Instagram : @peejburhan

persiapan pengantin.

eeee. tengok tajuk pun geli-geli.
aku tak tau napa. rasa lawak n geli je perkataan pengantin tu.
rasa macam tak percaya pun ye.
macam hari tu time rewang.
ada yang datang cakap, ni mana pengantin ni?
pastu orang tunjuk aku ke apa. haiyoo rasa nak pitam.
sebab selama ni aku yang tolong pasal wedding orang.
ni tetiba aku lak pengantin. haha.

Mr.B lagi takleh blah.
almost everyday nak cakap, "sayang, kita tu dah suami isteri ke? macam tak percaya je"
ok sekali dua memang comel. aku ngan dia dan-dan la teruja.
n yes memang rasa tak percaya je.
bila aku jawab, "a ah, tuami iteri" *sambil goyang kaki*
tapi ni malam semalam pun sama.
lepas bawak dia pergi klinik.
then gi makan.
dia cakap lagi, "tak percaya kita suami isteri kan"
aku tak jawab. laju je jalan. *mithali nya. tangan di dada, mata ke atas*
yang dia dak dok panggil. ingat aku tak dengar la tu.

Mr.B : macam tak nak layan je.
me : sayang, kita dah kawin dua minggu la. apa yang tak percaya lagi. ke u saje buat-buat lupa u ada isteri.
Mr.B : mana boleh lupa. tapi macam tak percaya je. nasib la dapat kawin ngan si montel ni.
me : T_____T

haiyoh.
sabar je la lelaki ini.

eh termelalut ke cerita lain kan.
nak cerita lain sebenarnya.
alang-alang ada pic.
cerita je la.
aku takda buat persiapan apa sangat pun.
biasa-biasa je. macam selalu buat.

memula beli contact lense.
aku beli 3 color green, grey n chestnut brown.
sebab ada promotion.
tapi bila pakai grey rasa pelik.
so pakai brown. seminggu before kahwin.
sekali sebelah tu stiff pulak.
nasib boleh tukar.
so masa kawin pakai brown je la.
takda la ketara mata pelesu. :)

:: adjusting. merah mata. time ni sebelah tu stiff. tu sampai merah mata. mama dah bising. takut aku sakit mata time kawin. ;p oh n excuse the face. kepenatan tahap gaban time ni. makan, tidur apa semua tak cukup . tsk ::

then pergi buat rambut.
takda buat apa jugak.
touch up roots n treatment je.
ingat nak color whole hair. kasi darker.
mama kata tak elok. color sekarang ok.
baguih. so touch up je. save duit iolls.

bella keji.
masa yang aku pergi wedding kat zebra square ngan dia tu dia dah tanya.
rambut tu memang nak biar macam tu ke?
me : nanti color la. tunggu la seminggu before kahwin nanti.
bella : mana la tau. ingat u memang nak konsep rambut pun macam zebra.
kong ajaaqqq.
dia suruh color 2 weeks before.
aku ni masa pun takda. memang seminggu sebelum je pun buat.

:: touch up roots n treatment. done. tapi time kawin tetap rambut konsep kuncup sebab peluh sakan. ghupe baru lepas mandi dah pun. hahaha. ::

then operasi spa tu.
macam aku cerita.
ikutkan dah malas dah.
tapi mama n noy suruh. so layankan.
aku buat kat setiawangsa ni je. senang.
dekat n tak menyusahkan aku.
ada sauna, massage, body scrub n bath rm160.

:: panjang bebenor rambur aku. nak potong. Mr.B tak bagi. aku kata nak jugak. sikit pun jadi la. paras tali bra ke. dah panjang sangat. banyak gugur. sikit je tinggal rambut aku. aku kata nanti aku botak baru dia tau. takda rambut tinggal. tapi dia jawab, botak pun dia sayang jugak. susah betul. tapi ni dia kata ok. baiklah by this week ke potong kot ::

:: again. excuse the face. muka serabai x make up. ;p ::




sementara tunggu.
nampak lak PB ni.
terus berkata dalam hati, "bagus patung ni rajin pakai PB. kurus dia." gagagagaggaa.

ok la. aku nak keluar. 
ada few benda nak beli.
nak pergi honeymoon soon esok. weeeeeeeeee.
honeymoon plus holiday la. sebab aku kan angkut kesayangan aku yang lain. hahahha.

ok nanti update lagi. bye.

4 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

selamat bercotiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Dylan Sanders said... [Reply to Comments]

Alolololo..sweetnya..pengantin baru ;)

Peej,
Rambut aku pun banyakkkkkk yg gugur, rase kepala makin besar sbb rambut nipis :( ade tips x babe?

LOL..gelak besau baca part patung pakai PB hahahahaha

Selamat berHORNYmoon disamping Mr. Big terchenta. Make babies! Eh ;)

Take care babe!

XOXO

sharifah rosidah said... [Reply to Comments]

Selamat pergi berhibur, dah penat kena lah juga rehat rehat kan badan kan, balik nanti mesti ada berita gempaaaak dari puan peeja dan Mr. B dia kita tungguuuuuu.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kalau ko ckp goyang kaki tu kn, ko goyang mcm mn? adakah dgn gaya yg funny? ^^

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...