. aku tak biasa. aku kena atas kerusi."
lepas tu dia duduk bawah.

me : tu boleh tu. ingat kau yang pengantin. raja sehari sangat duduk atas kerusi je.
jonet : hahaha kurang ajar. tapi ni kira aku duduk bawah ni, aku mencemar duli la ni. 
me : eeeeee..tak suka.




:: huda pun sibuk buat kerja. risau je tengok. tak penat tau perempuan ni. relax je. tapi syiok lepas dah abis kerja tu. me n noy sibuk pegang perut dia. rasa baby gerak-gerak. <3 ::








bawah ni pics from ernie's fb.
aku curik. :)
sebab aku tak amik pic banyak sangat.
katanya membusy kan.




banyak gilaaaaaaaaaaa.
dah berjalan pun dah payah.
rumah kecik kan.
bila dah kumpul tu. ambik kau. sesak.
duduk pun ruang memang cukup-cukup je.

Alhamdulillah. berkat ramai menolong.
kita orang berjaya siapkan 1000 pack. yeay.
start sround 11am. settle by 6pm macam tu. :)
gila bertingkat kotak kat porch rumah.
esoknya baru hantar ke rumah aku. kasi clear rumah mama n papa.
storage problem. heheh.

akhir kata.
aku rasa lebih baik bagi goodies berupa kotak or uncang kecik je lepas ni.
takda la payah bebenor nak simpan sementara nak tunggu majlis tu. ;p
untuk yang menolong, terima kasih banyak-banyak. :D
entah la dorang baca ke tak blog aku.

ok tu je.
lepas ni update lain pulak.
ta-ta.




11 Comments:

Huda Ramlee said... [Reply to Comments]

Sebut pasal buah oren tu, pernah attend kenduri kawan husband, dpt buah oren..sebab majlis dia time CNY..sekarang pun byk org bg goodies makanan je..

kakchik@ella said... [Reply to Comments]

rewang ~ tradisi melayu yang meriah dan best sgt2. 50 sen je goodies bag yang cantik tu Peej. Woww!! that's cheap. murah sgt2 tu. and the candy kelapa i tell u .. its sooooo delicious. Lama KC tak buat dan makan candy kelapa. So otw back from your kenduri, 3 bijik sekaligus jadi mangsa tummy comel kita. Buruk,kan. Tak kesahlah dah benda sedap .. dan-dan tu KC bedal. hehehe.

Nina Faressa said... [Reply to Comments]

I'm reading this as i drink chocolate milk of the mug u gave.. haha memang betul orang tak akan buang mug, so usefull! So many ppl give telur and i swear kat rumah ni banyak gila telur in those little things tak termakan until one of the cats akan main sampai pecah and eventually eat it lol

susumanis said... [Reply to Comments]

best peej ko update details, nanti anak cucu ko baca sure dia org sukee..hehe

azra said... [Reply to Comments]

Suka yg bab candy tu dari IKS simpang renggam. Sbb I org simpang renggam (tp skrg aku da ddk kat pulau tioman) rasanya candy tu kat perusahaan Zainab jaya atau pun perusahaan Seri. Tp kebiasaannya kat Seri tu lah lagi sedap.

* saje bagitau kot2 ada pembaca peeja ni yang nak cari candy kelapa yang sedap.

Anonymous said... [Reply to Comments]

wah...mmg kelas ur goodie bags..tp mesti byk belanja kan..dulu mase i buat keje kawen..siap buat 4 proposal semua nya hampir menjangkau RM5K.tp at the end decide tak yah paper bag.tp itu semua adalah kenangan yg tak dpt dilupakn dlm hidup..mesti seronok time tu..dgn riuh rendah sedara mara...heheheh

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Seronok nya baca, aunty suka candy tu aunty makan semua, kita orang kan dapat goodie bag sorang satu jadi aunty sebat semua candy tu dan makan. Mug yang simple tapi nampak cantek bila dah letak reben. Aunty rasa kalau wan kawin aunty nak bagi telor pindang je sebab telor pindang tu kebesaran orang johor bila kawin tapi bila nya dia nak kahwin entahlah calon pun tak ada lagi mak dia je yang verangan.

Aunty pun teringin nak tolong tapi apa daya asyik berulang balik jb sebab ada 3 orang saudara yang terdekat meninggal berselang selang minggu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej,kasi tunjuk la mug tu ngn details harga..leh amik ilham kot2 nk bg..hehee

yna

Anonymous said... [Reply to Comments]

wah, mama sy selalu masak candy kelapa ni... tp manis sgt... nyum3..

peej said... [Reply to Comments]

huda - ok la tu. kena tema. ni bukan limau mandarin pun. ni sunquisk. pelik kan.

kakchik - murah kan bag tu. terkejut jugak. tapi kena amik seribu bag la. then dpt extra 100 lg. sedap kan candy tu. sebab sedap tu la terus rasa nak bg as wed favours. :)

faressa - oh really. awww. thank u. haha ok kelakar. kucing kita orang so far tak pernah lagi makan telur rebus.

susumanis - ye ke. dorang pun tak kosser baca nanti. ketinggalan zaman dia kata. ;p

azra - yes. kita orang amik yang kar SERI tu. :)

anon - tak la. tak mahal. kita orang mmg ada budget. Alhamdulillah cukup2 je. total semua jauh rendah dpd rm5k tu. :) berkumpul best. tp pening pun ada jugak. esp bila dah ramai. tukang complain pun ramai. oppss.

aunty - a ah. johorean suka bg telur pindang. tp aunty takkan nak bg telur je tergolek2. kena jugak fikirkan bekas dia kan. so good luck ye. hahahah.

anon yna - malas pulak nak amik pic. tgk if rajin nanti. :) mug kaca kosong tu. if kita minum teh tarik gelas kecik kat mamak usually. harga depends kedai. tapi if amik banyak boleh dapat dlm range rm1.50 - rm2.00. gituh.

anon - best nya pandai buat sendiri.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Sangat suka oh dapat candy tu. Dah lama gila tak makan, sekali dapat, homai! Syok! :D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...