Instagram : @peejburhan

Reception 29 April 2012 - Kem Wardieburn

entry ni akan panjang berlebihan.
so sebelum baca sila pergi basuh muka dulu.
pergi amik air ke apa.
then pergi warm up ke apa.
alang-alang update tu.
cerita je semua. malas nak buat part by part ke apa.
supaya kita boleh move on ye.

untuk reception. buat kat dewan dato' othman harun, kem wardieburn.
aku kan tidur kat tempat sebelah dewan je. so takda masalah la.
aku terjaga awal. seperti biasa.
bangun je terus mandi n nervous.
so kejut noy n jonet.
dorang pulak bersiap.
then around 10ish dorang keluar. pergi saloon buat rambut.
tinggal la aku sorang kat bilik tu.



noy yang bengang.
sebab tak sampai sejam rambut dia jadi haram jadah macam tu.
sebab saloon fav tak bukak lagi. pergi saloon lain.
kejap je cantik. lepas tu tah apa-apa. gagaga.
tapi zeity punya elok pulak tahan sampai ke malam.

then dotdot sampai lepas tu.
faressa sampai around 11ish.
memang plan lewat sebab ikutkan nak masuk dewan around 2pm.
so make up la.
then ramai pulak sampai.
huda n ice lepak bilik.
then official photog sampai.
then siapa lagi tah.
dah la aku nervous n aku rasa cuaca super terik.
so panas gila rasa bilik tu walaupun ada a/c
rasanya sebab ramai pun ye.
tapi respect jugak la kat faressa.
walaupun time tu ramai orang. n asyik orang pressure suruh cepat sebab tetiba dorang nak pengantin berarak cepat pulak. dia relax je. maintain je.
kalau aku. mau aku halau semua orang. hahah.
tak reti aku. harus lagi gelabah. ;p

:: huda bersiap at the other side of the room ::

aku berpeluh ok.
tak pasal tessa kena kipas aku.
n lapkan peluh. ratu peluh betul. kah kah kah.

yang abang-abang aku sepuluh kali masuk bilik tanya bila nak siap.
sebab orang dah penuh dewan n tunggu pengantin sampai.
arghhhhhhhhh. pressure gila.

parents tessa n faressa singgah bilik nak jumpa aku.
sebab dorang nak kena pergi wedding lain.
sempat aunty marcella gurau

aunty : lawa ke baby (faressa) ni make up?
faressa : mommmmm..
me : lawa la aunty. if tak lawa takkan amik dia.
aunty : ok laaaa.

hiihihi jahat.
tah me n noy daripada dulu sangat suka dengan dorang whole family.
sangat sweet n humble je aku rasa.
everytime jumpa even salah sorang. mesti akan rasa happy je. everytime ok!
mesti lepas tu me n noy akan, "suka kan dorang. baik sangat"
papa n mama pun akan cerita la yang dorang sangat rapat dulu.
tadi ada tengok pic daripada camera cousin aku.
aku n noy dah gelak. sebab pic papa n uncle zul peluk melampau.
banyak lak tu.
sambil sembang tapi dedua berpeluk. macam couple. hahha.

noy : apasal ni pa? over sangat. tak lepas. uncle zul punya tangan siap kat bontot. hahah.
me : kannn.
papa : memang la. dulu best friend. sekarang pun. tapi kena respect sebab sekarang dia dah datuk. 
noy : noy suka family dorang. baik. tak eksyen.
me : kan. saya pun suka.

if rajin akan share pics menarik dpd camera cousin aku tu.
tapi pitam nak memilih tu. sebab ada 600+ pics ok.

oh tengah bersiap tu Lord Zara datang.
cakap dia dah nak gerak sebab dia kena pergi somewhere.
sebab pelancaran buku dia ke apa. gitu la.
aku tak dapat nak sembang sangat sebab time tu tengah make up. :)
thanks for coming n singgah jumpa. :D

bella : uol kenal ke tak tu? muka macam tak kenal je.
me : kenal la.
bella : abis muka macam blur n taknak layan je.
me : haha kong ajo. saya tengah make up la. plus first time jumpa. harus la malu.
bella : ooo ingat tak kenal.

then setelah di pressure berkali-kali.
suruh masuk dewan pukul 1.45pm.
kelam kabut ok siap.
halau semua dpd bilik. pakai baju.
hairi banyak tolong.
dah la buat saspen ingat tak muat. kah kah kah.


baju kawin yang di sponsor by Mohd Hairi Mohd Tajuddin. super <3
walaupun if amik pic baju je. rupa kelambu.
tapi bila pakai terus feeling mermaid iols. matiklah perasan.
tak kisah la. nak puji baju kawin sendiri. hahah.
then pakai je hairi tanya nak potong ke tak net depan tu.
aku kata potong. sebab takut aku tersangkut time jalan.
so hairi terus potong time tu jugak.
then faressa pulak bukak segala sepit curler ke apa kat rambut aku.
then faressa n hairi pakaikan veil aku.
serious time ni kelam kabut.
then pakai kasut. dah kata kelam kabut. aku pun tak terfikir nak duduk ke apa.
so sambil berdiri pakai kasut.
hairi yang tolonggggggggggg.
rasa bersalah sangat. tapi kelakar la time tu.
hairi siap mintak kebenaran Mr.B nak masuk dalam kain aku. hahahahhahaa.
sebab baju tu kan tebal bawah tu. macam mana pulak nak buat sendiri.
so hairi kata takpa. dia dah biasa.
time tu rasa lawak n scary.
sebab macam. mesti dunia hairi gelap dalam tu. ;p
tak terhingga betul la ucapan terima kasih kat hairi n bella tu.
banyak sangat membantu.
lama tak jumpa dorang ni. tetiba type ni rasa rindu pulak.
oh kasut yang hairi buat pun sangat la selesa.
rasa tak mencengkam ke apa pun. n takda rasa penat or perit kaki. :)









wedding kek ni wedding present daripada seorang reader aku.
dia tak bagi letak nama dia.
semangat dia ok. kemain rajin email aku selalu tanya aku nak cake macam mana la apa.
aku segan je time tu.
dah la semangat dia tu. dah macam mak pengantin ok.
aku pun tak semangat macam dia.
dia suruh aku pilih n tempah. dia bayar je.
syarat dia nak cake mesti ada pengantin kat atas sekali. ;p
tapi aku mana reti nak carik cake mana. aku suruh dia yang uruskan.

aku kata 3 tingkat jadi la. n aku bagi pic wedding cake yang aku nak.
aku suka wedding cake khloe kardashian dulu. *haha obses*
suka corak yang belah bawah tu. so google pic yang ala-ala itu la.
nak bagi pic wedding cake khloe apa kau ingat kau best?
dah la orang present. lagi mau demand kan. agak-agak la.
so cari yang ala-ala.
sekali reader tu kata dia dah tempah. 5 tingkat. dia kata 3 tingkat macam kecik sangat. gituh.
excited dah kami.
bila kek sampai. agak kecewa sebab tak seperti gambar yang bagi.
dia kata sorry sangat. sebab dia pun tak sangka jadi macam.
ok agak pelik. tapi certain angle aku rasa lawa la jugak.
dia kata tak sangka jadi macam tu. ingat ok sebab kedai cake ni dah few times masuk majalah2. mcm tu la.
cake dia ada dua flavour.
yang chocolate moist tu sedappp. tapi yang butter cake tu tak best.
sebab bagi aku agak dry. n rapuh berkecai gitu.
n fondant dia tak keras lagi.
tapi still i'm thankful to reader tu sebab sudi bagi wedding cake ni as our wedding present. :)
Alhamdulillah. puas family semua makan cake tu.




:: wedding dais, arch, walkway n high table by Hairi ::



ok sambung cerita, ikut plan asal berarak daripada tempat tinggal kat tepi tu sampai dewan.
but since lambat n cuaca panasssssss gila.
tak sanggup aku. sampai dewan ada yang pitam.
so terus last minute noy kata naik kereta dia je la. haha gituh.
sesuka hati kan.
tetiba ice jadi driver. noy passenger. then aku n Mr.B kat belakang.
hahahha.

perasaan time tu?
nervous. n rasa nak gelak pun ada.
dah la sampai tetiba ada kompang-kompang. *pitams*





time ni agak slack.
sebab aku tak sedar veil aku terkepit ke tepi the whole time.
jonet pun tak perasan la tu. mesti dia pun nervous jugak kot time tu.
sebab naik kereta aku kena ketepikan veil taknak terduduk.
bila keluar tu lupa nak betulkan.
kata dah gelabah. ada masa nak ingat semua tu kan.

masa masuk tu.
nampak la iz, ai, akiss.
ramai ada. tapi time tu memang tak pandang la. aku pandang straight je. takut ah.
dah la memula sampai tetiba tengok ada orang baling-baling bunga rampai.
kelakar. sebab takda plak plan semua tu.
rupanya sebab aunty lela aku bawak bunga rampai.
tujuan untuk merenjis n hantaran.
since banyakkkk sangat lebih. so buat la untuk baling-baling time sampai. heheh funny.

dah la Mr.B jalan laju gilaaaa ok.
aku terkedek-kedek je. tau la kaki dia panjang kan.
berapa kali aku tarik dia cakap jangan la jalan laju.
sebab tu in some of the blogs. boleh nampak macam Mr.B tunduk nak dengar apa aku cakap.
then dah jalan tu. nak naik tangga lagi horror.
masa memula naik tu siap aku pijak semua baju aku ok.
huaaaaaaaaa. takut.
tapi lepas-lepas tu ok.
baru aku tau pakai baju tu ada teknik untuk naik or turun tangga.
bila jalan tu. kau kena sepak baju tu. so dia kembang ke depan.
sementara tu la kau senang nak bergerak. gituhhhhh.
mana la tau. al maklum tak pernah aku pakai baju grand-grand ni.
selalu pakai seluar je ;p
tapi tetap nak turun naik tu aku harapkan Mr.B pimpin la.
atleast if terjatuh boleh gayut kat dia. hahaha.

time bersanding ke apa pun kelakar.
sebab tak tau nak buat apa.
rasa macam boneka pulak.
dah la panas hazabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb kat atas tu.
aku peluh macam mandi ok.
kan aku takut ketiak basah time kawin kan.
takda makna ok. bukan ketiak je.
almost satu lengan basah ok. area perut pun. kah kah kah.
siapa amik pic pakai flash. memang nampak la.
lantakkkkkkk.
rambut memang kuyup la weyh. basah sampai ke bawah.
aku dah muka sentap je. rasa nak nangis pun ada. tak tahannya.

oh ada yang cakap kalau aku sanggul rambut lagi cantik.
tak payah.
aku tau diri aku sendiri. muka aku ni besar pasu uols.
lupa ke pics aku masa bachelorette tu. kan aku buat ala sepit rambut sana sini.
macam nak meletup muka.
so lepas lagi better n ok. boleh la coverline muka yang besar gila ni. walaupunnnn.
selama ni kat blog aku sanggul kau nampak la ok.
sebab aku vain n snap sendiri.
kawin ni camera kiri kanan depan belakang atas bawah ok.
bukan je muka besar pasu je nanti. ada yang besar hot air balloon ok. eee seram.
so walaupun hazab panas, rimas, peluh sakan. biar la. asal certain pics tak la horror sangat muka pasu ni. ;p


:: nysya with anak kawan aku ::



haus koooo.
ye la sepanjang majlis yang panas dah hazab ini.
baru dapat minum air. kah kah.
sepanjang reception tu aku dapat minum ni haa.
ngan later lagi segelas.
tu pun sempat sentaps. sebab photog suruh aku gi mana tah time tu.
session amik pic kat pelamin kot. aku cakap, "kalau saya nak minum boleh tak? tunggu kejap ye".
time tu rasa stress. sebab panas kot. aku mana boleh tahan panas.
so macam di arah ke sana kemari. rasa rimas. bengang pun ye.
tak dapat mingle around pun.
baru nak duduk ngan kawan kejap. dapat arahan suruh ikut Mr. B kemana aje.
pastu dia sembang ngan kawan dia. yang aku sangap n penat berdiri macam al beruks je tepi tu.
hahaha.

:: antara muka ketat tak tahan panas lettew ::




:: camera noy ni tak silap ice jaga. sebab tu banyak pics kawan-kawan mrsm je ;p ::


sedih gila.
time ni family picture.
ada noy n p.g je.
papa n mama busy orang nak salam ngan dorang.
panggil pun taknak layan.
yang ayol pulak tah kemana.
zeity bawak zara sofea balik bilik. lepak ngan family dia.
aku terkilan la sebenarnya. sebab tak dapat gambar whole family.
takda langsung pic ngan zara sofea kat pelamin ni.
aku n noy siap 2 hari sebelum tu cari gown ikut tema untuk kenit tu.
aku siap tanya ayol, "takyah sofea la. kau ada tak pic ngan aku kat pelamin?"
dia geleng. sentaps 18 tingkat ok.
aku cakap. takkan ada lagi aku n Mr.B pakai macam ni.
takkan ada lagi pelamin lawa macam ni.
ni sekali je la pun. so sayang peluang terlepas macam tu.
sebab dorang melepak kat bilik. T____________________________T

memang takda rasanya pic.
pengantin with papa n mama ada.
pengantin with siblings tak lengkap.
pic ngan zeity ada. tapi time tu semua saudara mara sekali gus la. ramai-ramai.
n rasanya pics whole family kitaorang je, takda.
ada masa nikah tu je la. hmphh.
takpa la. dah berlalu pun. boleh buat apa pun kan.


:; time ni mingle-mingle tu la. tak sempat pun. kejap orang sana sini tarik kan. tak sampai berapa minit. dah kena naik pelamin again. session amik pic pose sakan rasa nak pitam ngan Mr.B pulak ::


:: duduk rehat sebab penat. terus mama lap peluh aku yang horror tu. hahaha. sempat ngadu kata penatnyaaa. tak suka jadi pengantin. dia kata takpa sehari je. kejap lagi abis la. baiklah ::




tiba-tiba ramai pulak nak amik pic.
tak pasal pose situ.
dah la susunan kerusi rapat.
dah terkepit-kepit masing-masing. lawak pulak tengok pics ni.


ramai dah balik time session bergambar berdua ngan Mr.B kat pelamin tu.
dah la lawak-lawak je.
tapi photog adalah baik.
agaknya dorang tau aku muka dah masam and ketat je.
penat n peluh. rimas semua la.
dorang carikkan kipas n pasang tala kat muka aku.
ahhhhhh nyamannya rasa time tu.
agaknya dorang pun horror tengok peluh aku dah macam ke hapa kot. ;p
tapi bila pasang kipas. masalah lain lak jadi.
aku terkebil-kebil sebab mata kering. contact lens jadi pedih pulak.
tapi lantak. ku sanggup mata sakit dpd kepanasan.

tapi serious lawak la pose.
tak reti aku.
mana yang terlebih pelik. mesti aku sound kata, korang jangan nak suruh pose pelik-pelik ok.
tak sukaaa. hahhaa.
serious tak reti aku. nasib dorang ok.
mana aku tak suka. dorang kasi tukar suruh buat lain.

ada beberapa insiden lagi.
photog suruh aku cubit Mr.B.
sebab kau bayangkan majlis time tu belum habis.
dia keluar smoke.
pastu sesuka hati dia bukak tie, coat n keluarkan kemeja dia. grrrr.
pastu bila aku marah. dia pakai balik. tapi kemeja tak nak tuck in.
dah la sepuluh kali terkeluar. haih la laki aku ni.

then settle situ.
orang pun dah takda.
mostly close friends n sedara mara je.
aku lepak smoke kejap kat luar.
then photog datang kata get ready. nak pergi out door pulak.
dia nak ke taman titiwangsa.
time tu rasa nak nangis. sebab aku penat n panas n rimas sangat.
rasa nak macam tolong la cepat habiskan.
aku kata bagi aku balik bilik dulu.
nak rehat kejap n pergi toilet ke apa ke la.
dia kata 5 mins je. pitam ok.

balik bilik smoke n minum kejap.
rehatkan diri. of coz lebih daripada 5 minit. ;p
tetiba nak kencing ok.
aaaaa horrorrrr. nak bukak baju takleh sebab belum abis bergambar semua.
so noy la kena tolong aku pegang baju. aku kencing.
hamagadddd. scary. bila skirt naik ke atas. aku memang dah kena tutup dah.
tak nampak apa.
pastu bilik tu punya toilet paip tu rosak.
gayung takda. so isi air dalam botol untuk cebuk.

noy : melampau tau kau ni. nasib kau pengantin. so saya layan. cebuk saya taknak yea. kau buat sendiri.
me : ye laaaa. *amik botol from her*
noy : cepat la.
me : noyyyyy. saya takleh buat. saya nak pegang baju yg belakang ni. takut nanti basah. saya tak nampak kat mana nak letak botol ni. nanti kena baju.

ye horror. nak pusing pun kau tak boleh kot. tak nampak apa pun.
so noy kena buatkan. miahahahah.
rasa princess sangat time tu. kah kah.

then photog call suruh amik pics kat ada bilik vip dalam dewan tu.
ok ke sana again.
time tu dah bincang ngan Mr.B. kata taknak pergi titiwangsa.
sebab tak larat.
sebab kena drive sendiri pergi. so aku mintak tolong noy la.
dia pun penat kot kan. kesian gila.
so decide tak payah la. amik dekat area kem ni dah.
tak kuasa la nak ke sana.
dah la panas. pastu tengah ramai orang.
tak sanggup aku nak ke sana kan.

cakap kat photog dorang memahami.
dia kata lagi bagus.
sebab dalam ni pun banyak tempat menarik. dia dah nampak time sampai tu.
dia kata usually orang mmg nak buat outdoor. sebab tu dia suggest titiwangsa. dekat jugak kan.
aku kata aku tak kisah. janji cepat settle. haha hampeh kan. ;p

time tu pun kelakar. macam-macam pose la.
mana yang pelik. mesti aku cakap. ishhhh lawak nya. tak sukaa.
so dorang tunjuk la hasil. aku still cakap lawak.
mesti sentap dorang. amik pepenat aku kata lawak.
well pics adalah super cantik. tapi aku kata lawak sebab rasa nak gelak bila diri sendiri pose2. hahaha
Mr.B kau takyah cakap la. dia gemar benda-benda ni.
asyik la suruh photog amik pic dia pose gitu gini. over gila.
by the end of the day. enjoy je rasa ngan photog tu semua.
memula rasa jugak la stress. sebab macam-macam kena buat.
tapi dorang lagi tau la kan. sebab kerja dorang kan. mesti la nak bagi yang terbaik.
macam contoh time sanding. dia tak bagi aku sandar. kena tegak je. penat ok.
tapi bila tengok pics. kat meja beradap aku sandar.
well now i knowww. mostly pics aku nampak macam budak debokk yang sangat jahat.
macam rupa batu belah batu bertangkup pun ada. miahahahaha.

balik bilik baru dapat jumpa kenit ni.
dia dah tukar baju pun.
tapi takpa. aku still pakai baju kawin.
even rambut dah sanggul n veil dah bukak pun. kasut pun dah bukak. ;p
amik jugak pic kenangan ngan baju pengantin ni.
sekali je seumur hidup kan. :)



:: miss u lil pop ::


dia suka bunga tu. memanjang pandang n nak.
tu pic last ni amik.
tapi dia taknak. dia nak camera pulak. over kau kenit.
oh aku tak pakai pun segala accessories pengantin ni.
ada zeity bawak few. daripada butik mak dia.
tapi mostly jenis sarat. aku takut kelihatan macam memey miss angola.
so last minute decide takmo pakai.
so pakai set hantaran kawin tu je. subang, rantai n cincin. gelang mama paksa pakai dia punya.
sebab lengan aku 3 quarter kan.
ye aku yang mintak lengan gaya itu. sebab nak tunjuk henna. ;p

bawah ni pulak.
pics yang aku amik daripada fb.
pics yang orang tag aku.



:: bella with papa. papa siap hairi ikatkan sampin ala p.ramlee dalam madu 3. over sangat dah rupa pengantin. kawan-kawan dia kata patut siap kena bawak keris. haha ::


makanan.
setiap kali tengok pic makanan rasa nak nangis.
sebab tak dapat rasa. dah la ramai kata sedap.
tak silap menu nasi beriyani, ayam masak merah, rendang daging negeri sembilan, sambal sotong, dalca sayur, papadom, jelatah sayur n timun. acar buah ada reader mama sponsor. :)
manisan ada buah-buahan, tapai, kek pisang, kuih muih 2-3 jenis kot, bubur pulut hitam.
tah tak tau. satu pun tak merasa uolls.
aku dapat rasa hanya nasi tu n rendang daging je.
tu je tinggal. lain habis.
tapi takpa. mama kata if ada majlis nanti nak mintak sarjan ismail buatkan lagi. :)

puas hati la ngan servis dia.
makan sedap, pekerja semua elok. tak tau la ok ke tak.
aku bukan amik tau pun. hahahhaa. tapi feddback kata bagus. :)
nway, if siapa nak caterer yang masak best takda unsur manis lauk2nya.
perunding perkahwinan la apa.
boleh contact Sarjan Ismail - 017-6434695


haha baru depan dewan dah sebaldi peluh. 
jonet jalankan tugas. kau tengok kat tangan dia tu. siap bawak serviette sebungkus ok. hahaha. 
bella kata if aku kawin bawah kanopi, jonet kena bawak tuala. cisss
aku mintak tolong izza n pedd jadi bridesmaid.
matiklah lagi sebulan baru bagi tau dorang. hahah.
sebab kan tetiba mama suruh sanding bagai.
so harus kena ada orang tukang hulur bunga pahar after merenjis.
takkan orang yang merenjis nak tarik sendiri.
so mintak tolong dorang.
so dorang tak dapat membeli baju warna nude.
so sorang pakai cream. sorang pakai brown.
takpaaaa. aku ok je. hihii.
majlis jalan jugak kan.

:: nampak pemalu sangat khennn. hahaha. padahal time tu dok rentap tangan Mr.B sebab marah dia jalan laju.-laju ::

:: pic dengan iz yahya. kita orang ni kemain ahli mesyuarat tingkap. bila jumpa memasing pemalu. ye ni salah satu pic aku duduk n rupa batu belah batu bertangkup. *tikam diri sendiri* ::


orang kata muka aku tak ikhlas makan cake.
bukan tak ikhlas. satu sebab aku tak gemar benda-benda macam ni. malu hokeyhhh.
tu pun time makan beradab, photog suruh amik pic suap. aku kata taknak. heheh.
satu lagi. sebab time ni. Mr.B sibuk nak pandang camera. dasarr..
dia main tolak je cake tu langgar mulut aku. tak masuk mulut pun.
cake pulak dry n rapuh tu. tak pasal hancur pastu cake tu masuk-masuk dalam baju aku pergi celah tetek semua.
tak sukerrrrr. hahahaa.
sebab tu muka aku terkelat-kelat je.

:: with ib n husband ::

:: with kawan-kawan mrsm. plus noy n aisya adik jonet. dorang berdua memang sentiasa ada je menyibuk ::


:: with kawan-kawan KAC crew noy ::

:: with ice n huda ::

:: with elia jejari runcing n erin ::



:: with ernie, our family friend. :)  ::


:: pics from our official photog. shah zainal ::

overall. i am happy.
semua Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
it was a lovely wedding.
the only thing yang tak best aku rasa sebab cuaca terlalu panas, orang pulak ramai gila, so aircond macam tak rasa.
terima kasih to all yang datang.
sorry tak dapat nak melayan ke apa.
maaf kalau ada yang terkurang ke apa.
tapi kesimpulannya. aku suka wedding. tapi if bukan aku pengantin.
sebab pengantin macam tak dapat buat apa.
if pergi wedding best sebab dapat jumpa kawan-kawan.
tapi wedding sendiri. dapat hi hi bye bye je. sobs.
ok wedding siapa lepas ni? tak sabar nak gathering n makan nasi kenduri kawin ni.




12 Comments:

Shakira said... [Reply to Comments]

penat gelak bace entri..so sincere..

camni ghupe kalau kawen ye..

part teknik pakai baju kene tendang2 tu paling kelaka sbb i totally can imagine it

neway peej, semoga kekal bahagia smpai syurga kay :)

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Sukeeee baca entry ni, aunty pun nak ucap terima kaseh banyak2 sebab jemput aunty se family. Dapatlah aunty jumpa blogger2 yang aunty selalu nampak dalam komen komen di blog peeja, selalu baca dalam diam jer tapi bila dah jumpa kat majlis peeja dah tak jadi silent reader mereka lagi.

Tunggu lah pulak jemputan dari aunty bila wan kawin, bila tak tahu lagi sebab dia masih tak ada gf, suruh aunty cari tapi aunty pun tak jumpa lagi calon nya.

Meg-ct said... [Reply to Comments]

Thank peeja kerana entry yg panjang ni. dapat jugak baca cerita wedding dari pengantin.. :)

Mooniqueen said... [Reply to Comments]

Seyes panjang giler entry ni...dh habis baca tapi mcm kena baca seround lagi baca..takut ade termiss tak baca ke...

shuweet said... [Reply to Comments]

hehehe..time aku datang masa tu ko tengah sibuk amik gambo atas pelamin ngan family and member..pastu nak naik amik gambo ngan ko aku segan sangat...sampai hubby aku paksa pun aku segan nak naik ke pelamin..sudahnyer aku tunggu ko turun pelamin..tu pun tak dpt amik gambo ko ngan ben..tapi janji dpt amik gambo ngan ko...lom upload lagik..gambo2 yang seciput tu...aku tercari2 gak nak amik gambo ngan lil popia...rupenyer die dok bilik ek...

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

hoi lawak la entry ko.. panjang lagi pon aku sanggup je baca ;) well semua orang kawin ada kenangan memasing *sambil teringat aku kawin makan nasi pengantin 2 pinggan*

A.I said... [Reply to Comments]

aku x sempat nk bergambar dgn kowang ;(

wei, lawak giler bila aku bayangkan time azab kau kencing tu. haha..

fathen yaya said... [Reply to Comments]

kehkehkeh..gelak sorang2 baca entry ni..jadi pengantin memang tak best..penat dan hazab..hehehe

susumanis said... [Reply to Comments]

Best peej, ko nyer posting gak yang cover seme..hehe

Nanie@NMS said... [Reply to Comments]

Salam anak ku Peeja,

Mama baca baris demi baris, bergenang air mata, imbasan hari perkahwinan peeja.
Mama amat bersyukur pada Allah swt sebab cuaca, makanan, tetamu2 yg diundang hadir 90%, kiranya majlis berjalan lancar.
Alhamdulillah

Azza Azman said... [Reply to Comments]

waaahhh seronok gila baca entry ni. rasa macam ada sekali kat sana.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

sedih betei tak dapat ambil gambar dengan kamu Peej.

Wuuu~

T__T

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...